Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Wednesday 28 January 2015

Masa Untuk Dapatkan Bedak Asas REVLON Murah!!

Baiklah baiklah....Allah s.w.t. tak pernah melupakan hamba-Nya yang bertawakal dan beriman... di sebalik pelbagai dugaan yang melanda setiap hari, such political works and conspiration within management level that i facing right now, which once you achieve that level then you can understand my shoes. Beside ada jugak berita baikk untuk beberapa hari ni... Antaranya, aku lulus dalam professional certicate aku tu. Tak sangka plak, di sebalik kejerihan aku ambil cuti a few days untuk exam, bayar exam fee beratus-ratus, kemudian sewa pula bilik hotel yang selesa untuk study sampaikan terpaksa top up duit sendiri, and lastly spend my car and cost to go back KL for exam... Which I dont need to spend such that amount if I still working in Putrajaya... what a suffer life right now! Akhirnya, tanpa diduga aku lulus exam tu.... syukur padamu Ya Allah...

One more thing yang Masreena happy sekarang ni...ialah SALE! Yeay! CHOP, sale bukan sebarang sale yang menghabiskan duit ye, tapi Sale untuk barang yang selalu kita beli tau... perbezaanya kita kuar modal lebih awal daripada biasa but in the same value of RM and we still got extra stock for our usage lah... Kalau biasanya Masreena spend RM100 untuk dua jenis bedak but if we alert with promotion or clearance sale kita boleh dapat 3. As simple as that....



Tadi baca dalam paper sekarang ni GUARDIAN ada promosi hebat untuk 4 hari ni. Yang lain-lain tu tak ambil port sangat, cuma mata tertancap pada Bedak Dua Cara atau Two Way Cake jenama REVLON Colorstay. Kebetulan my REVLON Photo Ready dah habis... tengah sakit otak nak beli kat mana yang murah, suddenly ternampak iklan promosi ni. OK, mungkin dah tiba masanya untuk Masreena try Colorstay pulak ke? :)



Harga yang ditawarkan tersangatlah murah iaitu daripada harga biasa RM68.88 turun sebanyak RM20 now RM48.88!! Woww... ini satu peluang hokeh!!! Kiranya ini harga paling murah yang boleh dibeli dalam malaysia... jangan banding dengan Thailand pulak kan, Thailand pun i pernah dapat murah tapi jenuh lah semata-mata nak cost to Thailand untuk beli make up... That's why i mentioned this is the best deal that we can reached in Malaysia... Jadi, ini lah masanya untuk kita berjimat :)

Baiklah, ini yang berjaya Masreena dapatkan. Itupun satu je, selebihnya macam goreng panass... dah habiss...


 
 Yang Photo Ready ni harga biasa tapi tertarik beli sebab ada free Refill Pack! Yang sebelah tu Colorstay seperti yang diwar-war kan. 


Jom pakat ramai-ramai terjah Guardian :))





Saturday 17 January 2015

Waktu Bila Nak Dapatkan Skincare Murah? Promosi Guardian SEKARANG!!

Baiklah.... saya harap entry saya ni sempat dibaca oleh semua pengguna produk Safi Rania Gold.

Kelmarin semasa berjalan-jalan cari handbag di Alamanda, mata saya tertancap pada tanda harga Safi Rania Gold ni dalam Guardian. Ada promosi!! Untuk 2 produk iaitu Serum dan Krim Siang SPF dari jenama ni.

Saya tak pasti lah harga normal untuk produk Safi Rania Gold ni, tapi mungkin boleh refer pada gambar ni yang saya baru snap di Jusco, IOI Mall Puchong:-

Kalau tak nampak boleh zoom sikit

Siapa ingat lagi entry saya yang kecewa sebab harga Safi Rania Gold naik harga sejak Nora Danish jadi duta tu? hehe... boleh refer entry tu. Jadi kalau ikutkan harga normal serum RM33. Sekarang ni di Guardian, ada 4 Days Special sehingga hari ini dengan harga RM23.88!! Tapi limited 3 je per customer. Ala tapi boleh je beli petang sekali, malam sekali, hehehe...

Saya pun tak tunggu lama, saya beli je terus buat stok beberapa bulan. Pasni dah tak perlu lagi fikir nak beli skincare bila habis. Krim siang masa tu tinggal satu je, tapi besoknya saya pergi IOI Mall, promosi yang sama di Guardian IOI. Tapi alhamdulillah krim siang dia banyak stok.... So saya borong pula 3 pack krim siang, maknanya ada 4 dah sekarang hehe....Sebenarnya krim siang ni beli banyak pun takpe sebab cepat habis. Jimat!


Ni hasil borongan hari pertama hehe... Krim siang tinggal satu je.

p/s
Masreena selalu limitkan expenses grocery sekali spend RM 100 sebulan. Bahan dapur (kering) sekali dengan skincare. Lepas ni boleh jimat sikit kalau dah tak perlu beli skincare lagi. Memang obvious jimat nya

p/s/s
GUARDIAN memang selalu buat offer meletop macam ni. That's why i selalu check out Guardian mana tahu ada promotion pada produk yang selalu kita beli ;)





Tuesday 13 January 2015

Kenapa Safi Rania Gold Tukar Duta kepada Nora Danish?

Ala... produk Safi Rania Gold dah naik harga.... sedihh

Haha... baru start entry je dah meroyan ek... mana lah tak meroyan kalau sana sini barang dan perkhidmatan dah naik harga.. padahal rate income sama je or if ada kenaikan pun sikit je tak boleh overcome kenaikan inflasi. GST belum pun mula lagi, tapi barang dah naik harga siap-siap. Perghhh

Rasanya hampir sebulan dah kot Safi Rania Gold tukar jurucakap produk. Duta lama adalah pelakon popular iaitu Rozita Che Wan yang mana if I m not mistaken RCW adalah duta perintis untuk Safi Rania Gold ni. Dulu kan cuma ada Safi Balqis je.

  
Rozita Che Wan

To be honest lah, I never noticed or care about local skincare ni.... in the first place i sendiri guna produk Alaisyah/Shurah yang murah tu... but since RCW dilantik sebagai jurucakap I pun baru aware tentang Safi Rania Gold tu....tapi masa tu cuma aware je. Sampailah ada seorang kawan i ni, Quality Manager yang berusia pertengahan 30an gunakan produk ni. I perasan masa overnight rumah dia lah... dalam bedroom dia penuh dengan skincare ni.. LOL. Tengok muka dia OK so I pun mulalah spend time & money to find this product's information. Akhir sekali jadi consumer terus.

Sebab apa? Sebab RCW dah gunakan Safi Rania Gold selama tiga tahun sejak dia dilantik menjadi duta pada penghujung 30an & you all sendiri tahu camane condition kulit muka RCW. Yes, i faham ramai yang akan deny fact ni.

"Selain Safi Rania RCW mungkin support dengan serum or product jenama lain which much more better than Rania Gold" atau "RCW pergi facial treatment yang hebat or any other advanced beauty treatment like injection" atau "RCW memang naturally beauty so no wonder lah skin dia cantik bukan sebab dia guna Safi Rania Gold"

Terpulanglah kepada individu, bagi saya kalau selebriti terkenal pun mengaku hanya gunakan Safi Rania Gold sebagai rejim kecantikan kulit dia, why not i try? dan yang paling utama is the price - affordable & worthable. Kenapa perlu kita cross ke produk termahal sedangkan yang jenama biasa kita boleh try dulu at least step by step? Unless if i belum puas hati barulah I will go to the next brand.

So OK, selepas 6 bulan i gunakan ramai kawan terdekat & family yang tegur tentang condition kulit muka i look better than previous. Syukurlah. Ada gak perubahan positif. Pipi pun dah kurang sikit jatuh....

So i pun teruskan penggunaan macam biasa sampailah tiba-tiba Nora Danish dilantik sebagai duta baru untuk produk Safi Rania Gold. 

Nora Danish.

Masa tu terkejut gak, ye lah i kan peminat Rozita Che Wan, hehehe.... tapi siapalah I untuk komen semua tu sebab that decision telah dibuat peringkat management Safi Rania selepas mengkaji setiap segi kot. I believed that is one of marketing strategy to put Nora as their spokeperson in terms of popularity, & juga pengaruh Nora buat masa sekarang ni... Ok fine. Perkara kecik ok. Tapi masa tu belum pergi Mydin lagi. Nak dijadikan cerita, bila pergi Mydin barulah sedar produk Safi Rania Gold dah naik harga sekali dengan tukar duta (Nora Danish) ni tadi.... 

Sebab apa dah naik harga? Sebab nak bayar Nora Danish satu hal... LOL... gurau je... sebab utama yang i nampak, Safi Rania Gold buat revolusi pada packaging nya... diorang tukar kepada bekas eksklusif pulak dahhh.... aduhh... saya ni tak kisah bekas tu kaca ke plastik, yang penting krim nya tu... 

Bahagian kiri tu packaging lama. Sebelah kanan yang baru. Produk yang guna packaging lama tu berbeza RM 5 jugak tau... sadis... dulu beli Daycrem RM 15 je sekarang hampir RM 20! Itu pun beli kat Mydin. Kalau beli tempat lain most probably more than RM 20 lah. 

Senang cerita semua dah naik harga dengan packaging baru ni.... tak kira lah Daycream, Night Cream, Serum, Toner, Scrub, Cleanser, Deep Cleanser, Eye Cream, dan Krim kecantikan (yang macam krim Safi time sekolah-sekolah dulu tu)

Ok revolusi packaging tu boleh dibezakan antara zaman RCW dengan Nora Danish melalui gambar di bawah....

Set Safi Rania semasa Rozita Che Wan jadi duta

Set Safi Rania yang terkini, lebih eksklusif. Seiring dengan peningkatan harga *nangis

Mungkin pengasas Safi Rania Gold ni nak bersaing dari segi penjenamaan dengan produk lain... that's why upgrade to exclusive packaging kan... produk dia so ikut suka hati dia lah... cuma impactnya pada pengguna harga sedikit dinaikkan utk tampung kos tu... o maigad....

Ada kawan-kawan sarankan Masreena tukar produk, masalahnya mana nak cari produk tempatan yang harganya masih berpatutan & mudah didapati. Bukan lah Masreena nak perkecilkan produk kecantikan usahawan Melayu, tapi masalahnya harga yang ditawarkan agak mahal. Sampai beratus-ratus ringgit, Selain itu Masreena pentingkan produk yang established dan ada RND. That's why susah juga nak cari pilihan kosmetik lain yang sesuai dengan keadaan Masreena yang usia hujung 20an, bekerja kawasan panas & debu serta selalu travel dengan condition iklim/cuaca yang silih berganti. Insy bila ada extra money baru boleh tukar ke skincare yang boleh glowing mowing lagi kan.

Baiklah sambung kisah rejim penjagaan kulit di next entry ya... Masreena nak cerita Facial Treatment yang the best (and of course affordable) that I ever experienced until now. Take Care :)





Saturday 10 January 2015

Betapa Pentingnya Kad Kredit Untuk Traveller

Entry Date: 2013
 
Saya suka kad kredit sebab ada banyak cashback (diskaun sebenarnya). Boleh refer entry INI

Tapi disebalik kelebihan sebenarnya ada bad sided juga.

Kesian my boss sebab katanya dia 'dirompak' USD 799 melalui kad kredit. Kalau convert ke Malaysia hampir 3 ribu, banyak tu kan??? And it just pay for nothing! Nauzubillah minta Allah s.w.t. jauhkan kita daripada semua tu.


Persoalan yang Masreena dah tanya pada boss:

Camane boss boleh perasan transaction palsu tu dan apa tindakan selepas itu?
Boss jawab dia terima SMS notification yang biasa diterima setiap kali buat transaction menerusi kad kredit. Terkejut dengan transaction yang dibuat di USA itu, membuatkan beliau call ***Bank serta-merta untuk terminate kad kredit tu.

Pihak ***Bank ada tak call tanya betul ke tak transaction tu sebab dibuat di luar negara sedangkan sebelum guna kad kredit di luar negara kita akan call bank dulu untuk safeguard/verification/request temporary credit limit?
Bank tak call cuma boss dapat SMS notification seperti biasa.

Sebelum ni pernah tak boss terkena kejadian seumpama?
Pernah, ini kali kedua.
(masa ni aku dah start buat judgemental)

Kenapa boss tak terminate je kad kredit pada masa tu sebelum kejadian yang sama berulang sepertimana hari ni?
Menurut boss saya memang dari dulu beliau berhasrat nak terminate tapi atas beberapa sebab keinginan itu ditangguhkan iaitu sebagai Standby dan tujuan OVERSEA/TRAVEL.

Berapa lama dah bos guna kad kredit ini dan siapa lagi yang pernah tengok/tahu butiran penting dalam kad kredit?
Lama sangaaaat dah pakai kad kredit ni. Yang tahu dulu pernah buat transaction online di Johor, mereka call tanya 3 nombor di belakang kad.

Alasan bos saya terhadap kad-kad kredit itu sangat munasabah iaitu untuk tujuan Outstation/Travel/Oversea. Booking flight, hotel, dan ada premis yang tak gunakan cash langsung dan bukan sebarangan kad kerana mereka terima world wide credit card sahaja. Selanjutnya mungkin kita boleh bincangkan di entry lain selepas ni.

Jadi ibarat menarik rambut di dalam tepung saya cadangkan boss saya untuk call ***Bank Card Centre untuk batalkan transaction, selain batalkan kad kredit itu sendiri. Sebab saya khuatir ***Bank cuma terminate kad kredit tanpa batalkan transaction tidak sah tersebut. Namun boss saya mengatakan dia telah pun request pembatalan transaction palsu itu dan menurut nya, transaction itu masih floating dan belum appear dalam system.

Tindakan cepat boss memang dipuji untuk bendung masalah tu. Saya percaya masih sempat ***Bank batalkan transaction palsu tu sebab payment masih floating dalam system.

Lagi satu saya percaya.... bahawa setiap financial tools/finance yang dah lama digunakan mesti terminate/reapply atau diperbaharui supaya boleh buat record/agreement baru. Jadi rekod lama dan butiran kad yang pernah kita gunakan untuk buat transaction sebelum ni takkan boleh diguna pakai pada masa akan datang. Itulah yang saya selalu amalkan dan perkara lebih kurang sama pada harta benda lain.

If possible I also suggest reader to change your password that you used in internet banking, confidential email and website, pin number in ATM card etc once a year. This is one of the way to secure our financial safeguard. Jangan apabila sudah berlaku insiden barulah menyesal.