Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 29 August 2015

Resipi Soto Nani Rostam Yang Senang dan Sedap!

Korang follow tak IG Nani Rostam? Setiap kali dia pos resipi dia, semuanya mesti yang senang-senang je untuk dibuat. Hari tu dia ada pos resipi soto, Masreena try buat tanpa ada sukatan bahan pun ikut agak-agak je kuantiti untuk dua orang makan dan alhamdulillah, sedap dan menjadi even itulah pertama kali buat soto sendiri tanpa bantuan mak.

Soto Ayam Nani Rostam. Nampak sedap sangat kan? Kuah tu nampak keruh je means bukan sup ayam biasa... ada rempah dia untuk jadikan kuah soto


Langkah Pertama...

Nasi impit buat sendiri guna beras wangi. Masukkan beras wangi dalam plastik apa-apa saiz pun asalkan memenuhi separuh. Cucuk-cucuk plastik tu dengan garpu dan staepler. Rebus nasi impit selama sejam. Dah siap sejukkan dan potong.

Langkah Kedua...
Sementara tunggu nasi impit siap, boleh mula kan rebus ayam dengan masukkan bawang putih, 4 sekawan dan sebutir sup bunjut seolah-olah korang nak buat sup ayam. Setelah ayam masak angkat dan siat-siatkan. Kuah sup ayam ketepikan untuk buat kuah soto.

Langkah Ketiga...

Taugeh dibuang ekor dan dibersihkan....
Goreng suhun dengan minyak yang panas dan banyak. Terbalikkan.
Bergedil buat kecik-kecik, celup telur dan goreng keperangan. Resipi bergedil DI SINI.
Kacang tanah pun digoreng.

Langkah Ke-empat....

Dengan sedikit minyak, goreng sedikit bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan lada hitam. Tumbuk atau blend. Masreena tumbuk je sebab sikit sangat.
Bancuh air asam jawa dengan serbuk perencah sup dan perencah kurma. Panaskan minyak dan tumis air bancuhan hingga wangi. Masukkan pula bahan blend tadi hingga naik bau. Akhir sekali tuangkan kuah sup ayam tadi. Bubuh garam dan asam keping, biarkan mendidih dan angkat.


Suhun saya ni agak tebal so kena carik kasi nipis supaya bila digoreng masak hingga bahagian dalam.

Leraikan atau carikkan suhun yang tebal

Rupa kuah soto

 
Bergedil saya dari sebiji kentang bersaiz kecil.. sebab makan sorang je.. ini adalah kali kedua saya buat soto, so aksesori diabaikan je... #dapurbujang

Suhun yang dah digoreng



Suhun bila dituang kuah panas keluar bunyi "syhhhh..."
                                        

Selamat Mencuba




Friday 21 August 2015

Rahsia Kekayaan Rozita Che Wan dalam H!Live Apa Kata Malaysia

Sesapa yang tengok HLive: Apa Kata Malaysia yang diacarakan oleh Aznil Nawawi? Boleh klik video bawah ni. Since Masreena peminat Che Ta dan mengikuti perkembangan dia since awal kemunculan lagi kira-kira 10 tahun yang lepas, memang dah sedia maklum dengan jawapan-jawapan Che Ta sebab memang konsisten since temuramah yang sebelumnya....

Untuk pengetahuan korang soalan-soalan Aznil ni rasanya diambil daripada beberapa forum yang terkemuka di Malaysia, kalau korang bukak forum memang rakyat Malaysia bergaduh-gaduh dalam tu pertikaikan duit artis sana, artis sini.... itu baru gossip tau... belum lagi politik lagilahh pelbagai kata-kata carutan yang keluar.... sampai pening kepala korang nak baca forum tu secara aman




Bagi yang internet slow meh Masreena ringkaskan intipasti soalan Aznil di bawah ni:

- Rozita sediakan 20 pasang baju raya untuk SETIAP ahli keluarga meraikan Aidilfitri tahun ini iaitu dirinya sendiri, Zain Saidin, anak perempuannya Aaishah Dhia Rana dan kedua-dua anak lelaki dewasanya. Bila ditanya tak banyak sangat ke? Che Ta menjawab dia sebagai artis takkan lah dia nak ulang baju pulak kan... tak pasal-pasal wartawan mengata dia tak berduit pula. Since dia sendiri berkemampuan untuk sediakan semua tu...bukan tak mampu betul tak? Furthermore, di Aidilfitri umat Islam disunatkan untuk berpakaian baharu (this is really really correct) bagi meraikan hari kemenangan selepas menempuh sebulan berpuasa.

Pasal orang miskin tu, itu adalah life mereka, Rozita Che Wan sendiri pun bayar zakat, jadi tak timbul isu orang kaya berbelanja tanpa menghiraukan orang lain yang sedang susah. Duit yang dia cari dengan kerja keras, then sukati dia lah untuk berbelanja betul tak?? Yang penting tanggungjawab Che Ta melunaskan zakat dah selesai. Setiap orang dapat bahagian masing-masing

- Kelahiran Aaishah Dhia Rana menamatkan penantian Che Ta selama 18 tahun yang mengimpikan seorang anak perempuan comel, dulu ingat lagi masa masih menjanda Rozita ada bagi statement pada press dia nak kahwin kokesen sebab nak dapat anak comel, and fortunately her dreams became true, see how her life going's well dan memenuhi segala impian. Macam fairytale. Bertuah sangat kan?

- Menjawab isu kontroversi yang berkaitan lambakan baju, benar Aaishah memiliki wardrobe sendiri untuk baju-baju Aaishah since Aaishah banyak terima hadiah pemberian peminat. Rasionalnya baju tu boleh disimpan untuk dipakai kembali oleh cucu-cucu nanti. Gosh, patutlah Che Ta sampai kena menyewa kondo khas untuk simpan baju dia dan anak nya. Sebab terlalu banyak!

- Tentang sambutan raya, Hari Raya Pertama diraikan di rumah mertua / ibu Zain Saidin di Ampang,
hari raya kedua barulah pulang ke kampung Che Ta di Alor Setar, Kedah selama seminggu.

- Pemakaian Tudung: tak mengehadkan Che Ta berfesyen ke?

Tak sebab even bertudung Che Ta masih lagi boleh bergaya dengan jaket bulu... LOL... sebelum Che Ta bertudung lagi, dia sudah 2 tahun menjalankan perniagaan tudung (Padusi) dengan adiknya Ayu Raudhah. Jadi isu Rozita Che Wan bertudung disebabkan nak bisnes tudung tu tak betul ye.. sebab masa free hair lagi dia dah sibuk jual tudung pun. Harap maklum.

Rozita bertudung sepenuhnya since balik daripada umrah bersama suaminya. Sebelum tu Rozita terdengar perbualan Zain dengan orang lain bahawa dia nak berdoa depan kaabah agar isterinya itu bertudung sepenuhnya... itulah impian Zain lalu semenjak balik daripada umrah tu lah Rozita bertekad untuk fully hijab.

- Soalan Aznil: Tak takut ke manjakan Aaishah dengan pakaian berjenama dan barang kemas tebal-tebal ni??

Aaishah Dhia Rana

Jawapan Rozita... "kalau bukan saya ibu dia yang manjakan anak saya, siapa lagi? Takkan orang sebelah pulak kan?"

bagus jawapan Che Ta... sebenarnya ramai je orang-orang kaya yang manjakan anak malah lebih daripada apa yang Che Ta buat... tapi, disebabkan mereka bukan selebriti, jadi isu tu tidak didedahkan. Pasal isu keselamatan, Aaishah jarang dibawa keluar rumah unless di tempat tempat tertentu macam Pavillion je. Dan Rozita hanya akan bawa Aaishah keluar  jika bersama Zain Saidin. Biasalah, kalau ada lelaki susah sikit kalau orang nak buat jenayah ni kan...

- Soalan terakhir Aznil yang sangat menarik perhatian Masreena adalah pasal gaya hidup Che Ta yang mewah, kaya & bergaya... travel London, handbag berjenama, pakaian designer dll

Rozita suruh rakyat Malaysia berfikir positif terhadap dia. Pasal beli hartanah & buka restoran di London tu hanyalah di peringkat perancangan je baru ye, so janganlah korang meroyan sangat hehe...

Betul ke jadi artis Boleh jadi kaya?

Rozita cakap, 5 tahun pertama dia jadi artis, she worked hard for money (berlakon). Dalam sebulan payment lakonan dia 60 ribu.. itu tidak termasuk pendapatan lain sbg model, duta dll... Anggapkan yang living cost dia guna duit sampingan je dan duit lakonan disimpan or kontra salah satu lah kan.. korang bayangkanlah, setahun dah 720 ribu tahu.. kalau 5 tahun tak ke dah mencecah 3.6 juta?? Perghh... memang jutawan senyap lah Rozita Che Wan ni. Bayangkan annual dividen yang dia dapat sebagai passive income kan? Kalau 8% setahun hampir 300 ribu ok!!!

Then... selepas berpenat lelah berlakon 5 tahun tu barulah masuk ke fasa money worked for her... i think she put in a few investment lah income dia yg 5 tahun tu tadi.. so now dia cuma maintain life dia dengan bisnes, jurucakap produk, dan mengacara (Primadona) tu je.. berlakon dah stop... fuhh memang hebatlah Rozita, patutlah 5 tahun pertama sibuk berlakon tu Rozita senyap je jarang muncul kat social event... yang Masreena tahu dia banyak berjimat je masa tu.. iaitu musim dia berlakon diari Ramadhan Rafik tu... mana ada Rozita muncul sangat dia red carpet mana-mana kan.. dalam diam rupa-rupanya dia jimat duit hasil lakonan untuk buat investment!

Selain berlakon, dulu selalu nampak Rozita Che Wan sebagai model majalah pengantin


So tu je lah yang mampu dikongsikan. Selebihnya korang boleh tengok sendiri, lagi best sebab Rozita menjawab soalan Pak Nil dengan penuh jujur.... takde unsur riak mahupun show off di situ.. yang ada hanyalah kematangan seorang True Lady je yang aku nampak. Yang nampak tak matang hanyalah orang-orang yang mencerca dia je... hahaha... SEBAB KALAU KORANG TAK DENGKI PASTILAH KORANG TAK PERTIKAI APA-APA, TAPI SEBAB DENGKI LAH MAKA KELUAR PELBAGAI BUNYI & KOMEN NEGATIF dari orang yang tak nak berusaha tapi hanya tahu berangan nak merasa kesenangan.... 

Jadi untuk wanita-wanita di luar sana, kuatkan tekad. Jadikan kisah selebriti terkenal macam Maya Karin, Che Ta dll ni sebagai sumber inspirasi korang... Masreena percaya, kalau korang berjimat, berbelanja hanya perkara yang penting pasti kita boleh dapat kejayaan dan kekayaan. Kalau artis yang banyak kos diperlukan untuk maintain life diorang yang glamour tu pun masih boleh berjimat, kenapa tidak kita orang biasa?






Friday 31 July 2015

Pengalaman Pertama Buat Brazillian Wax !!!

- I cuba untuk buat korang tak geli geleman baca entry ni ye -

Sesiapa yang belum tahu Brazillian Wax tu apa... ia adalah proses mencabut bulu kemaluan korang menggunakan kaedah "wax" macam Leg Wax yang model-model selalu buat tu. Selalunya korang akan cukur, gunting, trim mahupun ada yang tak cukur langsung kott bulu pubis korang tu, LOL.... ada banyak cara ikut keselesaan korang, tapi jangan lupa cukur tu buat bulu tumbuh semakin kasar dan lebat. 

Kaedah Brazillian Wax ni Masreena tahu since baca interview Eva Longoria, pelakon Hollywood siri Desperate Housewife camane cara dia jaga bulu roma di bahagian 'bawah' tu. Mula-mula je sakit katanya pastu terus rasa ok dan semakin sikit bulu yang tumbuh. Lama dah tahu cuma nak try tu tak tahu kat mana di Malaysia ni. Pastu bukak pulak youtube tengok Minah Salleh buat sendiri Brazillian Wax ni, ehh boleh hilangkan warna gelap di kelangkang lah...sebab bukan sahaja bulu tertanggal malahan kulit gelap sekali. Tetiba rasa nak buat tapi tak tahu kat mana? Last-last terbaca pasal Strip ni dalam majalah, so ok fine dah tahu mana beauty centre nya. 

Inilah Strip Malaysia, Mid Valley. Selain Mid Valley ada a few lagi cawangan Strip ni macam di Bangsar, Pavillion, dll korang boleh dapatkan di website diorang. Aku pilih Strip Mid Valley sebab ini yang paling convenience untuk aku datang.

Masa ni dah start gementar dahh.. tanya kat receptionist tu sakit ke dik? dia cakap sakit sikit je.., biasa je... "berapa lama?" 

"setengah jam je cik".. adehhh.. setengah jam?? omg, lamanya aku nak menahan sakit...

Image result for strip malaysia mid valley
So bilik ni lah aku dibawa masuk. 

Sebelum treatment dimulakan punyalah beautician bagitahu aku yang Brazillian Wax ni sakit macam nak menangis... pastu dok sibuk promosikan IPL kat aku, which is hair removal gunakan machine, yang mana tak sakit sepertimana Brazillian Wax dan bulu pun bakal tumbuh perlahan berbanding wax. Masalahnya still 5 minggu sekali gak kena datang... malas arr. Serious aku stress dengan Chinese tu, bukanlah aku tak nak ambil IPL tapi kos kasar nya RM 900 dan kalau ambik pakej bakal murah 30%. Tapi bagi orang macam aku still over spent sebab kalau tetiap 5 minggu ko nak buang bulu kemaluan tu dengan harga RM 700 tak ke itu taraf-taraf datin or selebriti je??

Pastu boleh Chinese tu cakap "lepas you buat Brazillian Wax mesti you mahu buat IPL punya"

"Eh.. you jangan sengaja buat i sakit ye!" aku bagi amaran... lahanat betul dia ni... tahulah nak desak aku ambik pakej, agak2 arr

Pastu sepanjang sesi tu berlangsung aku rasa sakit tersentak gak arr setiap kali dia tarik chocolate wax tu... tapi taklah sampai menangis, Dan kesakitannya taklah macam period pain atau melecet ke apa. Still boleh tahan lagi.

Bila selesai Masreena tengok cermin, hmm... this treatment doesn't meet my expectation... ingatkan sama result macam dalam youtube tu. Agaknya yang aku tonton tu diorang guna wax grade lain or jenis lain kot. Tu sebab kesan tak sama.

So bila tengok result lebih kurang sama dengan ko cukur sendiri, rasa bersyukur sebab tadi tak terpengaruh ambil pakej dengan dia. Kalau tak dia suruh aku bayar terus next appointment untuk First Timer IPL dengan harga RM289, belum termasuk First Timer Brazillian Wax RM 83 ni. Harga asal BW ni RM 120.00 tapi since aku baru try pertama kali dapat diskaun 30%.

So plan aku yang seterusnya ialah... NO MORE BRAZILLIAN WAX AFTER THIS. Kalau IPL tu mungkin satu hari nanti lah, tapi if ko nak buat semi permenant hair removal or permenant sekalipun korang boleh buat di klinik Asthetic, tak perlu buat di Strip or beauty centre pun. Better pergi pada klinik bertauliah je.

 Bye! 





Thursday 16 July 2015

Pengalaman beli Hot Steamer yang murah di Magic Boo!

Assalam.. lama giler kott aku tak update blog ni.. bukan apa, asyik rasa malas je... sampaikan isu GST pun aku terlepas update. Tapi takpe, sehari dua ni aku akan update ke belakang topik-topik yang tertangguh..

Hari ni semangat nak update blog sebab, ESOK RAYA! Yahooo..... tapi sebenarnya, aku sedih gak lah hari ni, sebab aku dah seminggu period, dan sebaik sahaja suci daripada hadas terus jatuh hari terakhir Ramadhan. So sempat lah aku puasa 1 hari terakhir ni sebelum raya menjelma.

Pagi tadi aku buat qiyam, rasa macam tak puas je dan rasa sayang bila Ramadhan kali ni terasa cepat je berlalu... what to do kan? Insya Allah, aku berdoa pada Allah s.w.t. supaya tahun depan dapat merasai sekali lagi Ramadhan. 

Nasib baik bulan Ramadhan ni setiap hujung minggu aku balik kampung. Tapi minggu terakhir dah nak raya ni, aku balik kampung lambat, sehari sebelum raya ni (Khamis). Padahal warga kota dah ramai mula meninggalkan ibu negara sejak hari Selasa. Bukan apa, aku baru je dapat cheque Isnin & Selasa, so semua sekali clear hari ni.. betul2 sehari sebelum Raya besok (Jumaat). So terpaksa lah tunggu. Bukan apa kalau tak tunggu dan main balik terus je untuk raya nanti aku takde bekalan & safeguard langsung nak balik raya. Mana tahu ada emergency ke apa kan. 

Lepas settle je issue cheque untuk draw duit, settlekan kad kredit & terminate aku pun terus ke Sg. Wang Plaza. Kalau ikutkan dah takde balance dah duit sebab aku buat full settlement pada kad kredit tu so kena bayar lump sump, banyak jugak 4 ribu lebih woii (nanti aku cerita dalam entry lain). Tapi pergi Sg. Wang ni aku guna duit sewa bilik tenant aku tu. Bajet RM 300

Untuk pengetahuan korang, aku dah lama carik Hair Treatment Machine untuk buat rawatan rambut ni. Ada jugak salun panggil Hair Spa, Hot Steamer atau Hair Steamer. Aku nak buat sendiri rawatan rambut kat rumah sebab kat luar paling murah or cikai pun RM 80. Kalau yang canggih sikit RM 200 - RM 300 ke atas. Mahal kan?? Harga tu bergantung pada product, kalau salun rambut tu guna product Redken atau Kerastas'e mesti mahal beratus-ratus.. sekarang dah tambah GST lagilahhh.. kalau tak percaya boleh cek di Deals Big Sale atau Groupon.

Ni lah dia rupa Hot Steamer / Hair Spa / Hair Treatment Machine tu. Ada gak yang panggil Apollo machine, hehehe

Image result for hair treatment machine Image result for hair treatment machine 

Image result for hair treatment machine
Sekarang dah ada macam-macam bentuk dan rupa.

Sebab apa kena buat Hair Treatment ni? Sebab kalau korang buat sendiri perap krim, takut khasiat dalam treatment cream tu tak absorb sepenuhnya! Sebab tujuan Hair Treatment ialah:

- Kepala kita yang sering berpeluh / di syampu / diwarnakan / dll akan mengandungi lapisan ber plastik di kulit kepala yang menyebabkan liang rambut kita tersumbat.

- Kalau kita buat rawatan rambut sendiri di rumah guna micro treatment cream ia kurang diserap oleh kulit kepala disebabkan lapisan yang saya sebut tadi dah menghalang penyerapan.

- so untuk mencairkan lapisan plastik tu tadi lah kita perlukan Hot Steamer, seterusnya membuka liang kutikel di kulit kepala untuk menyerap khasiat bahan / krim yang kita guna tu secara optima.

Faham dah kenapa kita perlukan hot steamer? Semua fakta ni Masreena dapat daripada beautician dan hair stylist jugak. Which is logik lah kan? Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam. So untuk lebih lanjut, cuba tengok diagram dari Instagram ni.



Nampak tak betapa bagusnya buat rawatan wap rambut ni? Selama ni manjang je plan nak buat treatment rambut tapi selalu tak konsisten disebabkan masalah kewangan... dah buat bulan January, bulan February pun buat tetiba bulan March tak buat sebab bulan tu nak guna duit urgent, hehe... itu je lah cycle nya kan? Masreena percaya ramai yang macam tu jugak... sebab di Malaysia kalau nak cantik kena keluarkan kos yang tinggi. So baik kita ikut macam Rozita Che Wan, hair treatment body scrub semua buat kat rumah je.. patutlah cantik sebab semua rutin tu buat sendiri je dan jadi sebahagian daripada hidup dia tanpa keluarkan afford & wang yang banyak... bukan macam kita ni kononnya tunggu bila dah ada duit lebih (padahal entah bila lah nak ada extra money kan? kalau ada lebih pun sayang nak guna duit tu baik buat benda lain betul tak?  :)

Masreena terbaca pengalaman Faezah Elai dalam Majalah Rapi. Dia BELI SENDIRI mesin hot steamer sebab senang, buat kat rumah je sambil tengok TV. Masa tu baru terfikir, artis pun boleh buat sendiri kenapa bukan kita kan? So selama beberapa kali jugak Masreena survey hot steamer ni... The Mines ada, IOI Mall ada, IOI City pun ada.... tapi asyik tak jadi beli je sebab rasa mahal.. RM 250 yang buatan Taiwan, yang China RM 200. Pastu lepas pergi IOI City lagilah mahal, RM 275 belum masuk GST! Aduhh.... saya pun patah balik ke The Mines tiba-tiba pun sama jugakk dah naik harga jadi RM 275 jugak belum GST lagi! Mak oii berapa kali ko nak naik harga sedangkan barang tu manufactured sebelum GST??

Tu yang nekad pergi Sg. Wang Plaza je tengok... Menurut Hair Stylist Afra, supplier rambut ni ada 3 kedai, SKL, PCQ dan Magic Boo. Try tanya dari kedai ke kedai semua pakat-pakat RM 300 lebih! Mak aih... dah la ada 300 je duit ni... sampailah ke Magic Boo yang tengah renovation, tanya punya tanya tiba-tiba guess what? RM 200 je! 

Masa aku datang ni Magic Boo tengah buat offer.... hamik ko, renovate ke tak renovate still gak buat offer meletop!

Syukur alhamdulillah... akhirnya ada jugak kedai yang murah! Tunggu apa lagi terus je aku beli! Tak tunggu dah aku... sebelum naik harga baik sambar dengan segera. Lagipun Magic Boo makin presentable sekarang ni, staff pun friendly & baik, siap wish Happy Hari Raya lagi kat aku! Terharu kejap :)


Selain itu banyak barangan Spa yang dijual... serious best... tadi masuk SKL dan kedai lain taklah sebesar ni... Magic Boo yang baru ni, selesa lah sikit ko nak tengok-tengok barang kan.

Set bersauna pun ada. Aku try jugak cari set bertangas tapi tak jumpa. Oh ya, pasal bertangas ni Masreena akan buat entry lain ye.. :)

Mula-mula aku ingat yang ini hot steamernya. Sekali bukan. Ini sebenarnya hair dryer.

Pastu bila korang dah ada hot steamer, macam-macam korang boleh pilih produk rawatan.



Aku beli case kecik tu untuk transfer lipstik2 yang dah patah. So nanti apply guna brush je. Kalau tengok situ, semua travel packaging ada jual macam di Guardian dan Watson.


 Sambung balik usha-usha barang. Mesin banyak-banyak ni untuk kegunaan Slimming Centre kot.. aku nak cari Hot Roller nak tengok harganya tapi tak jumpa pulak.... 

Jacuzzi


Sementara tu diorang test Hot Steamer yang i nak beli. dan diorang pasang terus untuk aku. So aku bawak balik tanpa kotak je. Senang. 


Happy je diorang... staf sini friendly.. baik-baik Chinese ni semua, tadi pergi SKL sombong giler kedai tu... menyampah aku.. dah la mahal! Nasib baik aku datang Magic Boo ni. Kalau tak rugi je beli harga 300 lebih tu

Ok, dah nampak kuar stim nya. Lulus. 

Pastu aku tolak je ke Ladies Parking hot steamer ni sebab ada roda kan. Tu sebab aku suka bukak terus je keluar kotak, kalau tak malas dah nak pasang kat rumah. Pasal angkat ke kereta takde hal, diorang boleh hantar guna troli.

So masukkan dalam seat belakang je macam ni. Kaki boleh cabut je.


So bila dah sampai rumah keluarkan je dah boleh guna terus! Buat masa ni aku letak di ruang tamu je dulu. Takde space dah bilik, tapi takpe next a few months ada tenant nak keluar, so time tu boleh arrange balik mana nak simpan. No hal.

Alhamdulillah, selesai sudah satu tugasan. Happy dan puas hati... setiap benda yang kita beli mesti nak puas hati supaya takde bad experience yang terpaksa dikenang hehe... aku nak yang baik-baik je dalam hidup ni. Oh ya, sebelum ada yang bertanya, treatment cream yang Masreena guna ada banyak jenis, kebanyakannya dapat percuma je sebab menang contest. Masreena prefer guna santan kelapa, sebab rambut akan jadi sihat dan shining... giteww.... takde contoh  nak tunjuklah, sebab aurat kan.   :)

Hopefully entry Masreena ni dapat bantu adik-adik di luar sana mahupun madam-madam di luar sana yang peka pada kecantikan tapi masih nak berjimat. Insya-Allah, semoga bertemu lagi pada masa depan dengan entry yang bermanfaat. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

"Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin"





Tuesday 7 July 2015

Maya Karin buktikan wanita cantik mampu bergelar Jutawan Hartanah

Sorang lagi selebriti yang dijadikan sumber inspirasi oleh Blog Jimat adalah Maya Karin. Masa awal-awal kemunculan Masreena kurang suka dengan dia ni since tengok betapa pelat Indon nya terserlah dan berlakon pun hazab dalam No Problem...  tapi tahun demi tahun lakonan dia semakin improve dalam Pontianak Harum Sundal Malam dan cakap pun dah tak slang lagi. Hal ini kerana Maya Karin yang berdarah kacukan Melayu-Jerman ni pernah dibesarkan di Indonesia.

Sebelum tu Masreena nak cakap yang Masreena jadikan Che Ta dan Maya Karin sebagai sumber inspirasi bukan sebab Masreena nampak kejayaan artis je. tapi sebab hanya mereka yang boleh dikongsikan di blog berbanding kenalan orang biasa.


[Sumber Malaysian Digest: Selain menggalas tanggungjawab sebagai jurucakap dan duta beberapa produk, pelakon dan penyanyi, Maya Karin, giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah. 


Maya Karin

Memetik laporan Harian Metro menyebut, wanita berusia 36 tahun kini sudah mengumpul aset bernilai RM8 juta hasil daripada pelaburan tersebut.

"Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan"

"Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri"

"Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung," katanya.]

Kagum sangat dengan kejayaan Maya ni... sebagai wanita yang telah pun memiliki hartanah sendiri, Masreena boleh bayangkan bebanan kewangan yang dilalui untuk membeli property demi property, di samping nak kumpulkan duit untuk beli property seterusnya korang still kena survive dengan living cost jugak... hanya orang yang pernah go trough keseluruhan proses tu je yang sedar camane terbebannya perasaan dan kebebasan kewangan....

Inikan pula nak kumpul 3-4 aset lagi selepas harta pertama tu? Betapa dia kena plan strategi untuk good paymaster dan pastikan dia boleh rolling pula bukan sahaja pada loan hartanah baru tapi juga yang sedia ada. Kalau Masreena memang surrendor lah... tak larat kot. Cukup lah satu atau dua je. Itulah sebabnya, selepas 5-6 tahun berlalu walaupun kurang tawaran berlakon Maya Karin masih boleh hidup, siap boleh pergi travel ke sana sini kerana income daripada pelaburan yang dia usahakan tu. Dia BUAT ok bukan DAPAT gitu je....

Selain daripada itu Masreena percaya dia seorang yang penjimat, sama macam Rozita Che Wan berdasarkan gaya hidup Maya sebelum ini. Kalau ikutkan dia lagi sederhana daripada Rozita, low maintainance jugak lah berdasarkan pengakuan dia dalam majalah Rapi yang aku baca dulu (jimat makan, gaya hidup) bezanya Maya banyak spend pada travel. Semoga kisah Maya ni dapat dijadikan sumber inspirasi untuk wanita lain di luar sana termasuklah saya =)



Saturday 27 June 2015

Resipi Nasi Ayam Hanieliza yang mudah dan sedap!

Bulan puasa ni teringin sesangat tekak ni nak makan Nasi Ayam... tapi malas nak beli di kedai atau pasar ramadhan sebab takut tak sedap atau tak puas makan...

So datanglah idea nak buat sendiri nasi ayam... ye lah, sampai bilalah asyik nak beli kat luar je... buat kaya orang je... kalau 10 kali teringin nasi ayam takkanlah 10 kali jugak berulang ke kedai kan? Tu yang gagahkan diri untuk try inisiatif buat sendiri

Untuk kurangkan kebimbangan tak reti masak tu, import kawan baik yang agak pandai masak... even dia tak pernah masak sendiri nasi ayam & cuma dia selalu masak kalau balik kampung,,, tapi orang yang biasa masak ni tangan dia confirm menjadi je... aku percaya yang tu

pastu Masreena pun pergilah beli ayam SEPARUH ekor je kat kedai runcit depan rumah ni dengan bahan-bahan yang lain tu... tak banyak pun beli halia bawang cili merah gitu-gitu je... yang lain bahan nya dah ada dalam dapur mcm kicap beras tu semua.... ok kita buat lagkah demi langkah yang teramatlah senang


Langkah Pertama....

Rebus ayam macam nak buat sup ayam tu iaitu masukkan sekali 4 sekawan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga tu. Kawan aku tu masukkan sebungkus sup bunjut dalam sup tu

Langkah Kedua....

Bila ayam dah masak keluarkan dan lumurkan dengan kicap manis. Ketepikan

Langkah Ketiga....

Air rebusan tu tadi gunakan untuk masak nasi ganti air biasa. Sukatan air rebusan tu ikut sukatan beras iaitu kalau 4 pot beras maka 4 pot juga air rebusan ayam. Masukkan garam & daun pandan then on kan periuk nasi biarkan nasi tu masak.

Langkah Ke-empat...

Sementara tunggu nasi masak, bolehlah goreng ayam, buat kuah sup, kuah kicap dan kuah cili nya.

OK untuk buat kuah cili hanya buat macam nak buat sos cili cuma korang gunakan cili merah yang segar tu, bawang putih dan blender kan bersama. Kemudian rebus dalam kuali, campurkan cuka, garam dan gula dan biarkan hingga likat baru angkat.
Kuah sup pula gunakan baki air rebusan tadi masukkan jeruk masin, garam dan didihkan. Angkat
Kuah kicap pula ambil kuah kicap perapan ayam tadi, tambah sikit kuah sup dan didihkan. Angkat
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam tadi jangan terlalu lama. Siap ayam dan hidangkan atas tomato dan daun salad.

Langkah Kelima....

Dah siap semuanya boleh lah tabur daun sup dan dihidangkan... resipi yang senang je dan cepat. Sesuai untuk beginner :)


Nasi Ayam dari resipi Hanieliza yang confirm menjadi. =)

Menyelerakan sangat kan? Bila dah pandai boleh try resipi lain pulak... ada yang sampai goreng beras lah.. gantung ayam pun ada... next time kita try lak 


Thanks sudi baca :)





Thursday 19 February 2015

Cash RM 203.85 From AMEX Credit Card

Ingat lagi 2 tahun lepas masa mula-mula sign up Maybankcard2cards ni.... punyalah tak fikir panjang sebab  percaya dengan kredibiliti Maybank. Setiap kali swipe, so far belum pernah mengecewakan.

Semalam buka Maybank2u.com untuk check gaji dah masuk ke belum.... Sekilas lalu mata tertancap pada statement American Express (AMEX) bahawasanya saya dapat 2 jenis cash back daripada AMEX bulan March ni bernilai RM208.85 sepertimana rajah di bawah. Bulan lepas dapat monthly cash back pada nilai maksimum RM50. Alhamdulillah.



Banyak juga RM203.85 sampaikan Masreena tak perlu bayar outstanding balance disebabkan casback ini.

Camane Masreena boleh dapat cash back sebanyak itu? Cuba tengok description, yang mana setiap cash back tu Masreena dapat dari TIGA kempen yang berlainan.

1) CASH REBATE 31 January
Selain kumpul treat points, Masreena sentiasa dapat rewards Maybankcard2cards tiap-tiap bulan. Tapi ingat selagi awak comply dengan terma dan syaratnya sahaja. Every spending with AMEX on Saturday and Sunday you will get 5% cash back with maximum amount RM50 of the month. So you need to spend untill RM1,000 of the month to get maximum cash back RM50 of the month. Cash back yang terkumpul daripada semua transaction dalam bulan itu akan dikredit pada hujung bulan. 

2) PETRONAS RM200,000 Cash Back on 19 March
Ini banyak orang yang tahu since Maybank promosi penggunaan kali pertama kad AMEX di Petronas. Tapi kempen bermusim macam ni banyak terma dan syarat. Lihat banner di bawah yang ditampal di stesen-stesen minyak.


You need to comply ALL of  these requirements:

i) Transaction with AMEX 
ii) Only for transaction from 15th December 2013 to 15 February 2013
iii) Spend untill RM70 in single transaction (paling senang isi minyak je... isi sampai tangki penuh)
iv) Transaction at PETRONAS Station in Klang Valley only.

Selepas anda patuh kesemua ciri-ciri di atas barulah dapat RM5 daripada RM70 tu.... hahaha koser sangat kan? Remeh gitu... sebab Masreena isi minyak merata-rata di luar Klang Valley.. Quiet tricky rite? Yang boleh plan kita plan la... tapi if tak dapat maknanya bukan rezeki... dan kadang-kadang mana laa sempat nak cari Petronas so kena isi juga di SHELL! Jangan kereta berenti tengah jalan sudah! That's why Masreena cuma dapat RM5 untuk sekali je sedangkan per person unlimited cash back. 

Makin kerap ko isi minyak.... makin banyak cash back dan selalunya praktikal untuk enjin besar macam 1.5 ke atas. Duit akan dikreditkan dalam akaun kad kredit beberapa minggu selepas kempen tamat. 

3) RM 3 Million Cashback that I received on yesterday

Ini yang paling best... syarat yang paling longgar antara semua. Apapun jom tengok banner dia dulu... 


RM 3 juta ko peruntukkan AMEX untuk kempen ni! Setiap transaction akan dapat 15% cash back tapi terhad RM300 sahaja per unique card. Ko pakai Charge Card AMEX pun belum tentu dapat offer macam ni kan?? Sepanjang hampir dua tahun Masreena guna kad kredit,  terbukti ini adalah kempen paling best. Tips: Pengguna Maybank2u selalunya akan notice kempen terbaru yang appear dalam website Maybank. 

How I MINIMIZE My Spending To Get MAXIMUM Cash Back

1) You need to comply with all of the terms and condition.:

Register at the website before the campaign started. Ko tak sign up, jangan berangan la tiba-tiba AMEX nak bagi cash back. Alert with any notification of facility and promotion.

Spend any amount in participating shopping mall except hypermarket. Ko kena beli barang-barang glamour tak hingat tau... bukan grocery 

Earn 15% cash back for each transaction will be credited into your account 8 weeks after the campaign.

Tips: I print-small this banner of terms and condition. Keep into my purse. So I always can refer when planning to spend.

2) Plan your spending inclusive in three types of campaigns.

Kebetulan Masreena buat preparation untuk travel, jadi Masreena plan to spending on that period. Masreena selalunya guna kad kredit untuk PEMBELIAN BESAR & MAHAL seperti kamera CANON di entry Shoot Like Bimbo, Image Like Pro! 

Masreena beli kamera Semi-DSLR ni di Canon Mid Valley. Harga kamera RM1,300 termasuk warranty. Masreena dapat RM50 monthly cashback sebab beli hari Sabtu (memang sengaja beli hari Sabtu nak dapat cash back) dan 15% daripada kempen ni. Akhirnya pembayaran sebenar adalah RM1,055 je 

Ini sebenarnya belum masuk Treat Points. Nilai transaction RM1,300 tu dapat 6,500 points. 6,500 point bersamaan RM29.50.

Baiklah rasanya cukup sampai sini... Perghh mengabadikan kenangan cash back dalam blog lah plak, hahah.. I just want to post the quality entry... as long as we not disclose our personal particular. No evidence no talk rite?

Selain sebarkan information, diharapkan pembaca dapat panduan berguna daripadanya. Btw syukur dan terima kasih kepada Malayan Banking Berhadcashback campaign is appreciated approach that attract costumer.