Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Tuesday 11 November 2014

Day 4: Buku Kegemaran Anda

Sejak beberapa tahun yang lepas Masreena dah tak beli dah majalah banyak-banyak macam dulu. Masa zaman baru grad asalkan boring je pergi mall atau kedai beli majalah... kalau tak beli majalah tengok internet... tu je keja... bila dah cerdik sikit, barulah terasa nak berjimat dan invest duit tu kepada aktiviti lain.. macam naik helikopter ke, pergi travel ke Sempadan Malaysia ke.

So dalam banyak-banyak majalah yang nak dilupakan tu... ada satu ni je Masreena pilih untuk dikekalkan. yang lain-lain seperti EH! tu Masreena lupakan sebab terlalu banyak iklan... promosi produk pun stok-stok kerabat & VIP je boleh beli.. kalau setakat pallet mekap tu sampai RM250, tak percaya orang gaji 6 ribu sanggup beli. Orang gaji 6 ribu sibuk nak bayar installment rumah, cukai taksiran  rumah, maintainance rumah... so kalau lipstik harga RM100 tu sah-sah anak Datok je mampu beli kan..

So dah tolak majalah EH! Masreena tolak pula majalah Dara, sebab dah tua sangat untuk Dara.. Dara.Com memang bagus, sebab banyak tips fesyen berhijab, tapi atas faktor umur. Akhir sekali, tolak majalah WW. Sebab majalah WW khas untuk socialite sebenarnya.. bukan untuk rakyat jelata macam Masreena. Sesekali kalau teringin nak baca sebab tertarik dengan CoverGirl, Masreena akan baca free dia MPH.. hehe..

Akhirnya tinggallah majalah ini. Majalah Cosmopolitan yang telah Masreena beli since tahun 2006 lagi dengan isu kedua Januari 2006. Covergirl masa tu Angelina Jolie.

 Cosmopolitan Malaysia versi terawal

Kali pertama beli tertarik sebab CoverGirl artis dan selebriti antarabangsa tapi majalah dibuat dalam bahasa Malaysia. Jadi interview dengan selebriti tu pun dalam bahasa Malaysia. Itu tarikan utama pada masa tu.

Bila bukak page dalam... rasa terkesima sebab sangat informatif. Walaupun ada iklan, tapi artikel dalam majalah ni berunsur didikan. Contohnya, diorang promosikan produk Clarins tapi mulakan dengan sifat-sifat dermalogika kulit. Jadi, kita nampak relevannya sesuatu produk dengan kegunaan yang pengguna kehendaki untuk kulit mereka.

Ni antara artikel yang Masreena suka, sampaikan I put this page on my bedroom wall. 

So since beberapa bukti konkrit ni Masreena nekad lepas ni nak setia dengan satu majalah je.. tak nak banyak-banyak dah... sebab nak jimat kan... Jadi, inilah majalah yang Masreena anggap melengkapi semua perkara yang Masreena nak seperti Fesyen, Friendship, Cash Guide, Love, & Health. Senang cerita, BALANCE & COMPLETE!






Day 5: 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih

Ish ish ish... malu laa topik ni... aku tak banyak kekasih dalam hidup aku... tapi untuk memenuhi tajuk ni biarlah i pilih kekasih aku yang pertama masa sekolah dulu Tingkatan 2. Namanya Mr. F. Boyfriend ni Masreena kenal semasa SMK Datok Mansor, Bahau, Negeri Sembilan. Adik beradik dia ada 6 orang, semua nama bermula dengan huruf F. Faizul, Fadzli, Farra, Fadhil, Faiz, dan Farhan.

Masa dia usha Masreena, kecoh budak-budak perempuan satu sekolah. Sebab Masreena ni chubby, dia pulak tampan dan berkulit cerah. Memang banyak gadis tak dapat terima kenyataan pada masa tu, hehehe....

Diringkaskan cerita, perhubungan kami terputus dulu sebab masih budak-budak lagi... Belum matang lagi. Masreena tak menyimpan sebarang dendam. Cuma Masreena rasa bersimpati terhadap dia dan keluarga, sebab Masreena dapat tahu dari mak yang satu-satunya adik perempuan Mr. F, Farra Dilla ni sudah pulang ke rahmatullah dalam 2-3 tahun lepas. Terkejut sangat pada masa tu. Sebab Masreena baik dengan ahli keluarga Mr.F, takde sebarang masalah pun.

3 pesanan Masreena untuk dia:

1) Awak adalah seorang lelaki yang baik, hensem, dan berbudi bahasa. Saya doakan awak bertemu jodoh dengan wanita yang sebaik awak.

2) Bersabar dengan dugaan Allah s.w.t. terhadap keluarga awak. Kami mengharapkan yang baik-baik sahaja.

3) Masreena ucapkan terima kasih atas kasih sayang dia sepanjang kami berkenalan :)

Ok.. itu sahaja :)



Sunday 9 November 2014

Day 3: Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Apasal internet slow...geramnya... dah berapa hari dah Masreena perasan. Baik kat ofis baik di rumah. Masa habis dengan menunggu connection je.

Bercakap tentang sesuatu yang menguatkan... Rasanya lebih elok kalau kita kaitkan dengan cabaran yang kita hadapi hari-hari. Contohnya dalan era yang serba mencabar ni, Masreena pasti untuk menempuh semua dugaan seharian, kita ada sesuatu sebagai inspirasi kita.

Masreena, sebenarnya takde inspirasi pun.. haha.. entah la. Masreena ni kalau jawab bab feeling ni memang kurang sikit. Apa yang boleh Masreena katakan, aktiviti yang ditempuh sehari-hari disebabkan TAKDIR yang telah tertulis buat kita. Apa yang berlaku, Masreena tempuh. Itulah yang jadi sumber kekuatan Masreena selama ni. Nokhtah.

Pic Masreena last week sedang enjoy dengan kawan-kawan :)

Friday 7 November 2014

Day 2: Cara Memenangi Hati Anda

Mak oii... ke laut betul Cabaran 30 Hari ni, hehehe... Blur tak tahu nak cakap apa... sebab tajuknya shy... hehehe... iols tak reti nak berjiwang karat ni... dah tua-tua ni kan, takde maknanya... dah la tema blog i ni blog kewangan dan urusan perniagaan harian, tetiba kena tulis benda-benda feeling. Allah dah kenapa..

Tapi tak pelah, kadang kala memang kena jadi childish sikit mengikut keadaan kan?

Cara memenangi hati i mudah je....

1. Communication is really important, as a human we can't read other person mind, if something is affecting our friendship, please be ready to discussed it

2. Sentiasa berlaku adil

3. Komitmen terhadap persahabatan atau perhubungan atau perkahwinan.

That's it

Sunday 2 November 2014

Cabaran 30 Hari: Day 1

Ok lah.. aku pun nak join gak Cabaran 30 Hari ni. Sebabnya, nak naikkan balik momentum blogging aku yang dah ke laut. Baiklah, aku mulakan dengan Day 1: 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Anda


Bawah ni adalah pic terbaru aku yang diambil 2 hari lepas di Ben's, Publika, Sri Hartamas. Ok restoran ni aku pergi sempena event yang aku sertai anjuran Blu Inc Media. Maaf tak sangka restoran ini turut serve arak. Apapun memang cantik dekonya + corner lot.

Bergambar dengan trainer jemputan untuk hari tu. Kebetulan warna baju sama noks

Cukuplah 1 je kan? Ada banyak lagi gambar tapi slowly lah i upload. Seterusnya 5 Fakta tetang diri... eee feeling artis plak. Fakta apa ek? Hantam sajalah... 

1. Fakta dari segi background, Masreena merupakan pemegang ijazah daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Selain itu Masreena ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSS Tentera Laut Diraja Malaysia oleh Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada waktu itu. Pentauliahan tu sebenarnya penyerahan sijil, macam konvokesyen juga tapi untuk tentera. Kedua-dua sesi ni berlangsung pada tahun 2007 seawal usia Masreena 22 tahun. Maknanya konvo ijazah sekali harung dengan konvo Palapes tu (bukan Papales ek.. jangan salah sebut... kikiki)

2. Bersesuaian dengan pemegang ijazah dan pegawai tentera simpanan, Masreena seorang yang tegas dan berkepimpinan... gitu. Hinggalah sekarang Masreena telah bekerja dan diberi kepercayaan untuk menerajui salah satu department dalam organisasi. 

3. Sebenarnya cara hidup di universiti sedikit sebanyak mempengaruhi masa dewasa kita. Contohnya, dulu Masreena aktif tentera laut, belajar menembak pistol, senapang, berenang dan bersukan, dan semua aktiviti tu kekal hingga kini. Sampai sekarang  Masreena aktif bersukan dan bersenam di gim. Aktiviti Masreena boleh didapati di blog Travel ini. 

4. Masreena pentingkan persahabatan, jadi Masreena sukakan orang yang memberi komitmen terhadap kawan-kawan, sebab Masreena akan membalasnya, taklah cuma one way friendship je. Betul tak?

5. Akhir sekali, Masreena seorang yang penjimat tapi betul pada tempatnya :)


Akhir sekali, Masreena paste 30 soalan Cabaran tu. So apa topik esok? 

Besok topik 5 Cara Memenangi Hati Anda. What?? -_-

Haa.. malam ni kena start fikir. Apa nak tulis nanti? Geli + segan pulak bunyinya... kan... ada ke orang nak amik tahu ye tak? Takpelah... at least Masreena cuba selesaikan 30 hari ni. Insy akan bertukar sedikit momentum blog ni =D

Bye!