Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Thursday 30 October 2014

Siapa join Modelling? Tips Putihkan Gigi Separuh Kekal


OK yang kat atas tu sebenarnya petua biasa yang Masreena gogel. Nak dijadikan cerita, masa sekolah rendah Darjah Tiga. Masreena susah hati sangat sebab gigi Masreena tak putih macam orang lain... kekuningan sikit... bila sengih atau ketawa, kawan-kawan sekelas tegur "Eee.. gigi kuning"

Sedih je... tu yang rasa, kena buat something. Bila balik rumah tanya mak, kenapa gigi saya kuning... kenapa tak putih macam kawan saya.... mak cakap, gigi kuning lah kuat. Gigi kuning lebih kuat dari gigi yang putih gading. Hmmm... leh terima?

Masreena dulu masa zaman remaja-remaja, memang rajin jaga kecantikan.. asalkan mak beli majalah je, mesti ada ruangan PETUA kan? itu yang kita terjah dulu sebab nak tengok tips kecantikan guna barang-barang dapur....kesian tak? zaman tu belum zaman internet lagi...

Pastu, bila Ahad je suruh ayah beli Berita Minggu. Sebab ada ruangan petua Nenek. Jenuh lah dulu dok meniru petua-petua gosok arang kat gigi... takpun gosok buah pinang kat gigi... untuk bulu mata bakar buah keras, tumbuk dan lurut minyakknya di bulu mata... tapi sampai ke sudah tak jadi apa pun :(

Bila dah bekerja, internet pun meluas, majalah pun banyak beli. Terbaca tentang rawatan Britesmile. 

Rawatan Britesmile adalah menggunakan cecair pemangkin yang diaktifkan melalui laser, untuk cecair tersebut meresap masuk ke dalam gigi. Hingga menjadikan 8 kali lebih putih dari asal. Jadi, Masreena pun tertarik untuk mencuba. 

Masreena pun call Klinik Dr Halina, Bangsar untuk tanya kos rawatan. Mak oi, RM 2 ribu.

Bila pergi klinik gigi Azizah, Taman Sri Serdang, doktor cakap Britesmile tu sebenarnya jenama cecair pemangkin tu. Tu sebab mahal. Kalau nak murah, gunakan jenama Beyond. Hasil sama, jenama je kurang terkenal. Baik lah doktor, berapa harganya? 

"RM 1,400"

Itulah sebabnya Masreena suka cari khidmat/produk di tempat yang tak glemer, Kalau Bangsar, mesti mahal. Sebab operation cost mereka tinggi. Taman Sri Serdang ni berdekatan dengan kawasan student, UPM. Jadi apa-apa barang ke atau makanan selalunya murah.

Jadi Masreena pun try rawatan ni selama dua jam. Hasilnya, senyuman Masreena semakin cantik dan berseri, tak perlu lagi risau  orang terkejut tengok gigi kuning Masreena :)

Dah 3 tahun berlalu tapi gigi masih kekal putih. Ini pic terbaru Masreena dengan Zety Datok Ridzuan, baru balik dari modelling.

Thanks sudi baca :)



Tuesday 28 October 2014

Financial Planning

Memandangkan ini blog Berjimat, di mana temanya diakui sangatlah membosankan... tapi apa nak buat, kita bukan lahir anak raja, kita bukan anak VIP, mahupun kita bukanlah isteri VIP. Oleh itu, selagi masih hidup selagi itu kita tetap kena berjimat, berjimat, dan berjimat.

Masreena suka baca Stock & Economy semenjak fresh graduate dulu. Masa tu banyaak masa free.. jadi kita penuhkan dengan menghadap internet sahaja 24 jam. Celik mata internet, pejam mata pun termimpi internet.

Lepas tu bila dah dapat kerja.. ambik kau, takde masa lagi nak surf internet. Jadi Masreena bekerja sahaja untuk dapat duit. Nak dijadikan cerita, Masreena terpaksa beli kereta beberapa bulan selepas bekerja sebab susah nak pergi tandas. Tempat kerja, cuma ada TANDAS BERGERAK. Apakah?? Setaraf pendatang asing diri aku  T_T

Masa belum ada kereta, memang heaven, Starting masa tu 1,700, lepas tolak EPF Socso tinggal 1,500. Dengan gaji bersih  1,500 tu, Masreena boleh simpan 800 sebulan. 200 tu buat joli... hehe...

Tapi sebaik sahaja ada kereta, omaigad, tak boleh simpan duit langsung. Harga ansuran kereta adalah sama dengan kos minyak kereta. Omaigad, giler. Rugi berganda-ganda dan bertingkek-tingkek.

Masreena tak nak guna istilah atau ayat complicated, sebab Masreena takut ada yang tak faham. Tapi secara ringkasnya, Financial Planning sepatutnya terbahagi kepada 5 jenis:

Bil tetap (Fix Bill): 
Sewa rumah, Internet, TNB, Air, telefon, IWK, dan ASTRO.

Ansuran pinjaman (Fix loan):
Rumah, kereta, PTPTN, personal loan, ASB Loan

Bil Pemboleh Ubah:
Kad kredit, petrol, tol, parking.

Saving:
Apa-apa simpanan

Daily Spend:
Selepas ditolak 4 perkara di atas, Masreena tinggalkan untuk urusan harian. Contohnya makan minum, barangan dapur, dll.

Sebenarnya setiap satu kategori tu boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian. Contohnya untuk saving tu, boleh bahagikan kepada Takaful, Simpanan Tetap dan Simpanan Sementara dan Simpanan Kecemasan.

Takaful tu untuk protection. Malas nak ulang sebab, korang pun dah biasa kot kena paksa dengar ejen insurans bagi talk kan.

Simpanan Tetap ni yang korang takkan keluarkan untuk long term, contohnya FD, ASB dan Tabung Haji. Itu sesuai.

Simpanan Sementara ni lebih kepada kegunaan tahunan atau quarterly, contohnya servis kereta yang 3 bulan sekali tu, renew insurans road tax kereta, bayar cukai taksiran, bayar IWK, renew Lesen Memandu, Hari Raya Aidilfitri, melancong, birthday party dll terpulang pada gaya hidup korang... kalau dah jenis tiap-tiap kali valentine nak buat surprise, mahunya takde simpanan sementara kan?

Akhir sekali.... Simpanan Kecemasan. Contohnya kalau kita sakit atau tidak bekerja. Inilah sumber kewangan yang akan bantu kita nanti.


Sambung lagi entry akan datang :)


Sunday 26 October 2014

Siapa Kata GST Tidak Membebankan Rakyat?

Tadi aku pergi daftar peperiksaan untuk kursus profesional. Terkejut sangat aku bila baca jadual terbaru untuk tahun depan, bahawa apa-apa transaksi bermula April 2015 akan dikenakan GST sebanyak 6%. Maknanya, kalau kursus tu yuran pendaftarannya 4,000 maka akan kena cukai tambahan sebanyak RM240. Maknanya ko bayar RM4,240. RM240 tu rugi buta-buta je buat perserta kursus. Gila kan?

So pasni dah takde freedom lagi kalau nak belajar dan tambah ilmu untuk pembangunan modal insan. Ye lah, nak tuntut ilmu pun kena cukai jugak. So pasni tak payah la belajar.. yang perempuan pergi grooming ke apa buru lelaki kaya.... tak payah susah2 belajar... habis nak belajar pun kena cukai!! Lama-kelamaan..... biar perempuan Malaysia jadi BIMBO. Beauty without brain. Itulah kesan yang kerajaan kita mahu selari dengan dasar yang mereka sendiri implement.

Thanks sudi baca :)