Ni nak bagitahu Contact Lens / kanta lekap yang saya guna sekarang... sebelum tu nak tulis kronologi transformasi penggunaan contact lens dalam hidup i:
1) Umur awal 20an... Tahun 2004-2005 selalu beli Alluring Eyes jenama Freshkon... masa tu baru keluar kanta lekap yang membesarkan anak mata hitam ni... RM60 sepasang tahan untuk 3 bulan
2) Umur 21-22... Tahun 2006-2007 pulak suka beli Freshkon Colour... harga sama jugak dengan Alluring Eyes... warna pilihan selalunya Misty Grey. Saingan dia masa ni jenama Feshlook. Tapi prefer Freshkon sebab lens nya besar, so mata nampak galak tau. Cunnn sesangat
3) After grad jadi graduan menganggur tak silap tahun 2008-2009... tak pakai contact lens apa pun.... masa ni kejap kerja kejap tak kerja so takde duit sesangat
4) Umur 25. Tahun 2010 masa ni beli balik Freshkon...masa ni baru belajar mekap, so memang gila pakai contact lens la... sebab tak nak pakai spek
5) Tahun 2011 hingga sekarang... terpaksa tukar ke Soft Lens atau plain contact lens yang takde warna. Sebab? masa ni iols nak berjimat tau kerana baru je beli peroperty... so masa tu merenung gak la lifestyle camane cara nak berjimat. Nak pakai contact lens tapi still nak jimat, so terpaksa downgrade lifetyle... daripada kanta berwarna turun taraf ke kanta lekap jernih.. cuma ada power je... jadilahh kan... janji ada.... sebabnya soft lens ni harganya murahh
Saya tak pilih jenama... but lucky me, Bausch and Lomb ni quiet brand jugak la... kalau tengok harga asal, RM 65. Tapi beli ada offer RM 38 je untuk 3 pasang. Dalam RM 13 je sepasang... murah kan? :)
Ni rupa parasnya... 2 pasang. 1 pasang lagi dah bukak... tapi, kalau Power mata tak sama kiri dan kanan kena beli 2 kotak laa... ini saya bundarkan je 3.00 padahal kiri 2.75 kanan 2.25. Nakal tak? hehe
Sepasang tahan sebulan. Tapi bila dah expired saya jarang terus bukak pack baru. Saya akan tunggu bonce ada event, kenduri dll barulah saya akan bukak packaging baru. Tu yang sampai 5 bulan baru beli lagi sekotak CL. Macam hari ni, bila ada Iftar company baru kelam kabut nak beli CL. Oklah tu... berbelanja bila perlu je.
So masuk ni kali kedua beli CL ni di kedai yang sama... offer katanya, padahal 4 bulan lepas pun offer harga yang sama jugak... Oh ya, kalau nak cari CL murah better pergi The Mines. Memang banyak offer CL murah daripada tempat lain...tempat lain jangan harap laa kann
Kedai yang offer harga RM 38 untuk 3 pasang CL (sekotak) ni level LG depan Giant tu.. tak ingat nama kedai optik yang mana satu. Tapi jangan risau... sebab headline dia "The Cheapest Contact Lens In Town!"
Happy CL hunting!
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)