![]() |
Puding Sago Gula Melaka |
Ni dessert yang paling aku suka dan sangat enak dimakan ketika sejuk.... dulu-dulu tercari-cari buffet Ramadhan yang ada menu ni dan Bread Butter Pudding. Walhal buat sendiri je senang! Tak perlu tunggu kan?
Kalau bazar Ramadhan susah nak cari puding sago / sagu ni
Sekarang mungkin dah mudah sebab dah selalu viral di instagram
OK untuk buat dessert ini, sila buat Kuah santan & Kuah Gula Melaka dulu. Sebab boleh disejukkan dalam freezer (cepat sikit bekunya) sementara kita nak merebus sagu tu nanti. Kuah santan cuma didihkan sekejap dengan secubit garam. Kuah gula melaka pula cuma leburkan dengan sedikit air. Mudah!
Tempoh Penyediaan: setengah jam
KUAH GULA MELAKA
Gula Melaka
2 cawan air
Didihkan dalam periuk sampai likat
KUAH SANTAN
Sekotak santan@sebungkus besar santan segar (jangan tambah air!)
Setengah tsp garam
Masak sekejap atas api hingga mendidih
Dah siap dua-dua sejukkan kita buat sagu pula
PUDING SAGO
Sagu yang telah direndam setegah jam direbus dengan 4-5 cawan air
Kacau berterusan supaya tidak berketul sehinggalah menjadi lutsinar
Tapis dengan dilalukan air paip untuk buang kanjinya
Titik pewarna kesukaan (saya guna sirap) dan gaul dengan garfu
CARA HIDANG LAYER
Sendukkan sagu dalam mangkuk
Sendukkan kuah gula
Sendukkan santan perlahan-lahan...
Last barulah masukkan dalam chill dalam 2 jam
Kalau nak cepat masuk freezer setengah jam dah boleh makan!
TIPS: Selepas selesai periuk/perkakas hanya perlu diletakkan air untuk tanggalkan kanji
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)