Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Sunday 2 February 2014

8 Punca Belanja Majlis Kahwin Semakin Membebankan

Cakkk

 
Pic ni masa kenduri Kak Ina kahwin 25 Disember 2013.

Haa... tengoklah blog ni dah jadi macam blog motivasi pun ada... Sawan menulis dah datang! Yang kelakar tu... tiba-tiba buat citer pasal majlis kahwin pulak kan? Gatal apa aku ni? kikiki

Sebelum kaum Melayu kat Malaysia ni nak menuding jari pada hantaran kahwin yang dikatakan macam menjual anak dara, better baca dulu entry saya ni untuk mengetahui apa puncanya perbelanjaan nak kahwin ni mencanak naik. Bukan hantaran puncanya ya.

Akar Umbi sebenarnya adalah INFLASI. Bila inflasi meningkat semua benda akan naik... living cost meningkat. Tu satu hal lah kan... untuk mengatasi masalah inflasi ko tanya lah sendiri pemimpin-pemimpin negara kita apa yang diorang buat selama ni...itu aku tak campur

Yang aku perasan pengantin sekarang buat pelbagai trick untuk jimatkan belanja kahwin. Contohnya, buat akad nikah pagi dan tengahari terus bersanding... petangnya pula terus photoshoot outdoor. Semua habiskan within 1 day! Tapi memang berkesan. Jimat katering, jimat mekap, jimat sewa baju, dan jimat fotografer sebab semua benda tu dicaj per day. Inilah kebanyakan trend kahwin sekarang.

Bagi aku sebenarnya ada juga yang tak praktikal tapi... terpulang pada masing-masing la. Bagi aku, bukan satu bebanan sebenarnya kalau buat 2 majlis berasingan untuk bersanding dan akad nikah+berinai. Sebab akad nikah + majlis berinai tu acara kecil yang khusus untuk meraikan ahli keluarga terdekat.. untuk mengeratkan lagi silaturahim kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan... Bila takde majlis berinai, harapkan majlis bersanding je, mana sempat nak beramah mesra. Majlis bersanding kan semua orang sibuk. Majlis besar kan

Tu satu hal... yang paling tak berkenan apabila pengantin hadkan bilangan jemputan... boleh pulakk lah pilih bulu sapa yang nak dijemput. Sapa yang tak dijemput. Jimat katering katanya. Bagi saya itu dah tak betul tu.. sangat-sangat tak gentle. In the first place dah menyalahi konsep walimatul urus tu sendiri iaitu menghebahkan perkahwinan.

Kalau nak berjimat dengan cara yang betul sepatutnya anda renung-renungkan 7 perkara di bawah ni. Tarik napass


1) Vendor (Katering, Sewa Tempat, MUA, Fotografer dll)
Zaman sekarang ni semua orang nak carik duit... semua orang berebut-rebut nak berniaga untuk financial freedom.. Vendor kahwin adalah industri yang sangat lumayan dan kencang sebab orang takkan stop berkahwin sampailah dunia kiamat. Bayangkan di Malaysia ni ada 30 juta orang (termasuk 2 juta pendatang asing ye puan puan). Setiap sorang rakyat tu pulak belum tentu kahwin sekali je seumur hidup... silap-silap ada yang lebih, tak kisah lah lelaki ke perempuan kan hehehe... Bayangkan, camane ko tak kaya kalau jadi vendor perkahwinan? Confirm akan kaya wei!

Tapi di sebalik keghairahan masyarakat kita berniaga.. ada yang cuma berniaga semata-mata hingga lupa menjalankan tanggungjawab sosial... Contohnya, Pakej MUA sekarang makin lama makin naik harga, kalau dulu RM350 je mekap sanding tiba-tiba tahun 2014 revise harga jadi RM400. Kalau dua kali mekap dah berapa pengantin nak bayar?

Kita fahamlah adat berniaga... semua nak dapat untung tapi beringat-ingatlah... Harga sewaan dewan tu apa salahnya kurangkan sikit harga sewanya janganlah melebih-lebih. Harap PBT peka dengan hal ni. Kalau katering pula... apa salahnya kalau bersedekah sedikit dengan memberi diskaun pada caj per kepala tu. Bayangkanlah jemputan tu 1,000 orang bagaimana dengan belanja yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa pengantin tersebut? Janganlah disuruh kurangkan pula jumlah jemputan itu kan dah menyalahi konsep walimatul urus tu sendiri (hebahkan pernikahan). Tapi... janganlah pula bila dah bagi diskaun, secara diam-diam vendor terus kurangkan kualiti dan kuantiti pula ya.. itu dah tak ikhlas namanya...

Ingatlah, bersedekah tu takde ruginya, malah Allah s.w.t. melimpahkan pahala pula kepada anda kerana meringankan urusan walimatul urus orang lain. Timbang rasa anda tu sangat besar ertinya buat ibu-bapa pengantin kerana siapa tahu mereka berjaya mengelak hutang disebabkan budi baik anda itu?


2) Dulang Hantaran
Sekarang ni nampaknya semua orang nak senang konon-konon malas nak fikir.. upah je butik pengantin untuk gubahkan dulang hantaran tu.. Paling murah RM 30 untuk hiasan satu dulang hantaran. Kalau 9 dulang dah RM 270! Itu hiasan sahaja OK.. belum itemnya sendiri tu duit lain pulak... kalau campur pulak hiasan lain macam Bilik Pengantin ke dah berapa lagi.. hand bouquet pun nak upah orang jugak. Semua benda nak upah orang! Camane laa kos tak meningkat... tu la, suka meng ada-adakan perkara yang dulu sebenarnya tak wujud pun...

Ingat lagi zaman dulu-dulu bila ada je sedara mara nak tunang/kahwin semua ahli keluarga akan berkumpul malam tu untuk sama-sama bagi idea camane nak hias dulang hantaran.. betul tak? Kenapa laa tradisi tu tak diteruskan je? Kalau katering tu kita faham la sekarang ni dah tak wujud dah amalan merewang di bandar-bandar tapi kalau setakat nak menghias dulang hantaran ni sayangg je kalau sikit-sikit nak upah orang.. bagi duit kat orang...

Kalau susah sangat beli je fresh flower tu banyak2. Fresh flower bukannya mahal macam artificial flower.. kalau pekong tangan tu sekalipun still hantaran akan nampak cantik punya kalau guna fresh flower. Aura dia lain macam, memang naik seri tau.

Sama jugak hand bouquet tu.. dulu masa Kak Eija kahwin kami beli je stand, span dan fresh flower tu kat kedai bunga di Seremban tu. Dan kami gubah sendiri bunga mawar merah tu... memang nampak meletop even aku tak pernah gubah bunga pun seumur hidup aku... cuba la... FRESH FLOWER tau.


3) Doorgift
Ini satu hal lagi benda yang diada-adakan jugak oleh pihak tertentu supaya ia menjadi trend... *jap lagi confirm syarikat printing fire aku*kikiki

Dulu-dulu kebiasaannya macam ni

Orang kg yang merewang ---->   Dapat tapau lauk-pauk.
Ahli keluarga yang merenjis ----> Dapat bunga telur.
Tetamu                            ---->  Dapat telur rebus dibungkus dalam kotak

Tapi entah kenapa tiba-tiba wujudnya trend bagi tetamu benda-benda lain seperti potpuri, gula-gula, bahulu dll souvenir... setiap satu tu menjangkau RM 1 - 2. Kalau seribu orang tak ke dah RM 1,000 bajet doorgift korang?

Adakah anda sedar bahawa tujuan pemberian bunga telur dan telur rebus kepada tetamu majlis adalah lambang kesuburan dan zuriat? Tetamu yang datang mendoakan kebahagiaan rumah tangga kita hingga ke anak cucu... Mendoakan perkahwinan tu mencapai tujuan asalnya. So apa kata back to basic je... Tak sampai pun lima posen kan? Petang tu bergotong royong laa dengan sedara mara untuk merebus telur dan masukkan telur dalam kotak... Kotak telur tu boleh lipat seminggu awal. Zaman millenium dulu boleh je buat kan, apa beza dengan sekarang... Kenapa perlu berbelanja lebih? Oleh itu mari sama-sama kita kembalikan era kegemilangan telur rebus!


4) Hiasan Bilik Pengantin
Yang ni pun satu lagi tak perlu keluarkan kos upah hiasan unless kalau beli perabot baru. Terpulang pada keperluan masing-masing. BFF i jenis rajin, dia hias bilik pengantin sendiri guna cadar cotton queen berharga RM 400 which boleh guna sampai bila-bila. Praktikal. Untuk nampak suasana pengantin tu dia pasang scallop (kelambu). Yang itu wajib, baru nampak aura bilik pengantin. Atas almari boleh gubah bunga. Meja pun gubah bunga. Nak cantik guna fresh flower. Siap!


5) Barang Kemas
Haaa... ini yang paling penting sebenarnya yang menyebabkan kos perkahwinan meningkat. Barang kemas diperlukan untuk Acara Batal Air Sembahyang selepas ijab kabul. Bukan aku pertikaikan berapa urat emas yang korang perlukan spt cincin, gelang dan rantai tu.. tapi harga emas yang MENCANAK naik tu yang merisaukan aku sebenarnya. Bayangkanlah cincin belah rotan je pun dah RM 400.. ini cincin nikah lagi mahal depend on berat (gram). Mahu beribu jugak ni... Takde cara rasanya untuk dapatkan emas 916 yang murah sebab 1 gram sekarang harganya dah beratus-ratus.. so semakin haluslah cincin nikah generasi muda hari ini kan... Actually I have no idea. Maybe, kena lower kan taste... kalau beli emas putih memanglah mahal kan...


6) Trend Perkahwinan Alaf Inflasi
Haha... memang pun... semakin meningkat inflasi negara kita makin banyak pulakklah trend-trend baru majlis perkahwinan yang diwujudkan.. padahal dulu-dulu takde pun boleh je... less is more... sekarang ni yang aku perasan:-

- Pre-wedding photoshoot... kasi kaya jurugambar ek
- Flower Girl
- Bunting or banner.. selalunya pakej percuma dgn kad jemputan
- Bridal Shower...
- Photobooth.. tempat gadis-gadis berselfie tak hingat
- Guest Book.. sumer tetamu kena sign. To be honest aku tak tergamak nak instruct makcik2 tu utk sain buku kedatangan haha
- Candy Buffet...
- Door Gift... yang aku citer tadi la...sini yang makan duit sampai beratus-ratus tadi ni
- Henna.... at least RM 100 jugak ni kan...

Aku faham la.. kadang2 pengantin ni ada alasan tersendiri contohnya untuk buat kenangan. Pre-wedding tu gunanya untuk display gambar-gambar masa hari bersanding nanti. Pada pendapat aku boleh je nak buat trend-trend ni semua as long as tak makan kos sangat. Masalahnya ye ke tak makan kos sangat?

Kalau aku memang malas lahh nak tambah pening terutama acara yang terlibat dengan majlis persandingan tu. Buat basic je senang

Cousin aku yang baru kahwin last month ada jiran sponsor Candy Buffet. Rezeki Kak Ina, alhamdulillah... korang pun kena laa hidup bermasyarakat barulah banyak orang sayang.. bila orang sayang ramailah yang rela hati sponsor sana sini...budi bahasa kan...


7) Penyanyi Jemputan dan PA System 
Yang ni bagi aku fungsinya agak penting contohnya MC akan mempersilakan ahli rombongan pengantin lelaki masuk ke dalam majlis semasa ketibaan. Pastu semasa pengantin bersanding MC akan panggil seorang demi seorang ahli keluarga untuk datang merenjis ikut turutan.. Penting ni. Tak dapat aku bayangkan kalau takde PA System! takkan MC nak menjerit kot??

Tapi hati-hati dengan MC, bajet penyanyi jemputan atau live band ni... setakat penyanyi biasa pun makan RM 300 weii. Kalau betul budgetting, ambil yang perlu sahaja. Apa yang pasti KOMPANG jangan lupa tau, tak mainlah pakai kompang kaset ye... sebab tujuan paluan kompang adalah untuk mewar-warkan ketibaan pengantin lelaki kepada hadirin... dan jugak mengiringi perarakan pengantin... masa ni semua tetamu akan kelam kabut keluarkan kamera.. semua nak tengok pengantinnya cantik ke tak kan, lucu haha.... tapi cuba bayangkan kalau takde pasukan kompang, sapa je yang peduli bila pengantin sampai? Nangis aku kalau jadi pengantin weiii


8) Bridal Package
Selalunya satu pakej pengantin merangkumi Mekap, Pelamin, dan Sepersalinan Baju. Dulu harga pakej cuma RM 1,800 je tapi seiring peredaran zaman dah naik ke RM 2,500. Perghhh padahal peralatannya diulang pakai je punn.. ada yang kain scallopnya dah bertahi lalat dah diorang still dok buat pelamin lagi seperti mana wedding Pak Su aku dulu. Erkk

Sebenarnya banyak orang tak perasan pakej ni sebenarnya MENGABURI mata korang. Contohnya cuba fikir kalau ambik single item je. Kalau ikut market rate MUA cuma RM 300, sewa baju dan aksesori lengkap RM 700, kalau harga pakej RM 2,500 takkanlah pelamin satu panel with aksesori lengkap sampai RM 1,500 kan? Mahal tuhh

Expectation aku tak sampai RM 1,000, tengok jenis pelamin la pergola ke, panel ke, langsir je ke macam trend sekarang... Setakat langsir aku tak expect cecah RM 700... lainlah pergola aku expect mahal sebab eksklusif. Dengan bunga hiasan lagi. Tu pasal kalau survey pakej kahwin aku akan tanya berapa harga untuk sewa pelamin sahaja... sebab dari situ boleh evaluate butik pengantin tu sama ada mahal ke murah.

Kesimpulannya, mana yang tak sepatutnya ada dalam pakej tu better korang drop je lah kalau tak perlu. Kalau terpaksa ambil pakej sekali pun at least harga pakej boleh reduce. Contohnya bunga manggar tu ke...hand bouquet ke...henna ke...

Tapi aku tak setuju laa kalau langsung takde pelamin... Aku bukan nak mengampu Butik Pengantin selepas puas aku lahari pakej mereka sebentar tadi ye kikiki... Gini, aku faham la... setiap orang ada stand point masing-masing, ada yang berpendapat bersanding ni bukan adat Islam tapi meniru Hindu. Ada yang kata bersanding ni membazir & buang masa. Ada yang kata tak ikut syariat sebab mempertontonkan pengantin perempuan. Aurat kan

Bagi aku semua reason tu betul tapi... Pada pendapat aku, pelamin sangat diperlukan untuk:
- Acara Persandingan untuk merenjis dan menepung tawar. Barulah namanya Raja Sehari (bukan ratu sehari, itu Astro). Tujuan Acara Merenjis ni untuk memperkenalkan pengantin kepada keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.. caranya dengan panggil parent, grandparent, mak menakan dll untuk merenjis semasa pengantin bersanding. Kiranya introduce one by one lah

- Sesi Bergambar. Di pelaminlah Ahli Keluarga dan Tetamu akan bergambar dengan Raja Sehari di atas Singgahsana. Bayangkan kalau takde pelamin, kat mana pengantin tu nak berdiri, duduk & posing? Sapa nak jawab? Ko tahu tak, aku pernah pergi Majlis Nikah seorang anak kenalan, pelamin tarak... sudahnya pengantin dok menyasar-nyasar ke arah dinding nan putih... habis dah takde tempat khas kan? Pengantin sepatutnya diraikan, ada tempat khas bergelar raja sehari. Ini tidakk... Aib wei aku menengoknya.. Pastu bila dah penat berdiri pengantin tu pun duduk atas lantai je.. mencemar duli... Apa rupanya tu?? ish ish ish

Kalau nak jaga aurat pun, bukanlah tak boleh buat pelamin dalam rumah. Kalau tak nak menepung tawar pun boleh... janji bila orang nak bergambar dengan pengantin at least ada background. Bukanlah sekadar dinding putih kosong nan kepam itu


Kalau korang tanya aku, aku suka dengan majlis kahwin Sepet88 sebab complete. Kenduri kawasan kampung tuhh.. sempoi sesangat tapi grand... siap boleh selit buat aqiqah dan cukur jambul anak kakak dia lagi.. eh oklahh sambung sok... ngantuk dah...





Saturday 1 February 2014

8 Sebab Kenapa Saya Suka Bekerja di Syarikat Kecik

Bila rasa meroyan aku akan lepaskan pada penulisan... sebabnya hanya penulisan je aku boleh expresskan perasaan aku even benda tu takde kena mengena dgn apa yg aku royan kan, kikiki.. Oleh sebab sekarang i meroyan pasal kerjaya, so nak tulis jugak kenapa saya suka bekerja di syarikat kecik yang takde nama... Selama ni saya tak pernah bekerja di syarikat gergasi seperti GLC (Khazanah Nasional & subsidiaries) yang paling hebat pun public listed je. Pernah bekerja di syarikat Cine dan syarikat kecik Melayu. Sekarang di MNC (Mat Salleh). To be honest... saya paling seronok kerja di syarikat Melayu (syarikat kecik takde nama). Kedua kerja dengan Mat Salleh. Kurang suka kerja dengan Cine, tapi ada certain perkara much more better than Mat Salleh. Setiap benda ada pro-kontra la...jangan la gaduh-gaduh. Yang penting kita kerja mesti ikhlas dan sayang majikan kita. Bersyukur lah!


1. Rate Gaji Tinggi
Syarikat kecik staf sikit, jadi overhead kurang, mintak gaji tinggi senang dapat. Public listed staf ramai, mintak gaji tinggi majikan akan nego serendah-rendahnya... memang kedekut tak hingat

2. Bonus Banyak
Pengalaman saya kerja di Public Listed Co. bonus cuma sebulan je (sekadar buat syarat je takut staf mengamuk kot)... Masuk kompeni kecik je terus dapat merasa bonus 3 bulan. Wow!

Paling best kerja syarikat Chinese mesti syarikat bagi angpow sampai RM200.. Bila syarikat Chinese, subkon/supplier pun Chinese. So dapat lagi angpow tiap-tiap subkon kasik =)

Tapi kalau co chinese tu besar... dapat angpow RM20 je... tu pasal aku tak suka kerja syarikat besar sebab bonus dan angpow sikit.... kikiki

3. Fleksibel dari segi masa 
Boleh tolerate dengan bos. Bab-bab fleksibel ni memang tak boleh lawan kerja dengan syarikat ownernya Melayu.. memang terbaekkk

Kalau ofis tutup sebab renovation, teruss staf diberi cuti sampai hujung tahun. New year ofis bukak balik baru start kerja. Mode standby. Gaji jalan ye...kikiki

4. Kurang Terikat dengan Prosedur
Masa kerja di syarikat besar, claim petrol kereta kena isi form, attached resit, dapatkan sign approval dari manager, submit ke HQ dan tunggulah sebulan lebih untuk wang tersebut dilepaskan. Tu pun kena follow up, leceh.... Padahal kerja dah siap tapi kena tunggu lama untuk dapatkan balik duit sendiri. Jenuhhh. Tak suka tak suka

Kerja syarikat kecik, semua jenis claim cuma tinggal sua je resit kat manager, terus dapat CASH. Immediately. Best!

5. Senang Naik Pangkat
Sebabnya... bila staf tak ramai, dengan sendirinya bos kenal muka ko. Diorang ambil berat pasal kita sebab nampak sumbangan kita pada syarikat.

Lagi satu majikan boleh bagi kemudahan tanpa terikat pada gred tertentu terutama dari segi skop kerja. Yes, majikan akan suruh awak buat 3 jenis skop yang cover untuk 3 position sebenarnya... tapi gaji pun dia bayar untuk 3 skop! Sumpah pernah! Tu pasal i multi skill sebab berpeluang belajar banyak benda dalam masa yang singkat.

6. Banyak Benefit Kerana Kurang Persaingan
Ini pun best jugak. Staf dapat site visit ke Bangkok. Sorang lagi manager tu dapat visit factory ke US. Ko kalau masuk company besar, belum tentu terpilih untuk diberikan peluang keemasan sebegini. Mesti peluang dah dapat ke orang lain.

Masa Hari Raya Haji, syarikat i pernah bagi peruntukan RM400 untuk seorang staf untuk buat ibadah korban di tempat masing-masing. Apa yang kami buat kami satu ofis collect that money share untuk beli lembu dan upah korban. Buat setempat je di Shah Alam. Bagus tak majikan bagi pendedahan macam ni? Kalau tak sampai bila tak pernah buat korban kan? =)

7. Kurang Tekanan Bekerja
Aku tak pasti kenapa... tapi masa kerja di syarikat kecik memang takde tekanan. Bahagia sesangat.. maybe sebab bila kurang orang, kuranglah ragam, maka kuranglah politik pejabat. Politik pejabat akan buatkan ko rasa nak berenti kerja even ko takde masalah dengan kerja tu sendiri. Betul tak?

8. Gaji Awal
Ini antara yang terpenting... kalau bekerja di syarikat besar selalunya gaji 1hb, atau hari terakhir untuk bulan tu sama ada 28hb, 30hb atau 31hb. Kerja syarikat kecik selalunya gaji awal iaitu 28hb. So senang nak planning duit kita...

Aku kalau orang panggil kerja tapi kalau syarikat tu gajinya 31hb, 1hb, atau 7hb memang aku takkan pergi interview langsung. Sebab dah ada experience kan... payah weii


Paling best kerja sendiri je takpun full time housewife kan? Tak payah pening-pening kena tembakkk je dengan client. Tapi kalau keperluan hidup mendesak untuk bekerja terpaksa lah kan... dah la kadang-kadang terpaksa jadi black sheep, dugaannnn... bertahan pun sebab sayang kawan-kawan =)


Baiklah itu je buat masa sekarang ni. Saya tulis entry ini untuk membuka mata employee agar boleh pilih syarikat yang terbaik tetapi masih lagi boleh dapat mode yang menguntungkan. Kerja senang duitnya lumayan... siapa tidak mahu?

Oleh itu masih lagi berebut untuk dapatkan tempat di syarikat ternama? Renung-renungkan dan selamat bekerja =)