Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 28 March 2020

Kuih Abok-abok. Mudah!

Sapa sini suka kuih abok-abok?? Ke dah lama tak makan? hahaha.... saya dah buat kuih Abok-abok ni, sebenarnya senang bangatt! Sebab buat masa ni tengah obses dengan sagu, so stock sagu sentiasa ada di rumah ahakss

Sebenarnya walaupun keluarga kecil, saya pastikan ahli keluarga saya makan dessert yang pelbagai di samping makanan harian. Jadi dalam kitchen cabinet memang standby ada gula Melaka & semua jenis tepung - gandum, suji, ubi kayu, kastard selain ada santan, susu sejat dan bahan-bahan pengembang. Kelapa Parut beli je di bawah time nak pakai

Saya buat kuih abok-abok ni... sebab nak mengimbau kenangan masa kecil-kecil dahulu. Lagipun anak saya sukakan kuih-muih structured look, saya perasan sebab dia suka main acuan plastik - mungkin dia ingat mainan kot 😁😁😁

Kuih abok-abok ni kena ada daun pisang.. perambat je anak tu ambil daun pisang di surau, hehe... siapa ada tanah, saya cadangkan tanamlah pokok pisang, tanam pandan, tanam ulam-ulaman supaya senang nak makan ambil keliling rumah je macam orang dulu-dulu.. love sangat! (I am so into green person) 💗💗💗

KUIH ABOK-ABOK
(credit: resipiuntukdikongsi87)

Bahan yang diperlukan:

Daun pisang - secukupnya
Lidi atau staepler pun boleh

2 cawan sagu
2 cawan kelapa parut putih - kalau ada sikit kulit tu keluarkan aje satu persatu
3 sudu besar gula Melaka
3 sudu besar gula putih
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Daun pisang digulung bentuk calong. Basuh sagu dan tos 5 minit. Sediakan kukusan
2. Gaulkan sagu, kelapa dan garam hingga sebati.
3. Isikan 2 sudu kelapa, kemudian 1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali tutup semula dengan sagu.
4. Kukus selama 15 minit dan siap!



4. Kukus selama 15 minit dan saya kukus dalam rice cooker sebab cepat. Boleh kukus dalam rice cooker sebab sagu dah cover dengan daun pisang

 






Memang sedap! Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)