Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 31 July 2015

Pengalaman Pertama Buat Brazillian Wax !!!

- I cuba untuk buat korang tak geli geleman baca entry ni ye -

Sesiapa yang belum tahu Brazillian Wax tu apa... ia adalah proses mencabut bulu kemaluan korang menggunakan kaedah "wax" macam Leg Wax yang model-model selalu buat tu. Selalunya korang akan cukur, gunting, trim mahupun ada yang tak cukur langsung kott bulu pubis korang tu, LOL.... ada banyak cara ikut keselesaan korang, tapi jangan lupa cukur tu buat bulu tumbuh semakin kasar dan lebat. 

Kaedah Brazillian Wax ni Masreena tahu since baca interview Eva Longoria, pelakon Hollywood siri Desperate Housewife camane cara dia jaga bulu roma di bahagian 'bawah' tu. Mula-mula je sakit katanya pastu terus rasa ok dan semakin sikit bulu yang tumbuh. Lama dah tahu cuma nak try tu tak tahu kat mana di Malaysia ni. Pastu bukak pulak youtube tengok Minah Salleh buat sendiri Brazillian Wax ni, ehh boleh hilangkan warna gelap di kelangkang lah...sebab bukan sahaja bulu tertanggal malahan kulit gelap sekali. Tetiba rasa nak buat tapi tak tahu kat mana? Last-last terbaca pasal Strip ni dalam majalah, so ok fine dah tahu mana beauty centre nya. 

Inilah Strip Malaysia, Mid Valley. Selain Mid Valley ada a few lagi cawangan Strip ni macam di Bangsar, Pavillion, dll korang boleh dapatkan di website diorang. Aku pilih Strip Mid Valley sebab ini yang paling convenience untuk aku datang.

Masa ni dah start gementar dahh.. tanya kat receptionist tu sakit ke dik? dia cakap sakit sikit je.., biasa je... "berapa lama?" 

"setengah jam je cik".. adehhh.. setengah jam?? omg, lamanya aku nak menahan sakit...

Image result for strip malaysia mid valley
So bilik ni lah aku dibawa masuk. 

Sebelum treatment dimulakan punyalah beautician bagitahu aku yang Brazillian Wax ni sakit macam nak menangis... pastu dok sibuk promosikan IPL kat aku, which is hair removal gunakan machine, yang mana tak sakit sepertimana Brazillian Wax dan bulu pun bakal tumbuh perlahan berbanding wax. Masalahnya still 5 minggu sekali gak kena datang... malas arr. Serious aku stress dengan Chinese tu, bukanlah aku tak nak ambil IPL tapi kos kasar nya RM 900 dan kalau ambik pakej bakal murah 30%. Tapi bagi orang macam aku still over spent sebab kalau tetiap 5 minggu ko nak buang bulu kemaluan tu dengan harga RM 700 tak ke itu taraf-taraf datin or selebriti je??

Pastu boleh Chinese tu cakap "lepas you buat Brazillian Wax mesti you mahu buat IPL punya"

"Eh.. you jangan sengaja buat i sakit ye!" aku bagi amaran... lahanat betul dia ni... tahulah nak desak aku ambik pakej, agak2 arr

Pastu sepanjang sesi tu berlangsung aku rasa sakit tersentak gak arr setiap kali dia tarik chocolate wax tu... tapi taklah sampai menangis, Dan kesakitannya taklah macam period pain atau melecet ke apa. Still boleh tahan lagi.

Bila selesai Masreena tengok cermin, hmm... this treatment doesn't meet my expectation... ingatkan sama result macam dalam youtube tu. Agaknya yang aku tonton tu diorang guna wax grade lain or jenis lain kot. Tu sebab kesan tak sama.

So bila tengok result lebih kurang sama dengan ko cukur sendiri, rasa bersyukur sebab tadi tak terpengaruh ambil pakej dengan dia. Kalau tak dia suruh aku bayar terus next appointment untuk First Timer IPL dengan harga RM289, belum termasuk First Timer Brazillian Wax RM 83 ni. Harga asal BW ni RM 120.00 tapi since aku baru try pertama kali dapat diskaun 30%.

So plan aku yang seterusnya ialah... NO MORE BRAZILLIAN WAX AFTER THIS. Kalau IPL tu mungkin satu hari nanti lah, tapi if ko nak buat semi permenant hair removal or permenant sekalipun korang boleh buat di klinik Asthetic, tak perlu buat di Strip or beauty centre pun. Better pergi pada klinik bertauliah je.

 Bye! 





13 comments:

  1. kalau macam tu better buat sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, cuma bila buat sendiri lenguh sikit tengkuk tu nanti & kena buat bebetul

      Delete
  2. buat sendiri je la kan, better dan puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak abis betul2 klu wat sendri esp part blkg,,

      Delete
  3. yang, u blh pkai Norah Wax. Seriously cabut bulu dari akar. rm35/botol dan blh guna up to 3x full body waxing. wasap i 013.318.0986 utk produk detils. tengs

    ReplyDelete
  4. try kat waxillian avenue K, KL. ada pakej polish V area n bon. mesti try. lepas buat rasa sexy ...prtner geram abis

    ReplyDelete
  5. tak abis betul2 kalau buat sendiri esp part blkg

    ReplyDelete
  6. time buat tu xleh pakai pe2 ke??? omg malunyeee

    ReplyDelete
  7. Cuba baca apa mufti wilayah persekutuan bagi fatwa. Brazilian wax ni HARAM diajalankan sekiranya aurat pelanggan terdedah walaupun dengan pekerja yang sama jantina apa tah lagi yang berlainan agama, lagi tidak dibenarkan dalam Islam.

    ReplyDelete
  8. Cuba baca apa Mufti W.Persekutuan bagi fatwa. Brazillian Wax ni HARAM dijalankan sekiranya procedure yg dilakukan mendedahkan aurat pelanggan dengan pekerja walaupun yg sama jantina. Even, aurat wanita sesama muslim pun Islam ada hadkan aurat apatah lagi sesama wanita bkn islam. Saya cuma menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Wax pun lebih elok dan selesa dilakukan di rumah. 😉

    ReplyDelete
  9. BRAZILLIAN WAXING HARAM UNTUK UMAT ISLAM https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3510-irsyad-al-fatwa-siri-ke-307-hukum-brazilian-wax-di-spa-bagi-bakal-pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda. Namun saya ingatkan bahawa pembaca blog ini tak semestinya Islam je cik kak. Malaysia population 60% sahaja Islam dan 40% bukan Islam & belum termasuk lagi worlwode reader. Review jujur kami amat penting bagi membantu banyak orang di luar sana membuat keputusan dalam hidup

      Delete
  10. Terima kasih atas komen anda. Namun saya ingatkan bahawa pembaca blog ini tak semestinya Islam je cik kak. Malaysia population 60% sahaja Islam dan 40% bukan Islam & belum termasuk lagi worlwode reader. Review jujur kami amat penting bagi membantu banyak orang di luar sana membuat keputusan dalam hidup

    ReplyDelete

Kalau suka tinggalkan komen =)