Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Sunday 5 April 2020

Cara Jimatkan Elektrik

Salam sejahtera

Tak ingat dah saya pernah ke belum buat entry pasal jimat elektrik, rasanya pernah tulis. Baiklah, ketika saya tinggal berseorangan dahulu, penggunaan elektrik saya (bil TNB direct ye... bukan bil kondo) selalunya 50 ringgit. Selepas saya buat beberapa langkah penjimatan elektrik, saya dapati bil saya untuk bulan seterusnya kurang 25 ringgit iaitu separuh daripada sebelumnya.

Jadi sekiranya anda tinggal berseorangan, mudah untuk dikawal. Sekiranya ada ada ahli keluarga atau housemate, bolehlah brief atau bagi nota tambahan semasa menandatangani kontrak sewa bilik tu. Bukan apa selalunya bil elektrik bahagi 2 kan, jadi  tak adil lah kalau awak seorang sahaja yang berjimat.

Basic jimat elektrik sudah tentulah mentol putih, kurangkan peralatan panas & penggunaan air cond. Tetapi untuk warganegara Malaysia yang menghadapi cuaca panas setiap masa, air cond adalah benda yang sangat perlu di negara kita.

Tips Jimat Elektrik Sehingga Separuh Bil:

1. Sebelum tidur atau keluar bekerja, pastikan OFF semua plug extension. Hal ini kerana saya dapati kebanyakan orang menggunakan extension yang ada LED (berlampu), LED ini menambahkan bil. Saya buang terus extension LED beli yang tiada lampu.

Inilah dia extension berlampu LED yang bakal menaikkan bil elektrik. Bayangkan seharian awak on TV & wifi dengan extension macam ni... memang beratus bil 

Beli extension ni tanpa lampu LED

2. Selain suka menggunakan mentol putih berbanding mentol kuning, saya gunakan lampu kalimantang di dalam tandas, yard ataupun stor. Lampu kalimantang (flourescent) dan LED biasa (light emitting diodes) biasanya hanya 5 watt berbanding lampu pijar (60 watt ke 100 watt)

3. Pilik produk elektronik yang memiliki loji Energy Star. Ia menggunakan kurang 20% hingga 30% tenaga berbanding produk lain.

4. Jika ada peralatan melebihi 10 hingga 15 tahun pertimbangkan untuk menukarnya. Peralatan lama boleh menggunakan tenaga elektrik hampir 4x ganda berbanding yang baru. Kalau ada perkakas elektrik ie. mesin basuh atau microwave yang sebaya adik bongsu, silalah tukar ye

5. Air cond yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik. Cuci filternya sekurang-kurangnya setahun sekali.

6. Dapur - penting ni. Apa-apa sahaja peralatan panas akan menggunakan elektrik yang sangat banyak. Cuba lah hadkan hanya pada oven, periuk nasi & hud yang biasa ni. Tapi kalau steam pot, cerek dll gril tu tak perlulah guna elektrik.... gunakan sahaja dapur gas. Gas 10x ganda lebih murah dari elektrik. Dahulu semasa di Cyberjaya, saya menyewa kondo yang menggunakan elektrik sebagai dapur. Bil bulanan sentiasa melebihi seratus ringgit OMG! sedangkan jika gunakan gas (Lembaga Gas Malaysia) cumalah 11 ringgit untuk 2 orang memasak.

Saya gunakan cerek dapur sebab cerek letrik tu kecik, nanti berapa kali pula saya nak rebus air dalam sehari, huhu....



No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)