Boring sewaktu Covid-19? Eloklah guna masa yang ada untuk organise semula almari baju.

Tips Membeli Hanger Baju
-hanger baju adalah cara paling mudah utk menambah keluasan dalam almari. Itulah sebabnya penting ada almari berbanding besi-besi biasa kerana almari boleh memaksima kan ruang termasuklah hanger, rak, pintu & laci.
![]() |
Hanger kayu - buatan yang sangat kukuh dan sesuai menggantung baju yang berat spt kot |
Berfungsi menyangkut sarung, skirt & seluar. Pakaian nampak tersusun cantik |
Khusus menyangkut kain yang halus seperti satin dan sutera. Sayangilah baju-baju atau harta kita sebab nak keluar balik duit beli baru bukannya murah.... |
Plastik -sesuai menyangkut pakaian yang ringan. |
Hanger yang dibeli mestilah lebar supaya dapat menyokong frame bahu.
Untuk mengelakkan rantai, gelang, dan anting-anting kamu berpintal antara satu sama lain, simpankannya di dalam bekas kiub ais atau kotak peralatan memancing. Selain itu aksesori akan tahan lama kerana tidak tersangkut

PENTING: Pastikan almari ada pencahayaan yang cukup. Itulah sebabnya orang-orang kaya akan pasang lighting dalam wardrobe supaya mudah untuk memilih pakaian.
Boleh juga beli almari khas untuk aksesori seperti yang saya beli dahulu di entry INI
1. Apabila menggantung pakaian, susun seperti sistem fail. Asingkan semua baju setempat - dress dengan dress, celana dengan celana, dll. Lebih baik sekiranya top, mini skirt atau seluar digantung dalam satu set untuk memudahkan kamu memilih OOTD pada hari yang sibuk.
2. Untuk menjimatkan ruang, gantung celana atau seluar secara memanjang bukannya dilipat dua kerana ia menyempitkan almari. Gunakan hanger seperti di atas.
3. Baju kait nampak kemas apabila dilipat dan disimpan dalam laci. Jika almari kamu tidak berlaci, beli pek berasingan di IKEA.
4. Untuk menyimpan handbag bertali, sebaiknya elakkan menggantung kerana akan merosakkan tali handbag. Simpan dalam display cabinet atau ruang khas.

5. Simpan koleksi kasut dalam bekas plastik jernih. Selain mengelakkan habuk, ia mudah dilihat sekaligus mudahkan ia dicari.

6. Kamu gemar melipat kemeja-T dan menyusunnya bak menara? Lupakan! Gulungkannya dan atur melintang supaya mudah dilihat warnanya. Setiap kali kamu menarik satu, ia takkan terburai.
7. Bra terlalu banyak? Jangan campur bra, seluar dalam atau stokin tetapi susunkannya di dalam laci.

No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)