Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Monday 20 June 2011

Kebaikan Bermastautin Di Satu Tempat - Networking

...salah satunya, secara tak langsung kita dapat bina contact yang kukuh berbanding kalau kita gemar berpindah randah atau bertukar-tukar tempat kerja.

Mungkin ofismet bukan menjadi kawan yang berada di sisi kita ketika dalam kesusahan tetapi setidak-tidaknya mereka berupaya menjadi teman sepejabat yang saling melindungi atau lebih bagus lagi, kehadiran mereka memberikan kebaikan selain ruang lingkup skop kerja seharian.

Sepanjang terlibat dunia pekerjaan, telah banyak kawan-kawan yang bukan sahaja bergelar ofismate/company-mate, tetapi turut membantu saya membina jati diri yang teguh melalui pengalaman yang mereka kongsi sebagai panduan penting untuk saya. Terlalu ramai sebenarnya dan jasa mereka tak terbalas.

Tetapi hari ini saya ingin bercerita tentang ofismet saya, Saipulbahari (safety supervisor) dan Norriza (clerk). Saya rasa sangat bertuah mengenali Saipul kerana

1. Membuka mata saya bahawa seorang 'pesara' ejen insurans mampu hidup senang walaupun menganggur 6 bulan. Bagaimana saya tahu, masa mula-mula mengenali Saipul saya pelik tengok lifestyle dia seolah-olah seperti lifestyle seorang manager. Dah la beli rumah di Putrajaya (semua orang tahu harga tanah di Wilayah Persekutuan bukanlah murah), menganggur selama 6 bulan pulak tu dan paling mengejutkan siap ada maid lagi!

Setelah dirisik, barulah terbongkar bahawa semasa umur 20an dia seorang agent Takaful Ikhlas secara sepenuh masa (full time). Kini setelah berumur 34 tahun, beliau cuma menikmati hasil komisyen sebagai passive income.
Alang-alang dia ejen Takaful Ikhlas, aku turut daftarkan Maisarah untuk skim tu dan sekarang otw untuk diri aku sendiri. Apa-apa hal senang, sebab dia pemastautin tetap Putrajaya.
2. Beliau juga memberitahu “loop hole” untuk daftarkan maid Indonesia secara SAH dengan hanya bermodalkan RM1,200 berbanding RM5,000 (atau lebih) melalui ejen.
3. Melalui beliau saya dapat info lengkap tentang kemudahan infrastruktur dan aktiviti sosial sekitar Putrajaya.
4. Beliau juga menerangkan laluan untuk seorang entry level, fresh graduate, dan Engineer untuk menjadi seorang Safety Officer. Sebenarnya maklumat tersebut boleh diperoleh di website NIOSH kalau nak double confirm.
5. Melalui dia aku renew insurans dan road tax kereta sebab dia ejen myeg.com
6. Baru aku tahu Pusat Perubatan mana boleh dapatkan khidmat bersalin yang terbaik dengan bayaran minima dan siap dapat FREE urut selepas bersalin!

.....sambung 

Wednesday 15 June 2011

Keluarlah dari Comfort Zone Jika Ingin Berjaya dan Bahagia

Ramai kawan-kawan yang mengeluh sebab lambat bertemu jodoh. Hari ni nak bagi pendapat. Insya allah boleh membantu.



Reason klise yang sering dilontarkan(Cth)
- saya bersyukur belum kahwin lagi sebab tak payah susah2 nak layan suami, anak, family mertua, dan family sendiri..
- saya bersyukur masih bujang hingga kini kerana punya banyak masa utk kumpul harta sebagai persediaan apabila bertemu jodoh satu hari nanti


Sebenarnya MANIPULATE kekurangan diri sendiri dgn memandangnya dari sudut positif adalah benda yang baik kerana ia membuatkan kita sentiasa BERSYUKUR PADA KEHIDUPAN HARI INI
Namun hakikatnya, apa yang anda semua tulis itu adalah SIDE ADVANTAGE sahaja.. ia lebih kepada nak menyedapkan hati atau dalam bahasa bijaknya, setiap orang akan mengalihkan kekurangan situasi masing2 ke alasan yg lain untuk menutup kekurangan itu..


Realitinya sebagai manusia biasa kita tetap perlukan TEMAN HIDUP dan ZURIAT tambah2 lagi kita sebagai umat rasulullah yg mengaku sunnahnya


Bila cakap soal jodoh memang ada kaitan dengan rupa paras
TETAPI rupa paras tidak menjamin awak dapat kriteria seperti yang awak inginkan


Andai awak cantik seperti Rozita Che Wan tetapi awak hanya terkurung di dalam rumah..
ia takkan mengubah apa2
tetapi, andainya awak berwajah sederhana seperti Ina Naim awak tetap berpeluang mendapat pasangan yg bagus
sekiranya awak improve kan EXPOSURE awak


Oleh itu, sila keluar dari Comfort Zone awak
Did Different Thing Will Get Different Result

Friday 10 June 2011

Menu minggu ini...

hari ni aku tak bawak bekal sebab aku ada date lunch hour nanti. Opismet aku tu pon tak datang, EL katanya. so 3 hari je aku masak untuk minggu ni.


Selasa

Gulai Lemak Cili Api dengan Peria

Nasi putih



Rabu

Ayam masak taucu
Kacang buncis goreng

Nasi putih


Khamis
Ayam masak paprik
Kacang buncis goreng
Nasi putih


Saturday 4 June 2011

I Teach You The Best Way To Teach Them

ISU NAFKAH KELUARGA, ISTERI, DAN ANAK.


ni hasil pemahaman aku dari ruangan soal jawab agama. aku pegang hingga kini.

-----------------

seorang suami tu WAJIB menanggung kesemua keperluan asas ANAK DAN ISTERI, termasuk nafkah zahir.
tanggungjawab suami bukan sekadar beli barang2 dapur, pakaian dan keperluan anak2 malah juga MAINTENANCE isteri. hatta lip balm, lipstick dan lipgloss pon suami yang patot belikan utk bini (atau bagi duit gi beli sendiri). ini ustaz pernah maentioned dalam kursus kahwin.


utk wanita2 bekerja pulak;

Isteri bekerja bukan bermakna isteri turut sama menggalas TANGGUNGJAWAB suami sebagai ketua keluarga.

HARAM bagi seorang suami itu bertanya gaji isterinya.
seorang isteri yang turut sama menanggung KEPERLUAN keluarga, sebenarnya suami dia telah BERHUTANG dengan isterinya.
walaubagaimanapun, keperluan isteri utk keluar bekerja (spt travel cost) tidak wajib ditanggung oleh suami sekiranya isteri bekerja atas kerelaan diri sendiri.

Namun jika ada paksaan untuk isteri keluar bekerja, suami wajib tanggung semua kos
seperti di atas.

-------------

tak tahulah orang lain, tapi, aku EXPECT bakal suami aku bertanggungjawab sepenuhnya seperti di atas (tapi ada fleksibiliti waktu kecemasan laaa)

Oleh itu para suami, sila renungkan, adakah selama ni anda benar-benar menjalankan tanggungjawab anda?