Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 6 April 2012

Erti Persahabatan Di Kuala Lumpur




Dalam kehidupan persahabatan adalah amat tinggi nilainya dan memberi pengaruh yang besar terhadap cara hidup seseorang.

Selepas saya melalui beberapa insiden ditikam kawan dari belakang atau kisah peribadi saya dijaja ke hulu ke hilir oleh seorang yang saya anggap sahabat. Yang saya percaya untuk mendengar luahan hati. Itulah cara saya terdidik untuk mengenali erti persahabatan di Kota Metropolitan.

Barulah saya sedar... bahawa atas dunia Kuala Lumpur ini manusia utamakan MATERIAL. Semua utamakan glemer, wang, dan kebendaan.

Kalau tidak masakan mereka sanggup meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah ke ibu kota yang serba mencabar ini.

Justeru perjalanan untuk mendapatkan wang itulah menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara di luar batasan sama ada disedari atau tidak oleh empunya diri.

Berhati-hati dengan manusia, sungguhpun kamu makan sepinggan dengan dia. Berhati-hati sungguhpun kamu tidur sebantal dengan dia. Walaupun kamu mempunyai ideologi yang sama.

Andainya sahabat itu kamu kenali BUKAN semasa kamu mengenali dia ketika menuntut ilmu, iaitu masing-masing masih mentah tanpa ada apa-apa kepentingan material..... TOLONG jangan percayai dia. TOLONG jangan anggap dia sahabat kamu. Baik di tempat kerja, jiran sekeliling rumah apatah lagi yang baru kamu kenali ketika mengikuti kursus. Apatah lagi yang dikenali melalui internet.

Tetapi anggaplah mereka sebagai kenalan yang kamu akan jaga perhubungan politiknya. Walau mungkin ada sedikit persengketaan dan perselisihan pendapat, maafkanlah dia dan lupakanlah apa yang berlaku kerana persengketaan akan memburukkan lagi keadaan.

Dunia ini kecil, boleh dikira dengan jari berapa orang sahaja kenalan dan sahabat kita, jadi patutkah awak memutuskan silaturahim? Sebagai manusia kita tak boleh sombong, hidup ini ibarat roda... terkadang kita di bawah. Kerana siapa tahu pada masa akan datang kamu perlukan bantuannya. Atau mungkin mempunyai sesuatu urusan dengannya. Atau mungkin dia pula akan bergelar saudara atau ipar duai kamu pula.

Rasulullah s.a.w. melarang kita memutuskan silaturahim malah Allah s.w.t. menggalakkan kita untuk MENYAMBUNG kembali silaturahim. Namun dalam memilih sahabat, pilihlah insan yang beramal soleh, berilmu agama dan berakhlak islamiyah.

Jangan sebarangan memilih orang untuk dipercayai silap-silap masuk perangkap pretender atau manusia jahil. Manusia jahil mampu memiliki ciri-ciri munafik dan ia amatlah berbahaya. Orang jahil, walaupun kelihatan baik dan peramah tetapi mereka tidak beramal dengan akhlak islamiyah.

Tidak mustahil, apabila berlaku perselisihan pendapat dia akan mengKHIANATI kita dan menikam dari belakang. Kerana orang jahil hanya bertindak mengikut logik akal, jadi segala nasihat atau ceramah takkan menembusi kotak hatinya.

Paling menakutkan dan tragis apabila mereka melakukakan perbuatan berciri munafik hingga mengaibkan kamu. Nauzubillah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “



Riwayat Ahmad