Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not about to cut everything's fun in your life, we still spend but only in minimum cost to optimize your satisfaction. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM.

Tuesday, 13 January 2015

Kenapa Safi Rania Gold Tukar Duta kepada Nora Danish?

Ala... produk Safi Rania Gold dah naik harga.... sedihh

Haha... baru start entry je dah meroyan ek... mana lah tak meroyan kalau sana sini barang dan perkhidmatan dah naik harga.. padahal rate income sama je or if ada kenaikan pun sikit je tak boleh overcome kenaikan inflasi. GST belum pun mula lagi, tapi barang dah naik harga siap-siap. Perghhh

Rasanya hampir sebulan dah kot Safi Rania Gold tukar jurucakap produk. Duta lama adalah pelakon popular iaitu Rozita Che Wan yang mana if I m not mistaken RCW adalah duta perintis untuk Safi Rania Gold ni. Dulu kan cuma ada Safi Balqis je.

  
Rozita Che Wan

To be honest lah, I never noticed or care about local skincare ni.... in the first place i sendiri guna produk Alaisyah/Shurah yang murah tu... but since RCW dilantik sebagai jurucakap I pun baru aware tentang Safi Rania Gold tu....tapi masa tu cuma aware je. Sampailah ada seorang kawan i ni, Quality Manager yang berusia pertengahan 30an gunakan produk ni. I perasan masa overnight rumah dia lah... dalam bedroom dia penuh dengan skincare ni.. LOL. Tengok muka dia OK so I pun mulalah spend time & money to find this product's information. Akhir sekali jadi consumer terus.

Sebab apa? Sebab RCW dah gunakan Safi Rania Gold selama tiga tahun sejak dia dilantik menjadi duta pada penghujung 30an & you all sendiri tahu camane condition kulit muka RCW. Yes, i faham ramai yang akan deny fact ni.

"Selain Safi Rania RCW mungkin support dengan serum or product jenama lain which much more better than Rania Gold" atau "RCW pergi facial treatment yang hebat or any other advanced beauty treatment like injection" atau "RCW memang naturally beauty so no wonder lah skin dia cantik bukan sebab dia guna Safi Rania Gold"

Terpulanglah kepada individu, bagi saya kalau selebriti terkenal pun mengaku hanya gunakan Safi Rania Gold sebagai rejim kecantikan kulit dia, why not i try? dan yang paling utama is the price - affordable & worthable. Kenapa perlu kita cross ke produk termahal sedangkan yang jenama biasa kita boleh try dulu at least step by step? Unless if i belum puas hati barulah I will go to the next brand.

So OK, selepas 6 bulan i gunakan ramai kawan terdekat & family yang tegur tentang condition kulit muka i look better than previous. Syukurlah. Ada gak perubahan positif. Pipi pun dah kurang sikit jatuh....

So i pun teruskan penggunaan macam biasa sampailah tiba-tiba Nora Danish dilantik sebagai duta baru untuk produk Safi Rania Gold. 

Nora Danish.

Masa tu terkejut gak, ye lah i kan peminat Rozita Che Wan, hehehe.... tapi siapalah I untuk komen semua tu sebab that decision telah dibuat peringkat management Safi Rania selepas mengkaji setiap segi kot. I believed that is one of marketing strategy to put Nora as their spokeperson in terms of popularity, & juga pengaruh Nora buat masa sekarang ni... Ok fine. Perkara kecik ok. Tapi masa tu belum pergi Mydin lagi. Nak dijadikan cerita, bila pergi Mydin barulah sedar produk Safi Rania Gold dah naik harga sekali dengan tukar duta (Nora Danish) ni tadi.... 

Sebab apa dah naik harga? Sebab nak bayar Nora Danish satu hal... LOL... gurau je... sebab utama yang i nampak, Safi Rania Gold buat revolusi pada packaging nya... diorang tukar kepada bekas eksklusif pulak dahhh.... aduhh... saya ni tak kisah bekas tu kaca ke plastik, yang penting krim nya tu... 

Bahagian kiri tu packaging lama. Sebelah kanan yang baru. Produk yang guna packaging lama tu berbeza RM 5 jugak tau... sadis... dulu beli Daycrem RM 15 je sekarang hampir RM 20! Itu pun beli kat Mydin. Kalau beli tempat lain most probably more than RM 20 lah. 

Senang cerita semua dah naik harga dengan packaging baru ni.... tak kira lah Daycream, Night Cream, Serum, Toner, Scrub, Cleanser, Deep Cleanser, Eye Cream, dan Krim kecantikan (yang macam krim Safi time sekolah-sekolah dulu tu)

Ok revolusi packaging tu boleh dibezakan antara zaman RCW dengan Nora Danish melalui gambar di bawah....

Set Safi Rania semasa Rozita Che Wan jadi duta

Set Safi Rania yang terkini, lebih eksklusif. Seiring dengan peningkatan harga *nangis

Mungkin pengasas Safi Rania Gold ni nak bersaing dari segi penjenamaan dengan produk lain... that's why upgrade to exclusive packaging kan... produk dia so ikut suka hati dia lah... cuma impactnya pada pengguna harga sedikit dinaikkan utk tampung kos tu... o maigad....

Ada kawan-kawan sarankan Masreena tukar produk, masalahnya mana nak cari produk tempatan yang harganya masih berpatutan & mudah didapati. Bukan lah Masreena nak perkecilkan produk kecantikan usahawan Melayu, tapi masalahnya harga yang ditawarkan agak mahal. Sampai beratus-ratus ringgit, Selain itu Masreena pentingkan produk yang established dan ada RND. That's why susah juga nak cari pilihan kosmetik lain yang sesuai dengan keadaan Masreena yang usia hujung 20an, bekerja kawasan panas & debu serta selalu travel dengan condition iklim/cuaca yang silih berganti. Insy bila ada extra money baru boleh tukar ke skincare yang boleh glowing mowing lagi kan.

Baiklah sambung kisah rejim penjagaan kulit di next entry ya... Masreena nak cerita Facial Treatment yang the best (and of course affordable) that I ever experienced until now. Take Care :)





No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)