Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 18 April 2020

ASB Loan: 4 benefit yang tak boleh dapat dengan menyimpan wang sendiri (sediakan pen, kertas & kalkulator)

Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya pada dunia sebenar dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya berbeza dengan pengalaman anda ye.

Saya cuba untuk kekal focus dengan topic ini, saya tak nak babitkan hal-hal lain seperti hartanah, emas, simpanan, dll ye.. kita focus pada PINJAMAN dan ASB sahaja. Kalau buat loan ASB saya lebih suka buat dengan Maybank sebab apa… sebab professional. Semasa muda saya pernah buat ASB loan dengan RHB & CIMB tetapi apabila saya jual balik, saya tidak dikembalikan apa-apa wang pun, sedangkan selepas itu barulah saya tersedar mereka sepatutnya mengembalikan bayaran principal saya. Pada masa itu saya masih naif, tak tahu cara pengiraan interest & principal ini (duit pokok) 

Tetapi apabila saya menjual semua ASB loan saya iaitu sijil bernilai 50 ribu dengan Maybank selepas pinjaman berusia 5 tahun, saya dipulangkan semula oleh Maybank & Etiqa insurans sebanyak 5 ribu ringgit. Dengan wang tersebut saya merasa terbang ke Sydney buat pertama kalinya dalam hidup.

Perkara ini meninggalkan kesan di hati saya, dan membuatkan saya tidak lagi mempercayai bank-bank lain untuk membuat pinjaman ASB. 

Basic rules untuk sesuatu perniagaan atau pelaburan, formula / persamaan / equation macam ni

Keuntungan = kadar dividen – kadar interest

Sekarang kadar interest ASB loan adalah 4.5%.
Dividen ASB terkini pula 5.5%
Maka keuntungan = 5.5% - 4.5% = 1%

Maknanya masih lagi untung walaupun sikit je iaitu 1%. Kalau orang kaya-raya, setakat 1% tu diorang tak main, huhu… better diorang simpan di Unit Trust.

Selain dari itu, ada juga orang membahaskan baik simpan sendiri daripada bagi wang pada bank. Well, saya tidaklah memaksa semua orang mengikut apa yang saya buat, tetapi pengetahuan anda boleh berkembang dengan membaca entry ini. Bagi saya, ASB loan ada faedah tersendiri. Berbanding simpan sendiri, untuk lebih jelas anda kena buat sendiri pengiraan di Microsoft excel. Jumlah maksima ASB loan adalah 200 ribu selama 25 tahun. 200 ribu adalah jumlah maksimum yang boleh dibuat untuk setiap individu.

Benefit 1: ASB loan ada MRTA (insurans)

Simpan wang sendiri kalau nasib kurang baik di pertengahan usia, sekiranya meninggal dunia (minta dijauhkan) wang simpanan yang telah dikumpul, cth: seratus ribu, akan kekal tanpa pertambahan.
Berbeza dengan ASB loan, MRTA akan digunakan sekiranya berlaku kematian, contohnya walaupun sudah bayar hingga seratus ribu, MRTA akan bagi full amount 200 ribu kepada beneficiary (pewaris) serta merta walaupun loan masih separuh jalan.

Benefit 2: ASB Loan boleh cap limit 200 ribu

Setiap individu Bumiputra hanya dihadkan 200 ribu dan sekiranya kuota habis dijual, kita kena menunggu untuk pelaburan yang seterusnya. Silap-silap tak boleh masuk terus kerana PNB ni amanah saham. Ini ketara terutamanya ASB2 mempunyai limit keseluruhan 10 billion unit sahaja di PNB. Oleh itu, ASB loan boleh naikkan kuota kita untuk saving dalam tu, yang mana kalau ada saving cash ia akan bertambah secara kumulatif.

Benefit 3: ASB Loan membolehkan kita menyimpan wang sebanyak 58,536 ringgit untuk dapat 200 ribu selepas 25 tahun

Baiklah, 58,536 tu adalah hasil campur installment saya sebanyak 1,248 sebulan, namun ia berubah sedikit dengan umur seseorang. Ini adalah pengiraan loan saya. Installment saya berubah-rubah mengikut kadar BLR terkini yang diumumkan oleh bank negara Malaysia. BNM akan hantar surat perubahan kadar installment (sekarang semakin berkurangan)

58,536 tu adalah modal saya keseluruhan, cara kira:

jumlah installment tahun pertama = 14,976 

tahun yang kedua, semua installment tu saya bayar terus guna dividen. Biarlah saya bayar awal pun, sebab saya tak nak membebankan gaji bulanan saya, huhu...kalau ambik nanti terguna, bila tiba due date siap lah, huhu
kalau top tup loan dengan tanggapan dividen terendah 5.5%, maka dividen tahunan cuma cover 10.5 bulan je. 
Ini bermakna hampir sebulan setengah saya kena top up installment guna wang sendiri.

jumlah installment 1.5 bulan kena top up dan selepas 25 tahun = 43,560

Campur kedua-duanya dapatlah 58,536 ribu awak keluar duit seumur hidup untuk mendapatkan 200 ribu di hari tua nanti.

Penting: Cuba awak bandingkan sekiranya awak menyimpan sendiri, dengan jumlah wang yang sama di Microsoft excel. Awak akan dapati cuma dapat 140,413 ringgit selepas 25 tahun 

Jika menyimpan sendiri dgn jumlah yang sama, anda akan mendapat 140 ribu sahaja itupun sekiranya betul anda menyimpan. Silap-silap pertengahan jalan mungkin anda withdraw pula untuk renovate rumah atau anak kahwin. 

Jadi soalan saya: awak nak 200 ribu ke 140 ribu dengan modal yang sama? Sudah tentu melalui loan ASB kan

Benefit 4: Pelaburan yang menguntungkan untuk anak muda

Kenapa saya kata demikian? Cerita tersebut telahpun saya taip seperti di perenggan paling atas. Namun begitu, TUJUAN ASAL saya buat ASB loan adalah retirement plan tambahan selepas 25 tahun nanti. Hal ini kerana income saya bekerja sendiri kais pagi makan pagi, terlalu sedikit, dan tidak cukup untuk menyimpan wang persaraan dari income bulanan. Saya bukanlah ada caruman EPF dari majikan pun. 

Oleh itu, setakat setahun sekali  saya gunakan dividen untuk bayar installment setahun & top up sedikit tak sampai 2 ribu setahun, selepas 25 tahun saya ada 200 ribu. Mana ada lagi pelan lain yang begini? Sepatutnya golongan yang layak di Malaysia iaitu Melayu, Serani, Orang Asli, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak, & mualaf menggunakan sepenuhnya peluang ini kerana bangsa lain teringin nakkan peluang ini. Kawan-kawan saya Cina dan India berasa cemburu, tidak hairanlah kuota non bumi untuk ASN dan ASW licin dalam masa setengah jam sahaja di seluruh negara!

Loan-loan kecil 50 ribu semasa umur saya 20an  telah saya gunakan untuk pelaburan jualan balik yang menyebabkan saya berjaya ke Sydney tu tadi. Alhamdulillah, saya sempat merasa peluang tersebut :) sekarang ASB loan saya tidaklah sesekali saya nak jual pula. Tidak lupa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerani saya di Pengerang dulu, Ayu kerana bagi saya idea ini. Masa tu saya dengar sambil lalu sahaja tapi balik rumah baru saya terfikir, betul apa dia kata. Terus saya bertindak sedikit demi sedikit.

Saya harap entry ini bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia dan ada masa saya akan tulis lagi tentang simpanan yang lain.






No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)