Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 28 March 2020

Kuih Puteri Ayu

Cara-cara nak buat apam Puteri Ayu ni senang sangat. Cuma perlu beli acuan je. Bila godek-godek balik dapur rumah, baru teringat aku ada banyak acuan plastik yang dibeli satu ketika dahulu masa mula-mula belajar memasak dan buat kuih muih. Tapi bagi aku kos buat kek mahal dan belum tentu menjadi kalau tak cukup berguru T_T so that's why I am more focus to make a dessert kuih muih macam ni.

Kuih Puteri Ayu sedap sebab ada perisa semulajadi Pandan leaf, yang mana Masreena lebih suka gunakan jus asli blender dari daun pandan berbanding letak warna dan perisa. That's not me

Kalau nak mudah, standby semua jenis tepung dan semua jenis bahan pengembang seperti ovalette, mauripan, baking powder, soda bikarbonat dll air kapur dan tak lupa kelapa parut sebab kuih-muih Melayu memang tak dapat dipisahkan dengan kelapa parut.

KUIH PUTERI AYU

8 helai daun pandan - blender dengan setengah cawan air dan tapis jusnya
2 biji telur gred A
1 sudu kecil ovalette halal
Suku cawan PATI santan  - I changed it to evaporated milk
180 gram tepung gandum
3 sudu kecil tepung ubi kayu
2/3 cawan gula @ kurang

Topping - kelapa parut, setengah tsp garam dan 1 tsp tepung jagung digaul rata

1. Panaskan kukusan, sediakan acuan dengan sapukan minyak terlebih dahulu pada seluruh bahagian dalam


2. Putar gula, telur dan ovalette sehingga gebu.

3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus dan santan

 
4. Untuk topping, ambil setengah sudu besar topping dan padatkan terlebih dahulu 
Padatkan kelapa parut yang dicampur garam dan tepung jagung (kalau tak letak tepung jagung nanti berderai bila dikeluarkan)

5. Kukus selama 10-15 minit dan tunggu sejuk barulah dikeluarkan


Semoga resipi ni dapat membantu adik-adik untuk menghidupkan kembali dessert Melayu yang enak sebenarnya dan sihat! Sebab cuma bahan semulajadi tanpa bahan proses. Cara masakan pun sihat - kukus.

Warna memang pucat sikit tapi Masreena lebih suka kuih hijau yang pucat, maknanya memang tak guna pewarna. 


Dan saya buat kuih ni cuma makan 3-4 ketul sahaja, selebihnya saya masukkan dalam bekas aiskrim (saiz yang besar) dan simpan dalam freezer. Kalau ada orang datang rumah, cuma keluarkan lebih awal dalam 2 jam sahaja dah boleh terus makan. Mudah, kita pun tak stress dan tetamu pun happy! Same goes pada kuih muih lain jugak!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)