Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 18 June 2021

Pengalaman Buat Lasic Surgery




Salam sejahtera

Pada 2 April yang lepas saya telahpun selesai menjalani rawatan lasik mata (lasic surgery) bagi memperbetulkan penglihatan. 

Jangan keliru antara vision (rujuk optometrist) & penyakit mata/kesihatan mata (rujuk hospital). 

Walaupun semenjak dahulu lagi kita dimomokkan dengan kos lasik yang mahal, tapi info daripada kawan saya seorang doktor, saya menemui Pusat Optometri yang lebih murah iaitu lasik asas 2,900 sahaja iaitu untuk power kurang dari 500. Power saya kiri 2.75 (silau) manakala kanan 2.5 (kurang silau)

Saya ada juga check pengalaman beberapa orang rakan bahawa sekiranya mata tidak dijaga akan kembali rabun, huhu....... buat rugi je diorang tu. 

Pre-Assessment Lasic (November 2020)

Sebelum menentukan kelayakan membuat lasik, klinik akan membuat pemeriksaan mata terlebih dahulu sama ada korneo stabil ataupun tidak. 

Pemeriksaan pertama saya... gagal. Gagal kerana mata kiri saya sangat kering =(

-Sebenarnya saya tidak terkejut kerana mata kiri saya pernah mendapat kecederaan pada tahun 2018 akibat pemakaian contact lens yang murah. Keadaan semakin buruk apabila saya menggantikan collegue saya yang pergi umrah menyebabkan saya perlu mengajar setiap hari berbanding biasa. Sehinggalah satu hari, mata saya sakit & kemerah-merahan semasa cuba memakai contact lens! 

Saya bergegas menaiki Grab ke bahagian kecemasan (masa tu weekend, kilinik biasa kerajaan tak bukak) kerana bimbang sebarang penangguhan boleh menyebabkan kecacatan kekal di mata. 

Doktor mengatakan contact lens yang rendah kualiti adalah tidak telap oksigen (tidak ditembusi) menyebabkan mata saya terlalu kering. Lama kelamaan mata saya luka. 

Barulah masa tu saya menyesal kerana pakai contact lens 30 ringgit selama bertahun-tahun lamanya =(

Saya berulang alik folow up ke Bahagian Pakar Mata di Hospital Putrajaya hampir 4-5 kali sepanjang 4 bulan. Semenjak itu, saya mula mengutamakan pelaburan kesihatan berbanding perkara lain. Memang serikk

Lulus Pre Assessment (Februari 2021)

Saya diberi tarikh baharu selang 2 minggu selepas gagal pada penilaian pertama. Kali kedua... gagal juga walaupun saya menitik kan Eye Hydration seperti yang disuruh. 

Kali ketiga saya tidak datang pun kerana yakin resultnya sama, huhu... hinggalah bulan Februari saya ingin mula balik & akhirnya-saya berjaya!

Staff Optometri yang buat ujian tu pun nampak happy je! Dia tanya "memang drop mata setiap 3 jam ke...?"

Saya bagitahu "ye" dan bagitahu apakah yang membantu kepada condition mata saya. Saya akan bagitahu rahsianya pada entry seterusnya. 

Selepas lulus, doktor perlu periksa mata saya terlebih dahulu untuk confirmkan mata saya sihat ke tidak untuk menjalani lasik. Sini kena bayar extra seratus ringgit untuk consultation doktor.

Selepas itu saya diterangkan apakah yang saya perlu lakukan SEBELUM, SEMASA & SELEPAS lasik. Ini membuatkan saya gusar, kerana antaranya - saya dikehendaki MC seminggu & itu bakal menjejaskan kerjaya saya ketika itu. Adoi

Selain itu, gym saya juga terjejas kerana sport & peluh tidak dibenarkan selama sebulan. Mekap mata juga tidak dibenarkan. Dah la saya banyak event bulan tu... aduh... Oleh itu, saya pilih bulan April sahaja & saya bayar deposit 500 untuk booking tarikh. 

Yang tak bestnya, kerajaan mewajibkan ujian Swab Test Covid-19 untuk semua jenis pembedahan, dan peraturan ini termasuklah lasic yang 10 minit itu sahaja, huhu.... nak tak nak, terpaksa la. Janji mata elok ASAP. Maka, Swab Test PCR perlulah dibuat 3 hari sebelum lasik. Saya buat di Kerinchi je 220... sabar je lah. Itulah kali pertama saya buat Swab Test! Yang penting pasni tak perlu lagi beli contact lens & boleh buang dah cermin mata... huhu

Hari Pembedahan Lasik Sebenar (April 2021)

Saya tidak pakai contact lens 2 minggu sebelum tarikh lasik supaya mata saya tidak kering.

2 April adalah hari saya menjalani lasik dan perasaan saya - tenang sahaja kerana saya beranggapan cumalah laser & tiada pisau untuk ditakutkan, huhu.....

Saya bawa payung, topi besar, shades untuk dipakai selepas rawatan. Sepanjang 10 minit rawatan laser - ikut sahaja arahan doktor - u gonna be fine. Ubat titis punyalah banyak, huhu

Saya pulang menaiki Grab dan untuk yang bekeluarga bolehlah suruh ahli keluarga ambil kerana anda tidak boleh driving malahan melihat handphone. 

Kesakitan sebenar bermula sejam selepas laser, huhu..... saya mula rasa pedih menyucuk-nyucuk di mata & mata sukar untuk dibuka.... sepanjang hari saya 'menangis' hinggalah mata bengkak. Mati kutu dibuatnya...... mandi pun cuma lap muka (tak boleh kena air)

Keadaan lebih buruk kerana saya tinggal berseorangan (flatmate saya, Japanese masih di Jepun.. tak nak balik Malaysia dulu sebab sini asyik lockdown).... memasak pun tak nampak ayam dah garing ke belum, bayangkanlah.... dah la tak boleh order Grabfood (kerana handphone tidak boleh tengok sama sekali) memang rasa nak muntah kerana asyik kena tidur (vomiting pill dibekalkan)

2 hari hingga seminggu post lasic

Hari ketiga (Ahad) barulah mata yang pedih 'tangisan penyeksaan' reda... penglihatan mula beransur jelas kecuali jarak dekat (short sight). Tetapi harus diingat, jangan terdedah pada cahaya matahari atau UV selama 6 bulan tanpa shades. Jika tidak... mata anda rabun balik!

1 bulan post lasic

Seperti yang diwarwarkan oleh Optometri, sebulan selepas lasic adalah kemuncak penglihatan jelas sepenuhnya termasuklah rabun silau turut hilang sama sekali. Kini, mata saya boleh tengok sejauh-jauh objek saujana mata memandang. Alhamdulillah.... 

Saya masih kekal memakai shade UV walaupun cuma keluar ke kedai runcit. Saya tak nak rabun balik, tobatt... Jadi saya disiplinkan diri untuk patuh nasihat doktor.

Saya juga mengamalkan basic penjagaan mata sepertimana ayah saya jaga semasa kecil dahulu iaitu:

1. Tengok TV jarak 2 meter

2. Membaca dalam cahaya lampu terang. Begitu juga dengan handphone

3. Elakkan melihat cahaya matahari & berada di bawah cahaya matahari secara terus. Kini saya tidak lagi membuka langsir tetapi memasang lampu... biarlah letrik naik dari rabun balik, huhu 

4. Memasang UV protector pada laptop & handphone kerana UV boleh menyebabkan anda rabun balik!

5. Mengamalkan sayur bayam (tetiba rajin dah rendam bayam untuk buang pasir) supaya mata kekal sihat

Di sinilah tempat saya buat rawatan lasik. Saya dengar ada juga yang buat rawatan katarak di sini.

Advance Vision

49, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Phone03-7724 1392

No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)