Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not about to cut everything's fun in your life, we still spend but only in minimum cost to optimize your satisfaction. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM.

Thursday, 5 February 2015

Facial Treatment yang paling Berkesan & Murah!

Hai, free to read this entry? Entry ni kena baca tenang-tenang tau... tak boleh rushing... sebab topik nya sangat penting, iaitu pasal jaga muka. Perempuan WAJIB baca tau... Oleh itu sila bancuh nescafe dulu untuk dicicah biskut ye :D

Episod menjaga kulit bagi Masreena tak pernah serious pun. Puncanya zaman universiti dulu minat jaga kecantikan, bila pergi facial di pusat kecantikan di Serdang rupa-rupanya baru tahu FACIAL tu sebenarnya cuci biasa je. Tapi, kita tak boleh salahkan beauty centre tu sebab "Facial" tu bermakna cuci muka. Takde yang istimewa... bezanya orang lain yang buatkan, itu sahaja... that's why harga "Facial" is within RM 35. Konsepnya sama juga dengan "Hair cut and wash" di salun rambut. Cuci biasa je rambut tu taruk syampu. Bezanya bila buat di salun ada servis caj sebab dia yang syampu, dia tolong cuci, tolong bilas, tolong blow. Kalau buat sendiri di rumah pun proses yang sama juga betul tak? Ada paham? :)

Kalau nak yang ada proses pemulihan, perawatan, dan pemeliharaan kena ada perkataan "Treatment". Jadi kos agak tinggi bersesuaian dengan step yang perlu dibuat. Contohnya:-

Facial Treatment ----> untuk muka

Hair Treatment -----> untuk rambut

Sekarang ni bila umur dah penghujung 20an barulah sibuk survey skin care sana... salun sana... spa sini.... sebabnya semua keanjalan keremajaan dan kekuatan tubuh kita semakin berkurang... jadi kolagen pun makin kurang terhasil... oleh sebab itu kena ada tindakan sokongan (cewahh) untuk kekalkan selama mana yang mungkin....

Sukar saya nak tentukan tempat mana yang bagi treatment terbaik (yang sesuai dgn bajet kita lah ye, jangan pulak ko carik Dr.Ko dah tentulah harganya pun turut terbaik jugak ye!) kang try buta-buta takut habis duit...

Mula-mula ada buat di beauty centre di USJ 1, Melayu. Buat Vitamin E Facial (RM 90) untuk naikkan pipi yang dah jatuh sikit ni.... rupa-rupanya tahan 5 hari je pastu turun balik pipi? Gila ke apa nak kena pergi spa tu setiap minggu? Geram bila fikir.... pastu tak putus asa survey lagi. Tahun lepas memang banyak spend masa survey dan reasearch tentang Facial Treatment ni.

Akhirnya saya pun tawakal je try lah di website diskaun Deals Big Sale. Purchase lah satu voucher ni dari Forever Beauty and Slimming. Tawarannya pilih salah satu:

1) Platinum Collagen V-Shape Lifting

2) Hydrating Facial

Image 5
Forever Beauty and Slimming dari luar. Shop lot biasa je. Tak mewah pun. Tapi eloklah... mewah-mewah ni mahal plak jadinya.

Harganya promosinya cuma RM 38 je untuk 2 kali visit. Tapi bila sampai tak pilih pun.... rupa-rupanya beautician tu yang tengok condition kulit kita and decide treatment mana yang lebih sesuai. Nama beautician masa tu Sugar. Komen dia pasal kulit muka saya:

S: "Kulit muka you terlalu kering seolah-olah takde kolagen. Kena buat Hydrating Facial kali ini. Sebelum datang sini you ada pakai moisturizer tak?"

M: Takde, pakai sunblok je. Kira moisturizer lah tu kan? LOL

S: "LOL... Bukan... you kena pakai separate tau. Pakai krim pelembap dulu baru sun blok. Kulit muka you jadi berminyak sebab terlalu kering jadi sebum akan buat minyak untuk recover kulit. That's why kena pakai pelembap baru kulit akan kurang berminyak bila cukup hydrate"

M: I see..

S: "Sebulan sekali mesti mahu buat facial tau, kena jaga kulit muka sebelum muncul tanda penuaan. Ada banyak Chinese jaga muka betul-betul sampai kulit muka jadi berkilat"

Fuhh... ayat terakhir tu yangdengar tak boleh tahan... mesti sampai berkilat kulit muka ye...hahaha... Tapi memang diakui, saya pernah jumpa Chinese berkulit sampai tahap macam tu. So logik gak lah apa yang dia kata.

Tambahan pulak Sugar ni buat memang syok.. sampai meremang-remang bulu roma saranya.. heheh.. Ini step yang diorang buat. Dalam voucher pun ada bagitahu:

1. Double Cleansing
- cuci muka guna span. Sugar cakap muka kena cuci dengan susu pembersih dulu barulah cuci lagi sekali dengan cleanser, barulah kotoran betul-betul hilang. Takde guna letak Serum Terhebat tapi kotoran masih berlapis kat muka, takkan diserap sampai bila-bila. Alamak ye ke?? Insaf sekejap  -_-

2. Skrub

3. Oxygen steam
- mesin wap yang sejuk ni untuk lembut kan kulit muka dan buka liang pori supaya memudahkan kerja-kerja membuang blackhead/whitehead/pigmentation (Extraction) sejurus selepas ni :)

4. Extraction

5. Soothing mask
- topeng tu

6. Serum with High Frequency Machine Treatment
- Inilah step yang membezakan antara Hydrating Facial, V shape Facial, Vitamin C Facial, dll tu.. iaitu jenis serum atau essence yang digunakan tu. Serum ni yang tentukan harga facial tu berapa. Lepas letak serum ia akan diratakan dengan mesin... rasa sejuk sangat... best giler :D

7. Pressure Point Face Massage
- ini pula urutan muka dengan penekanan beberapa point kat muka...

8. Mask Application
- Haa masa ni barulah guna masker yang bancuh tu.. di mana ia pun tengok facial jenis apa yang kita buat... ada bancuhan sendiri untuk setiap jenis facial tu. Sementara tunggu masker ni kering, diorang akan buat 2 lagi step iaitu Urutan Bahu, Belakang & Tangan (biasa) pastu diulangi kali kedua pula dengan hot stone... serious sedapp sesangat...nikmat duniaaa

9. Hand, Back, & Shoulder Massage by hand and Hot Stone
- Masa diorang urut ni korang akan dapat rasa kaki korang tu suam-suam... tandanya disebabkan urutan tu, aliran darah korang tu lancar dari kepala hingga ke kaki...selain tu muka korang yang dilapisi masker tadi akan turut rasa panas sebab aliran darah lancar menuju ke kulit muka. Tahu kan masker berfungsi menegangkan kulit muka dengan cara merangsang aliran darah ke situ? Bila buat urutan sekitar bahu aliran darah ke muka tu bertambah lancar... Maka semakin efektif lah masker tu tadi.. lagi-lagi dengan hot stone :)

Collage of different spa treatment images with women and flowers

10. Moisturizer and Sun Block
- bila dah bukak masker maknanya tamat sudah rawatan tu... diakhiri dengan pakai pelembap dan sun block ye...Cahaya matahari boleh buat kulit muka jatuh ye ingat tu.

Saya tak de gambar untuk ditunjukkan sepanjang facial treatment tu berlangsung. Yang ada cuma gambar beauty centre tu je... itu pun di ambil dari website...

Image 1

Image 2

Image 3

Kalau tengok rupa paras nya tak lah gah sangat kan? Tapi treatment ya hampun best... memang rasa addicted. Kali kedua mencuba hydrating facial, Sugar approach untuk ambil pakej. Since puas hati, dan kesedaran tinggi untuk penjagaan kulit muka, Masreena pun sign up. Harga biasa RM 150. Harga pakej lebih kurang RM 130 untuk setiap kali facial sebab harga asal untuk 16 kali dapat free 4 kali Whitening Facial tak termasuk lagi free 4x Eye & Neck Treatment.. 

So bila dikira-kira average dapatlah harga RM 130 puratanya. Ok sangat lah tu kan? :D

 Paling penting, selepas 4x pergi Forever Beauty buat facial mak Masreena tegur kulit muka makin cerah... jeragat pun kurang... Kawan lama pulak jumpa baru-baru ni tegur kat hidung dah kurang bintik-bintik hitam. Selebihnya, bagi saya penjagaan awal rawatan kulit muka ni boleh mencegah masalah kulit di kemudian hari, betul tak? :)

Untuk memuaskan  hati pembaca, saya tunjuk gambar terbaru saya - tanpa pemakaian Foundation/Two Way Cake. 

OK tak? Masa ni pakai bedak padat je :)



 

 



Selain daripada tu Masreena memang insaf dah... sebelum ni cuci muka lebih kurang je dengan cleanser. Sekarang tidak lagi, dah start dengan make-up remover dulu, baru cuci, pakai toner, pakai serum, moisturize dll... Nak keluar siang memang wajib sun blok. Semua sebab nasihat Sugar yang bernas tu. Mulai sekarang saya akan sentiasa komited... cewahh


Selamat Mencuba :)






2 comments:

Kalau suka tinggalkan komen =)