Bawah ni adalah pic terbaru aku yang diambil 2 hari lepas di Ben's, Publika, Sri Hartamas. Ok restoran ni aku pergi sempena event yang aku sertai anjuran Blu Inc Media. Maaf tak sangka restoran ini turut serve arak. Apapun memang cantik dekonya + corner lot.
Bergambar dengan trainer jemputan untuk hari tu. Kebetulan warna baju sama noks
Cukuplah 1 je kan? Ada banyak lagi gambar tapi slowly lah i upload. Seterusnya 5 Fakta tetang diri... eee feeling artis plak. Fakta apa ek? Hantam sajalah...
1. Fakta dari segi background, Masreena merupakan pemegang ijazah daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Selain itu Masreena ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSS Tentera Laut Diraja Malaysia oleh Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada waktu itu. Pentauliahan tu sebenarnya penyerahan sijil, macam konvokesyen juga tapi untuk tentera. Kedua-dua sesi ni berlangsung pada tahun 2007 seawal usia Masreena 22 tahun. Maknanya konvo ijazah sekali harung dengan konvo Palapes tu (bukan Papales ek.. jangan salah sebut... kikiki)
2. Bersesuaian dengan pemegang ijazah dan pegawai tentera simpanan, Masreena seorang yang tegas dan berkepimpinan... gitu. Hinggalah sekarang Masreena telah bekerja dan diberi kepercayaan untuk menerajui salah satu department dalam organisasi.
3. Sebenarnya cara hidup di universiti sedikit sebanyak mempengaruhi masa dewasa kita. Contohnya, dulu Masreena aktif tentera laut, belajar menembak pistol, senapang, berenang dan bersukan, dan semua aktiviti tu kekal hingga kini. Sampai sekarang Masreena aktif bersukan dan bersenam di gim. Aktiviti Masreena boleh didapati di blog Travel ini.
4. Masreena pentingkan persahabatan, jadi Masreena sukakan orang yang memberi komitmen terhadap kawan-kawan, sebab Masreena akan membalasnya, taklah cuma one way friendship je. Betul tak?
5. Akhir sekali, Masreena seorang yang penjimat tapi betul pada tempatnya :)
Akhir sekali, Masreena paste 30 soalan Cabaran tu. So apa topik esok?
Besok topik 5 Cara Memenangi Hati Anda. What?? -_-
Haa.. malam ni kena start fikir. Apa nak tulis nanti? Geli + segan pulak bunyinya... kan... ada ke orang nak amik tahu ye tak? Takpelah... at least Masreena cuba selesaikan 30 hari ni. Insy akan bertukar sedikit momentum blog ni =D
Bye!
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)