Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 3 April 2020

Covid-19: Kupasan Morotarium Relief, Bantuan Tunai Nasional & Penyelesaian Sebenar

 
 
Salam sejahtera,

Nampaknya rakyat Malaysia semua kelam kabut semenjak PM umumkan semua jenis bantuan-bantuan untuk disalurkan kepada rakyat jelata sempenan tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) #LOCKDOWN. Sudah pastinya yang menarik perhatian adalah Bantuan Tunai Nasional. Sampaikan website pun down. Bayangkan

Bantuan Tunai Nasional disalurkan mengikut agihan pecahan isi rumah (household) iaitu B40, M40 dan T20. Cara untuk menentukan anda di kategori yang mana bolehlah rujuk di entry INI.

Saya ingin mengulas bantuan tunai terus, bukanlah termasuk sector industry kerana saya bukanlah pemilik syarikat SME atau majikan yang perlu membayar gaji pekerja. Selain daripada  Bantuan Tunai Nasional, ada bantuan tunai lain yang anda perlu buat PERMOHONAN iaitu:

-I-Lestari
-Bantuan Sara Hidup yang sememangnya telah sedia ada diberikan setiap tahun kepada B40

Bantuan lain yang dapat secara automatic

-Morotarium Relief arahan Bank Negara Malaysia (KECUALI kad kredit)
-Diskaun bil elektrik 15%-50%
-unlimited internet daripada semua syarikat telekomunikasi
-pengecualian bayaran sewa untuk semua premis kerajaan & rumah-rumah kerajaan

Kenapa Morotarium Relief sangat penting

Bagi pekerja makan gaji, sekiranya mereka tidak dapat bantuan tunai pun sebenarnya kehidupan mereka tidaklah terjejas langsung kerana mereka masih bekerja dari rumah & menerima gaji seperti biasa. Perbelanjaan mereka tidaklah bertambah malahan semakin berjimat working from home. Morotarium Relief hanyalah satu kesempatan atau durian runtuh untuk mereka menyimpan wang tersebut selama 6 bulan. Hebat bukan?

Sepanjang tempoh PKP orang yang sebenarnya terkesan adalah orang bekerja sendiri seperti petani, pelaut, peniaga-peniaga, dll yang tidak mendapat gaji tetap dan bergantung pada upah harian. Ini golongan yang sepatutnya dibantu kerana mereka tidak keluar bekerja sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Oleh itu, inisiatif kerajaan & BNM sangat tepat untuk membantu orang seperti kami mengurangkan bebanan bulanan. Namun begitu, ada beberapa perkara yang masih perlu dibayar:

-sewa, bill, makan & minum, kad kredit
-keperluan lain jika perlu seperti spek mata rosak, kereta rosak, plumber jika paip dapur bocor dll

Oleh itu, dari manakah orang seperti kami boleh mendapatkan wang untuk menguruskan perkara-perkara di atas selain dari wang simpanan yang mana semakin digunakan ia semakin habis? Ini kerana tiada punca pendapatan yang masuk menggantikan wang keluar tersebut. 

Berbeza besar dengan orang yang masih bekerja makan gaji (penjawat awam, kakitangan bank, sector swasta IT dll yang masih boleh beroperasi) mereka masih bergaji, dapat pula wang tunai kerajaan malahan wang simpan (extra saving) pula hasil morotarium relief!

Jadi apakah yang paling terbaik sebenarnya bagi mengatasi masalah ini? Kita perlu HENTIKAN PKP ini secepat yang mungkin.... dengan cara DUDUK RUMAH sementara mendapatkan vaksin. Semakin pendek tempoh PKP, semakin kurang wang simpanan kita mengalir keluar & kita boleh bekerja seperti biasa. Itulah sebabnya, PM merayu pada rakyat jelata, teruskan DUDUK RUMAH, STAYHOME, LOCKDOWN supaya kita akan menikmati kehidupan seperti biasa. Janganlah waktu ini pula awak nak pulang ke kampung, pergi drive trough, pergi melawat kawan-kawan, pergi supermarket suami isteri macam nak pergi dating... tolonglah, kasihanilah kami yang bekerja sendiri ni.

Sedarlah bahawa semakin lama negara kita #LOCKDOWN, semakin gawat ekonomi negara & untuk pulih ekonomi seperti sebelumnya bukanlah tiba-tiba sejurus selepas #LOCKDOWN tamat, tetapi proses tersebut memakan berbulan atau setahun. Sementara itu, adakah awak mahu berdepan risiko dibuang kerja?

 Saya tahu anda ada jawapannya.

 


No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)