Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Thursday 19 February 2015

Cash RM 203.85 From AMEX Credit Card

Ingat lagi 2 tahun lepas masa mula-mula sign up Maybankcard2cards ni.... punyalah tak fikir panjang sebab  percaya dengan kredibiliti Maybank. Setiap kali swipe, so far belum pernah mengecewakan.

Semalam buka Maybank2u.com untuk check gaji dah masuk ke belum.... Sekilas lalu mata tertancap pada statement American Express (AMEX) bahawasanya saya dapat 2 jenis cash back daripada AMEX bulan March ni bernilai RM208.85 sepertimana rajah di bawah. Bulan lepas dapat monthly cash back pada nilai maksimum RM50. Alhamdulillah.



Banyak juga RM203.85 sampaikan Masreena tak perlu bayar outstanding balance disebabkan casback ini.

Camane Masreena boleh dapat cash back sebanyak itu? Cuba tengok description, yang mana setiap cash back tu Masreena dapat dari TIGA kempen yang berlainan.

1) CASH REBATE 31 January
Selain kumpul treat points, Masreena sentiasa dapat rewards Maybankcard2cards tiap-tiap bulan. Tapi ingat selagi awak comply dengan terma dan syaratnya sahaja. Every spending with AMEX on Saturday and Sunday you will get 5% cash back with maximum amount RM50 of the month. So you need to spend untill RM1,000 of the month to get maximum cash back RM50 of the month. Cash back yang terkumpul daripada semua transaction dalam bulan itu akan dikredit pada hujung bulan. 

2) PETRONAS RM200,000 Cash Back on 19 March
Ini banyak orang yang tahu since Maybank promosi penggunaan kali pertama kad AMEX di Petronas. Tapi kempen bermusim macam ni banyak terma dan syarat. Lihat banner di bawah yang ditampal di stesen-stesen minyak.


You need to comply ALL of  these requirements:

i) Transaction with AMEX 
ii) Only for transaction from 15th December 2013 to 15 February 2013
iii) Spend untill RM70 in single transaction (paling senang isi minyak je... isi sampai tangki penuh)
iv) Transaction at PETRONAS Station in Klang Valley only.

Selepas anda patuh kesemua ciri-ciri di atas barulah dapat RM5 daripada RM70 tu.... hahaha koser sangat kan? Remeh gitu... sebab Masreena isi minyak merata-rata di luar Klang Valley.. Quiet tricky rite? Yang boleh plan kita plan la... tapi if tak dapat maknanya bukan rezeki... dan kadang-kadang mana laa sempat nak cari Petronas so kena isi juga di SHELL! Jangan kereta berenti tengah jalan sudah! That's why Masreena cuma dapat RM5 untuk sekali je sedangkan per person unlimited cash back. 

Makin kerap ko isi minyak.... makin banyak cash back dan selalunya praktikal untuk enjin besar macam 1.5 ke atas. Duit akan dikreditkan dalam akaun kad kredit beberapa minggu selepas kempen tamat. 

3) RM 3 Million Cashback that I received on yesterday

Ini yang paling best... syarat yang paling longgar antara semua. Apapun jom tengok banner dia dulu... 


RM 3 juta ko peruntukkan AMEX untuk kempen ni! Setiap transaction akan dapat 15% cash back tapi terhad RM300 sahaja per unique card. Ko pakai Charge Card AMEX pun belum tentu dapat offer macam ni kan?? Sepanjang hampir dua tahun Masreena guna kad kredit,  terbukti ini adalah kempen paling best. Tips: Pengguna Maybank2u selalunya akan notice kempen terbaru yang appear dalam website Maybank. 

How I MINIMIZE My Spending To Get MAXIMUM Cash Back

1) You need to comply with all of the terms and condition.:

Register at the website before the campaign started. Ko tak sign up, jangan berangan la tiba-tiba AMEX nak bagi cash back. Alert with any notification of facility and promotion.

Spend any amount in participating shopping mall except hypermarket. Ko kena beli barang-barang glamour tak hingat tau... bukan grocery 

Earn 15% cash back for each transaction will be credited into your account 8 weeks after the campaign.

Tips: I print-small this banner of terms and condition. Keep into my purse. So I always can refer when planning to spend.

2) Plan your spending inclusive in three types of campaigns.

Kebetulan Masreena buat preparation untuk travel, jadi Masreena plan to spending on that period. Masreena selalunya guna kad kredit untuk PEMBELIAN BESAR & MAHAL seperti kamera CANON di entry Shoot Like Bimbo, Image Like Pro! 

Masreena beli kamera Semi-DSLR ni di Canon Mid Valley. Harga kamera RM1,300 termasuk warranty. Masreena dapat RM50 monthly cashback sebab beli hari Sabtu (memang sengaja beli hari Sabtu nak dapat cash back) dan 15% daripada kempen ni. Akhirnya pembayaran sebenar adalah RM1,055 je 

Ini sebenarnya belum masuk Treat Points. Nilai transaction RM1,300 tu dapat 6,500 points. 6,500 point bersamaan RM29.50.

Baiklah rasanya cukup sampai sini... Perghh mengabadikan kenangan cash back dalam blog lah plak, hahah.. I just want to post the quality entry... as long as we not disclose our personal particular. No evidence no talk rite?

Selain sebarkan information, diharapkan pembaca dapat panduan berguna daripadanya. Btw syukur dan terima kasih kepada Malayan Banking Berhadcashback campaign is appreciated approach that attract costumer.


Tuesday 17 February 2015

Kembali Ke Jenama Freshkon....

Sepanjang outstation ke Sg. Rengit, Pengerang di negeri Johor memang pelbagai masalah timbul untuk sesuaikan diri dengan keadaan di sana. Salah satu nya maintainance diri... eceh...LOL

Kat sana terputus hubungan dengan kawasan bandar, kalau nak pergi Johor Bahru (JB) atau sekurang-kurangnya Pasir Gudang sekalipun terpaksa tempuh driving SEJAM then jangan lupa tol RM 8.90 tu. Pergi-balik je RM 17.80 tau... giler... sayang duit woiii

So tu yang Masreena main rembat je kedai optik di pekan Sg. Rengit tu. Beli contact lens sebab ada function. Ingatkan OK, dah harganya pun RM 50 sepasang contact lens yang boleh bertahan 3 bulan. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Tapi bila pakai, aduhh.... lembik sangat contact lens nya... tak boleh melengkung untuk titiskan solution.... kerja 5 minit jadi 15 minit sebab faktor tu... Itu belum lagi sekerat hari lagi nak buka untuk re-wet kan contact lens tu... lagi tambah 15 minit.. giler, stress ko

Sapa tahu jenama Freshkon?? jenama contact lens yang tak perlu diperkenalkan lagi. Freshkon ni asalnya jenama contact lens Alluring Eyes pada awal kemunculan. Masa tu i study universiti. 

Nak dijadikan cerita, masa surf website Deals Big Sale ternampak lah promosi Freshkon ni.

Dah lama tak nampak jenama Freshkon buat promosi. Ada promosi 2 pasang RM69 je. Kira ok lah tu selalunya paling murah pun RM 60 sepasang, ini diskaun 40% jugak tu. 


Warna-warna yang ada dalam Freshkon. Bahagian bawah tu warna lama. Bahagian atas tu dah ada penambahan warna-warna baru. Masreena pernah try yang lama tu Misty Gray. Memang terang warnanya.Kalau beli contact lens memang prefer warna kelabu sebab bila buat Smokey Eyes ia akan menyerlah sesangat.... gitu...

So saya pun purchase lah voucher tu. Beli dua voucher terus maknanya 4 pasang. Senang. Pasni 4-5 bulan boleh fikir barang lain tak perlu cari contact lens lagi. Macam tu lah nak urus. Korang beli voucher ni, tengok terms and condition dulu. Kena pick up sendiri selalunya. Dan tempat untuk ambil tu terhad di outlet tertentu je, so buat lah pilihan yang tak menyusahkan. Macam Masreena pilih Focus Point di Berjaya Times Square.

Pilih Berjaya Times Square sebab dah tahu tempatnya kat mana plus Times Square ni ada public transport. Nak drive pun parking senang, boleh parking tepi jalan sebelah sekolah Cina tu je. Lepas ambik contact lens terus blahh. Tapi mesti booking dulu by phone tau... takut takde stok. 

Masreena ambil warna yang ada ready stock... malas nak tunggu supplier. So warna Shimmering Grey nasib baik ada. Glittering Blue tu tak pilih pun, tapi warna ini je yang ada ready stock untuk power yang dikehendaki. Malas nak tunggu supplier, sebab supplier on after CNY. Aku dah balik Johor dah masa tu. So grab je lah mana-mana colour yang ada... biru pun cantik jugak apa?

Hamikk ko 4 pasang teruss... stok 4-5 bulan gitew....dengan separuh harga. OK lah kan?

Lepas tu tunggu resit dulu. Buat nya dah bukak packaging tetiba contact lens nya dah koyak tak ke rugi.... so simpan resit untuk standby.... pernah berlaku ye, aku beli contact lens, bukak je tetiba koyak....tapi bukan jenama Freshkon ni...


So after this Masreena nak beli contact lens yang jenamanya established je...malas nak try jenama yang kita tak tahu... nanti takut lembik lah or masalah lain pulak... jenama yang OK macam Lacelle, Freshlook, Freshkon.... or if ada lagi jenama yang OK boleh rekemen pada Masreena ye... 


Thanks sudi baca :)





Thursday 5 February 2015

Facial Treatment yang paling Berkesan & Murah!

Hai, free to read this entry? Entry ni kena baca tenang-tenang tau... tak boleh rushing... sebab topik nya sangat penting, iaitu pasal jaga muka. Perempuan WAJIB baca tau... Oleh itu sila bancuh nescafe dulu untuk dicicah biskut ye :D

Episod menjaga kulit bagi Masreena tak pernah serious pun. Puncanya zaman universiti dulu minat jaga kecantikan, bila pergi facial di pusat kecantikan di Serdang rupa-rupanya baru tahu FACIAL tu sebenarnya cuci biasa je. Tapi, kita tak boleh salahkan beauty centre tu sebab "Facial" tu bermakna cuci muka. Takde yang istimewa... bezanya orang lain yang buatkan, itu sahaja... that's why harga "Facial" is within RM 35. Konsepnya sama juga dengan "Hair cut and wash" di salun rambut. Cuci biasa je rambut tu taruk syampu. Bezanya bila buat di salun ada servis caj sebab dia yang syampu, dia tolong cuci, tolong bilas, tolong blow. Kalau buat sendiri di rumah pun proses yang sama juga betul tak? Ada paham? :)

Kalau nak yang ada proses pemulihan, perawatan, dan pemeliharaan kena ada perkataan "Treatment". Jadi kos agak tinggi bersesuaian dengan step yang perlu dibuat. Contohnya:-

Facial Treatment ----> untuk muka

Hair Treatment -----> untuk rambut

Sekarang ni bila umur dah penghujung 20an barulah sibuk survey skin care sana... salun sana... spa sini.... sebabnya semua keanjalan keremajaan dan kekuatan tubuh kita semakin berkurang... jadi kolagen pun makin kurang terhasil... oleh sebab itu kena ada tindakan sokongan (cewahh) untuk kekalkan selama mana yang mungkin....

Sukar saya nak tentukan tempat mana yang bagi treatment terbaik (yang sesuai dgn bajet kita lah ye, jangan pulak ko carik Dr.Ko dah tentulah harganya pun turut terbaik jugak ye!) kang try buta-buta takut habis duit...

Mula-mula ada buat di beauty centre di USJ 1, Melayu. Buat Vitamin E Facial (RM 90) untuk naikkan pipi yang dah jatuh sikit ni.... rupa-rupanya tahan 5 hari je pastu turun balik pipi? Gila ke apa nak kena pergi spa tu setiap minggu? Geram bila fikir.... pastu tak putus asa survey lagi. Tahun lepas memang banyak spend masa survey dan reasearch tentang Facial Treatment ni.

Akhirnya saya pun tawakal je try lah di website diskaun Deals Big Sale. Purchase lah satu voucher ni dari Forever Beauty and Slimming. Tawarannya pilih salah satu:

1) Platinum Collagen V-Shape Lifting

2) Hydrating Facial

Image 5
Forever Beauty and Slimming dari luar. Shop lot biasa je. Tak mewah pun. Tapi eloklah... mewah-mewah ni mahal plak jadinya.

Harganya promosinya cuma RM 38 je untuk 2 kali visit. Tapi bila sampai tak pilih pun.... rupa-rupanya beautician tu yang tengok condition kulit kita and decide treatment mana yang lebih sesuai. Nama beautician masa tu Sugar. Komen dia pasal kulit muka saya:

S: "Kulit muka you terlalu kering seolah-olah takde kolagen. Kena buat Hydrating Facial kali ini. Sebelum datang sini you ada pakai moisturizer tak?"

M: Takde, pakai sunblok je. Kira moisturizer lah tu kan? LOL

S: "LOL... Bukan... you kena pakai separate tau. Pakai krim pelembap dulu baru sun blok. Kulit muka you jadi berminyak sebab terlalu kering jadi sebum akan buat minyak untuk recover kulit. That's why kena pakai pelembap baru kulit akan kurang berminyak bila cukup hydrate"

M: I see..

S: "Sebulan sekali mesti mahu buat facial tau, kena jaga kulit muka sebelum muncul tanda penuaan. Ada banyak Chinese jaga muka betul-betul sampai kulit muka jadi berkilat"

Fuhh... ayat terakhir tu yangdengar tak boleh tahan... mesti sampai berkilat kulit muka ye...hahaha... Tapi memang diakui, saya pernah jumpa Chinese berkulit sampai tahap macam tu. So logik gak lah apa yang dia kata.

Tambahan pulak Sugar ni buat memang syok.. sampai meremang-remang bulu roma saranya.. heheh.. Ini step yang diorang buat. Dalam voucher pun ada bagitahu:

1. Double Cleansing
- cuci muka guna span. Sugar cakap muka kena cuci dengan susu pembersih dulu barulah cuci lagi sekali dengan cleanser, barulah kotoran betul-betul hilang. Takde guna letak Serum Terhebat tapi kotoran masih berlapis kat muka, takkan diserap sampai bila-bila. Alamak ye ke?? Insaf sekejap  -_-

2. Skrub

3. Oxygen steam
- mesin wap yang sejuk ni untuk lembut kan kulit muka dan buka liang pori supaya memudahkan kerja-kerja membuang blackhead/whitehead/pigmentation (Extraction) sejurus selepas ni :)

4. Extraction

5. Soothing mask
- topeng tu

6. Serum with High Frequency Machine Treatment
- Inilah step yang membezakan antara Hydrating Facial, V shape Facial, Vitamin C Facial, dll tu.. iaitu jenis serum atau essence yang digunakan tu. Serum ni yang tentukan harga facial tu berapa. Lepas letak serum ia akan diratakan dengan mesin... rasa sejuk sangat... best giler :D

7. Pressure Point Face Massage
- ini pula urutan muka dengan penekanan beberapa point kat muka...

8. Mask Application
- Haa masa ni barulah guna masker yang bancuh tu.. di mana ia pun tengok facial jenis apa yang kita buat... ada bancuhan sendiri untuk setiap jenis facial tu. Sementara tunggu masker ni kering, diorang akan buat 2 lagi step iaitu Urutan Bahu, Belakang & Tangan (biasa) pastu diulangi kali kedua pula dengan hot stone... serious sedapp sesangat...nikmat duniaaa

9. Hand, Back, & Shoulder Massage by hand and Hot Stone
- Masa diorang urut ni korang akan dapat rasa kaki korang tu suam-suam... tandanya disebabkan urutan tu, aliran darah korang tu lancar dari kepala hingga ke kaki...selain tu muka korang yang dilapisi masker tadi akan turut rasa panas sebab aliran darah lancar menuju ke kulit muka. Tahu kan masker berfungsi menegangkan kulit muka dengan cara merangsang aliran darah ke situ? Bila buat urutan sekitar bahu aliran darah ke muka tu bertambah lancar... Maka semakin efektif lah masker tu tadi.. lagi-lagi dengan hot stone :)

Collage of different spa treatment images with women and flowers

10. Moisturizer and Sun Block
- bila dah bukak masker maknanya tamat sudah rawatan tu... diakhiri dengan pakai pelembap dan sun block ye...Cahaya matahari boleh buat kulit muka jatuh ye ingat tu.

Saya tak de gambar untuk ditunjukkan sepanjang facial treatment tu berlangsung. Yang ada cuma gambar beauty centre tu je... itu pun di ambil dari website...

Image 1

Image 2

Image 3

Kalau tengok rupa paras nya tak lah gah sangat kan? Tapi treatment ya hampun best... memang rasa addicted. Kali kedua mencuba hydrating facial, Sugar approach untuk ambil pakej. Since puas hati, dan kesedaran tinggi untuk penjagaan kulit muka, Masreena pun sign up. Harga biasa RM 150. Harga pakej lebih kurang RM 130 untuk setiap kali facial sebab harga asal untuk 16 kali dapat free 4 kali Whitening Facial tak termasuk lagi free 4x Eye & Neck Treatment.. 

So bila dikira-kira average dapatlah harga RM 130 puratanya. Ok sangat lah tu kan? :D

 Paling penting, selepas 4x pergi Forever Beauty buat facial mak Masreena tegur kulit muka makin cerah... jeragat pun kurang... Kawan lama pulak jumpa baru-baru ni tegur kat hidung dah kurang bintik-bintik hitam. Selebihnya, bagi saya penjagaan awal rawatan kulit muka ni boleh mencegah masalah kulit di kemudian hari, betul tak? :)

Untuk memuaskan  hati pembaca, saya tunjuk gambar terbaru saya - tanpa pemakaian Foundation/Two Way Cake. 

OK tak? Masa ni pakai bedak padat je :)



 

 



Selain daripada tu Masreena memang insaf dah... sebelum ni cuci muka lebih kurang je dengan cleanser. Sekarang tidak lagi, dah start dengan make-up remover dulu, baru cuci, pakai toner, pakai serum, moisturize dll... Nak keluar siang memang wajib sun blok. Semua sebab nasihat Sugar yang bernas tu. Mulai sekarang saya akan sentiasa komited... cewahh


Selamat Mencuba :)






Wednesday 4 February 2015

Pengalaman Buat Full Settlement EasyRHB

Ada sesiapa tak pernah dengar tentang Easy RHB?? Jangan tipuuuu... mesti pernah punya


Masreena percaya ramai di kalangan pembaca yang mesti ada sekurang-kurangnya SATU loan dengan Easy RHB ni. Sebabnya, inilah satu-satunya institusi kewangan yang bagi approval pinjaman dalam masa 5 minit sahaja. Kenapa? Sebab mereka boleh refer EPF statement yang boleh print serta merta dari mesin diorang.

Masreena buat personal loan / pinjaman duit dulu sebab JOBLESS. Hidup kita ni ada turun naik, lagi-lagi kita ni bukanlah anak orang senang, ada masanya kehidupan kita tak selancar yang dihadapi orang lain. Pembaca yang matang pastinya mengerti apa yang saya sampaikan. Kena VSS, berhenti sendiri, kontrak habis, kena terminate, kena transfer dan pelbagai lagi masalah yang timbul selagi kita bekerja makan gaji.... memang takkan habis. Jadi masa tu, ini je jalan yang Masreena ada sesuai dengan keadaan masa tu baru setahun-dua bekerja. Gaji sikit, simpanan ciput, last-last nasib baik boleh pinjam duit dengan bank. Pinjam duit dengan orang, takut kena maki ye dak?

Masalahnya kenapa saya pinjam dgn Easy RHB yang interest tinggi melangit tu?

Sebabnya, loan dari Bank lain yang interest nya rendah spt BSN, Public, Bank Rakyat, dll tu semua perlukan beberapa syarat berikut:

1. Pemohon bekerja kerajaan

2. atau GLC atau anak syarikatnya

3. atau Public Listed company

Betul lah.... giler apa bagi pinjam duit pada sebarang orang? Kalau loan kereta atau rumah ada jugak benda untuk ditarik atau dicagar semula. Duit boleh dapat balik? Jangan mimpi lah kan... itulah sebabnya syarat pinjaman tu diperketat.... so since Masreena takde walau satu pun kriteria di atas, Easy RHB je yang sudi bagi pinjam masa tu. So approve lah loannya.

Beberapa tahun telah berlalu, bermula dari ZERO di usia 22 tahun. Lepas grad lah kiranya ni kan. Puas sudah ku bergolok gadai beli harta benda pertama, pada masa yang sama bergelut dengan belanja harian, pada masa yang sama berkorban masa untuk belajar, seterusnya berkorban lifestyle untuk berjimat buat modal bisnes.... Akhirnya, sekarang sebelum masuk usia 30 Masreena dah mula menuai hasil. Setahun Masreena beroperasi, sedar tak sedar duit dah mencecah hampir 20 ribu. Bayar hutang bisnes sana sini akhirnya tinggal 15 ribu.

Asalnya duit baki tu memang sengaja disimpan sepanjang tahun lepas untuk pergi travel. Tapi tak jadi lah pulak.... sebab group tu cuma 4/15 orang. So, duit tu Masreena terfikir untuk settle kan hutang Easy RHB je lah... Nak buat camane plan asal nak pergi bercuti dah cancel. Sobs

So kita bayar je lah hutang bila dah tak tahu duit sebanyak tu nak buat apa lagi. Cara yang Masreena buat ialah:

1) Call RHB di talian 1-300-22-3279. Nombor ni saya ambil dari website RHB . Tujuan call adalah nak tahun berapa baki terkini pinjaman kalau buat full settlement. Catatkan.

2) Pergi ke mana-mana cawangan RHB Biru. Diulangi RHB Biru ye. Jangan pergi RHB lain sebab RHB ni ada banyak jenis:

RHB pink - Easy. Tempat asal korang buat loan express tu tadi

RHB Kuning - Islamik

RHB Biru

Yang proses full settlement ni RHB biru ni je. Ko jangan pergi PINK dan KUNING tu plak ye... kang membazir petrol je kalau silap tempat

3) Draw duit ikut amaun yang nak bayar tu. Kalau nak selamat guna cheque pun lagi elok. Bila dah ready duit pergi kaunter nombor bagitahu yang korang nak buat full settlement. Diorang akan tanya dah tanhu belum how much that you need to pay? Nanti kena isi borang. 

4) Sampai kaunter bank teller akan proses dan mungkin akan ada sikit perubahan amaun kalau ada. Kaunter bank tak provide Release letter, jadi lepas urusan sila simpan dulu semua resit dan slip yang ada.

5) Bila dah sudah, korang kena call balik nombor EasyRHB tadi bagitahu yang korang dah buat full settlement. Sekarang korang nak mintak RELEASE LETTER. Mintak diorang pos dan sementara nak tunggu surat dipos, suruh diorang scan & email surat tu dulu. Dalam masa 5 hari bekerja diorang akan email. So masa ni korang dah safe. Cuma tunggu surat original je sampai rumah.

Release letter ni macam Clearance Letter untuk loan kereta. Fungsinya sama je iaitu untuk pastikan akaun korang tutup dan takde apa-apa pending issue lagi pasal loan tu tadi... Kalau tak mintak, takut nanti in the future diorang hantar surat lawyer la apa la.... atas alasan tak perasan yang korang dah tutup akaun. 


Itu sahaja... senang kan? Tahu tak berapa banyak burden Masreena yang dah terlepas?? RM810 sebulan! Banyak kan? Tapi sekarang tak lagi... syukur sesangat... sekarang tinggal loan rumah dan kereta je lah. Kurang sikit bebanan tu kan? Bolehlah  ada extra saving lepas ni. Yang penting kalau berhenti kerja untuk full time bisnes, taklah banyak sangat komitmen...  :)

Selamat mencuba ye :)