Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 5 February 2011

Financial Plan - Moderate & Balance


Pertama sekali aku ucapkan terima kasih banyak-banyak pada abang hensem, MACD kerana telah perkenalkan financial plan yang sangat sesuai + seimbang + menepati keperluan aku selaku manusia cemerlang. kikiki. tapi series, since 4 bulan aku aplikasikan JAR SYSTEM ni self management aku makin improve. Ramai salah anggap financial plan ni cuma berjimat cermat, padahal maksud sebenarnya lebih daripada itu.


Antara kejayaan hasil keberkesanan JAR SYSTEM ini termasuklah beberapa jenis kelas yang aku pergi hari tu. Aku jugak dah ada saving untuk beli perabot. Untuk retirement aku tak nak save lebih-lebih, sebab aku rasa EPF atau pencen pon dah cukup. Mungkin masa tu aku dah ada beberapa income passive selaras dengan kematangan umur masa tu kan.. so wat pe lebih2 nak simpan untuk hari tua? yang penting hari muda ni kena nikmati hidup dengan selesa. Badan nak kena urut, bersalin nak selesa.. takkan main taram je. Tak koser aku tau, makan nasik lauk ikan masin semata-mata nak simpan duit untuk hari kerepot.


Ni dia.. JAR SYSTEM. Aku copy dari MACD. Thanks fren =)


Ada satu sistem kewangan yg simple dikenali sebagai Jar System.

Bila dapat gaji, amik semua gaji tu dan asingkan ke dalam enam balang. Tapi
mengikut peredaran semasa, boleh buka enam bank akaun sebagai ganti. Akaun2 yg
terbabit adalah seperti berikut:

1. Necessity Account
Guna duit dari akaun ni utk segala keperluan harian. Kalau 100% daripada jumlah
pendapatan anda terpaksa digunakan utk keperluan harian, itu maknanya pendapatan
anda adalah terlalu sedikit dan perlu cari jalan utk meningkatkan ke tahap yg
diperuntukkan di bawah.

Contoh: Rumah/tempat tinggal, makanan, pengangkutan, bil
telefon/api/air/internet dsb.

Peruntukan: 55% daripada jumlah pendapatan.

2. Financial Freedom Account
Duit yg ada kat dalam akaun ni adalah utk disimpan dan buat investment. Matlamat
jangka panjang ialah utk memastikan akaun ni grow so big supaya semua pendapatan
kita datang daripada pelaburan kita. Dilarang sama sekali guna duit dalam akaun
ni utk belanja harian.

Contoh: Pelaburan hartanah, saham dsb.

Peruntukan: 10% daripada jumlah pendapatan.

3. Long Term Saving and Spending Account
Duit dalam akaun ni harus digunakan utk beli barang2 mewah atau simpan utk
kegunaan jangka panjang seperti melancong.

Contoh: Percutian, LCD TV, kereta baru, perabot baru dsb.

Peruntukan: 10% daripada jumlah pendapatan.

4. Play Account
Hidup akan jadi bosan kalau tak berseronok. Guna duit dalam akaun ni utk reward
diri sendiri. Duit yg ada kat dalam akaun ni mesti dihabiskan setiap bulan!

Contoh: Movie, spa, urut Thai, karaoke dsb.

Peruntukan: 10% daripada jumlah pendapatan.

5. Education Account
Sebagai manusia kita kena grow. Kalau nak grow kita kena dapatkan experience
baru dan belajar benda yg baru. Gunakan peruntukan dalam akaun ni utk menjadi
seorang insan yg lebih sempurna dan berguna kepada masyarakat.

Contoh: Seminar, buku, audio book, CD dsb.

Peruntukan: 10% daripada jumlah pendapatan.

6. Give Account
Walaupun kecik dan merupakan akaun yg terakhir, tapi bagi aku ni akaun yg paling
penting sekali. Kalau kita dapat duit tapi simpan atau belanja semua utk diri
sendiri, lama2 kekayaan kita tak bertambah. Rezeki kita hanya akan bertambah
bila kita sedekahkan dan bagi sedikit daripada apa yg kita dapat kepada orang
lain.

Contoh: Zakat, sedekah, badan kebajikan dsb.

Peruntukan: 5% daripada jumlah pendapatan