Sebelum tu Masreena nak cakap yang Masreena jadikan Che Ta dan Maya Karin sebagai sumber inspirasi bukan sebab Masreena nampak kejayaan artis je. tapi sebab hanya mereka yang boleh dikongsikan di blog berbanding kenalan orang biasa.
[Sumber Malaysian Digest: Selain menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap dan duta beberapa produk, pelakon dan penyanyi, Maya Karin, giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah.
Maya Karin
"Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan"
"Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri"
"Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung," katanya.]
Kagum sangat dengan kejayaan Maya ni... sebagai wanita yang telah pun memiliki hartanah sendiri, Masreena boleh bayangkan bebanan kewangan yang dilalui untuk membeli property demi property, di samping nak kumpulkan duit untuk beli property seterusnya korang still kena survive dengan living cost jugak... hanya orang yang pernah go trough keseluruhan proses tu je yang sedar camane terbebannya perasaan dan kebebasan kewangan....
Inikan pula nak kumpul 3-4 aset lagi selepas harta pertama tu? Betapa dia kena plan strategi untuk good paymaster dan pastikan dia boleh rolling pula bukan sahaja pada loan hartanah baru tapi juga yang sedia ada. Kalau Masreena memang surrendor lah... tak larat kot. Cukup lah satu atau dua je. Itulah sebabnya, selepas 5-6 tahun berlalu walaupun kurang tawaran berlakon Maya Karin masih boleh hidup, siap boleh pergi travel ke sana sini kerana income daripada pelaburan yang dia usahakan tu. Dia BUAT ok bukan DAPAT gitu je....
Selain daripada itu Masreena percaya dia seorang yang penjimat, sama macam Rozita Che Wan berdasarkan gaya hidup Maya sebelum ini. Kalau ikutkan dia lagi sederhana daripada Rozita, low maintainance jugak lah berdasarkan pengakuan dia dalam majalah Rapi yang aku baca dulu (jimat makan, gaya hidup) bezanya Maya banyak spend pada travel. Semoga kisah Maya ni dapat dijadikan sumber inspirasi untuk wanita lain di luar sana termasuklah saya =)
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)