Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 19 June 2021

Medical Check-Up Perlu dibuat Setiap Tahun

 Salam sejahtera

Health screening atau lebih mudah disebut medical check up adalah perkara yang wajib dibuat sebagai LANGKAH PENCEGAHAN / PREVENTIVE CONTROL MEASURE bagi mengesan penyakit kritikal (seperti kanser & jantung) pada peringkat awal. Saya baru je buat HS ni bulan Februari 2021 yang lepas.



Pengesanan peringkat awal boleh mengelakkan risiko kematian & mengurangkan kos rawatan. 

Hari tu selepas saya buat Health Screening ni, saya siap tambah 50 ringgit untuk consultation - saya tak mampu baca sendiri laporan medical, nak study pulak parameter & bandingkan pula dengan resultnya huhu....kerana itu bukan kepakaran saya. Saya lebih suka bayar orang specialist kerana saya nak tahu fakta tepat dalam masa beberapa minit berbanding saya kena belajar medical 6 tahun + 1 tahun housemanship + pengalaman bekerja beberapa tahun tu......

Jadi saya bayar je 50 ringgit - habis cerita. Khas ditujukan untuk orang yang suka MERUNGUT itu mahal ini mahal... adui dik, kalau beli cheese leleh yang menggemukkan sampai berulang 10x setahun tu boleh pulak?

Menurut doktor - ada sel kanser yang boleh membiak dengan cepat ke organ lain dalam masa beberapa bulan sahaja. OMG... takutnya.... jadi doktor sarankan untuk yang lebih 30 tahun buatlah Health Screening ni setiap tahun.

Kalau korang beli baucar di Fave, selalunya tak cover semua iaitu yang asas sahaja (takut tak tepat je, huhu...). Entahlah, if you don't have any better things to do - boleh jugak nak semak setiap inchi baucar Fave ataupun survey sendiri. Saya pun pernah hidup sebegitu semasa saya tiada pekerjaan. 

Selain basic Medical Check Up, doktor suruh tambah lagi 2:

1. ECG -kardiak ni maksudnya jantung tapi disarankan untuk lelaki. Wanita kurang terdedah pada serangan jantung kerana dilindungi oleh hormon estrogen.

2. Cancer Marker - ini penting untuk kesan sebarang kelainan dalam darah yang ada petanda kanser.

Tempat yang saya selalu buat adalah POLIKLINIK UKM sebab tempat ni paling murah. Saya tahu klinik ni since buat cucuk Vaksin Hepatitis B & Vaksin H1N1 dulu sebab saya selalu travel. Walaupun POLIKLINIK UKM, ada banyak cawangan tapi saya pergi ke Bandar Sri Permaisuri kerana dekat paling dekat dengan KL 

                                       

Saya ambik FULL PACKAGE termasuk cancer marker tu iaitu cuma 160 sahaja. Selepas tengok result & consult doktor, kalau ada yang tak kena barulah boleh buat pemeriksaan susulan seperti MRI Test, Mammogram, Pap Smear dll. Untuk yang ada kesedaran sihat & selamat dan sanggup mengetepikan Cheese Leleh bulanan boleh lah call mereka atau semak cawangan mereka. Sila maklum bahawa harga dalam poster ini adalah harga promosi bulan Februari (masa saya buat) sekarang harga asal. Rasanya saya akan kekal buat MS ni setiap awal tahun supaya mudah untuk merancang urusan lain pula selepas itu.

 POLIKLINIK UKM

No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)