Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 22 November 2013

Gaya Hidup Rozita Che Wan

 

Rozita Che Wan... nama yang tak asing lagi dalam industri seni. Bila tanya office mate lelaki India yang jenis workaholic tu, "kenal tak Rozita Che Wan?"

"Siapa yang tak kenal Rozita Che Wan..." perghh... bernanah la seteru-seteru Che Ta kalau dengar ni.

Sebenarnya aku wonder gak lah orang (dah tentulah perempuan kan... mana ada lelaki tak suka Che Ta secara tiba-tiba kan...) yang dengki dan tak suka Che Ta ni... even tak kenal RCW personally, tapi boleh pulak lahh anti dengan dia... apa salah Che Ta dengan diorang Masreena pun hairan jugak. Bagi I, Woman doesn't like each other... always.

Ada-ada je yang tak kena kan.. dalam hati perempuan ni...tu sebab bagi I perkara yang paling susah nak manage adalah wanita sebenarnya. Cer tengok dalam ofis tu, lagi ko pening dengan komen diorang. Tu sebab i jarang berkawan rapat dengan orang tertentu, i berkawan dengan semua orang je. Natural

Kalau korang baca dalam temu bual INI, korang akan dapati Che Ta ni seorang yang penjimat dalam hidup dia. Cuma dia lebihkan pada pemakaian/handbag dan kasut.

Ringkasnya

- Rozita Che Wan seorang yang very homely type of person... dulu pernah baca majalah Rapi, sampaikan nak beli barang pun kirim adik tolong belikan.

- So since jarang keluar rumah tanpa urusan kerja, Rozita Che Wan jarang makan di luar tapi lebih suka masak sendiri.... dia suka masak sendiri malas keluar dan boleh ikut citarasa sendiri.

- Pemakanan Che Ta sama macam orang lain... iaitu dia masih makan nasi tapi hanya dalam kuantiti kecil (tengok saiz badan lah kan.... ) bersama lauk ikan dan sayur-sayuran.

- Rozita tak buat rawatan kecantikan macam facial atau injection di Salun/Spa/Klinik. Dia cuma buat sendiri semua tu di rumah iaitu beli sendiri masker, serum rambut, body skrub. Skincare pula dia guna yang biasa sahaja iaitu Safi Rania Gold yang dia dapat percuma sebagai duta.

Artis secantik ini pun tak berhabis duit ke salun dan spa... apatah lagi kita kan? Bukti yang wanita masih boleh lakukan semua rawatan tu sendiri di rumah.

- Hobi Che Ta ketika tidak sibuk berlakon adalah semua di rumah iaitu memasak, menjahit, dan mengemas rumah sebagai senaman ringan. 


So camane? Memang Che Ta seorang yang penjimat sahaja... wang banyak dihabiskan untuk melaram je itupun pernah terbaca dalam majalah lain dia beli kain di bangkok untuk dapat yang murah. Flight pun Air Asia je.. tinggal untuk dia jahit manik je sendiri sebab dia ada kemahiran itu.

Bagi Masreena cara hidup dia boleh dicontohi oleh kita. 

Pertama..... dari segi makan di luar. Bayangkanlah, rakyat biasa macam kita kalau seminggu tu Sabtu Ahad makan di restoran bersama keluarga bukannya sikit duit kan? Sekali makan cecah juga RM 100. Kalau sekali sekala takpe masalahnya rakyat Malaysia suka keluar hujung minggu pergi shopping mall so maknanya setiap minggu jugalah melayang wang... kan bagus kalau masak sendiri... unless perkara yang kita langsung tak boleh masak atau tak tahu.... 

Kedua.... kalau artis lain kita baca mereka selalu luangkan masa ke Spa dan Salun untuk manjakan diri, yang mana sekali pergi confirm habis RM 400 ke atas.. itu rawatan biasa seperti body scrub dan urutan atau rawatan rambut kalau top to toe? mahu cecah RM 600 jugak... tapi Che Ta pula sebaliknya. Rawatan yang boleh dibuat di rumah, dia buat sendiri je. Di samping mudah tak perlu driving keluar dan buat temujanji dia juga boleh berjimat

Ketiga.... aktiviti di rumah atau homely type of person memberi kelebihan pada Che Ta untuk buat aktiviti yang tak mengeluarkan kos sangat. Ye lah, bayangkan kalau jenis yang suka keluar rumah, mesti banyak wang habis... petrol dan tol dah tentunya kalau korang stay di Klang Valley. Itu belum lagi parking, or duit yang keluar untuk shoping atau makan di luar atau menonton wayang misalnya.. sebenarnya kita ada pilihan aktiviti lain yang lebih kreatif, contohnya kalau korang jenis suka berjumpa kawan (persahabatan boleh buat awet muda) apa kata tak payah berjumpa di luar... ajak je datang rumah... dan korang masaklah.. cara ni Masreena baca style Deanna Yusof, bila buat dessert baru dia pun ajak kawan-kawan datang untuk jamu mereka makan... tak payah keluar rumah... kalau tak reti masak langsung suruh je member buat pot luck party... same goes to Hanez Suraya, pernah terbaca jugak dia suka masak dan jamu kekawan yang datang rumah... pahala dapat, duit jimat, persahabatan pun semakin kukuh kan?

So diharap entry ini memberi manfaat pada kita semua dalam menjalani kehidupan...