So dalam banyak-banyak majalah yang nak dilupakan tu... ada satu ni je Masreena pilih untuk dikekalkan. yang lain-lain seperti EH! tu Masreena lupakan sebab terlalu banyak iklan... promosi produk pun stok-stok kerabat & VIP je boleh beli.. kalau setakat pallet mekap tu sampai RM250, tak percaya orang gaji 6 ribu sanggup beli. Orang gaji 6 ribu sibuk nak bayar installment rumah, cukai taksiran rumah, maintainance rumah... so kalau lipstik harga RM100 tu sah-sah anak Datok je mampu beli kan..
So dah tolak majalah EH! Masreena tolak pula majalah Dara, sebab dah tua sangat untuk Dara.. Dara.Com memang bagus, sebab banyak tips fesyen berhijab, tapi atas faktor umur. Akhir sekali, tolak majalah WW. Sebab majalah WW khas untuk socialite sebenarnya.. bukan untuk rakyat jelata macam Masreena. Sesekali kalau teringin nak baca sebab tertarik dengan CoverGirl, Masreena akan baca free dia MPH.. hehe..
Akhirnya tinggallah majalah ini. Majalah Cosmopolitan yang telah Masreena beli since tahun 2006 lagi dengan isu kedua Januari 2006. Covergirl masa tu Angelina Jolie.
Cosmopolitan Malaysia versi terawal
Kali pertama beli tertarik sebab CoverGirl artis dan selebriti antarabangsa tapi majalah dibuat dalam bahasa Malaysia. Jadi interview dengan selebriti tu pun dalam bahasa Malaysia. Itu tarikan utama pada masa tu.
Bila bukak page dalam... rasa terkesima sebab sangat informatif. Walaupun ada iklan, tapi artikel dalam majalah ni berunsur didikan. Contohnya, diorang promosikan produk Clarins tapi mulakan dengan sifat-sifat dermalogika kulit. Jadi, kita nampak relevannya sesuatu produk dengan kegunaan yang pengguna kehendaki untuk kulit mereka.
Ni antara artikel yang Masreena suka, sampaikan I put this page on my bedroom wall.
So since beberapa bukti konkrit ni Masreena nekad lepas ni nak setia dengan satu majalah je.. tak nak banyak-banyak dah... sebab nak jimat kan... Jadi, inilah majalah yang Masreena anggap melengkapi semua perkara yang Masreena nak seperti Fesyen, Friendship, Cash Guide, Love, & Health. Senang cerita, BALANCE & COMPLETE!
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)