Saya memang alert sebab 3 HARI SEBELUM RAYA 2013 saya berbincang dengan Nik untuk tukar baucar daripada Maybank sama ada Tesco, Metrojaya atau Parkson. Nik nak gunakan point nya sebanyak 100,000 tu untuk ditukarkan kepada baucar Metrojaya untuk beli baju raya anak katanya.
Jadi saya dengan bersemangat nya buka website Maybank untuk rujuk berapa banyak point yang diperlukan untuk tukar sekeping baucar. Berdasarkan website Maybank, 11,000 points bersamaan dengan RM50 baucar TESCO/Carrefour. Manakala baucar Metrojaya dengan bilangan yang lebih rendah. Mungkin sebab barang di Metrojaya agak mahal sedikit.
Jadi saya SMS Nik bagitahu dia dengan point 100,000 dia boleh tukarkan dengan RM450 baucar Tesco! Hebat kan?
Tapi hari ni Raya ke-lima, bukak website Maybank terkejut dengan harga baucar dah meningkat! Cuba lihat bukti di bawah saya tunjuk dengan arrow.
Terkejut dan kecewa sangat rasanya sebab harga baucar semakin meningkat. Kalau dulu cuma kumpulkan 11,000 points untuk dapatkan RM50, kini kena kumpulkan lebih banyak point iaitu 13,750 untuk dapatkan amaun yang sama =(
Kalau lihat pula pada baucar Harvey Norman, Parkson dan Metrojaya lebih rendah pulak nilainya iaitu cuma 12,500. Pulak dah
Nampaknya Maybank Treat Points telah mula untuk mempermainkan pengguna. Mungkin selama ni baucar Tesco, Carrefour (AEON Big), dan Mydin lebih popular! sebab boleh digunakan untuk KEPERLUAN BULANAN seperti barang-barang dapur berbanding baucar yang lain lebih kepada kehendak. Iye lah kan... bukan tiap-tiap bulan orang beli perabot di Harvey Norman atau tiap-tiap bulan beli pakaian berjenama di Metrojaya kan?
Apalah nasib sebagai pengguna kan... Hmmm apa pun jangan putus asa... Memandangkan baucar barangan grocery meningkat, saya akan beralih pada baucar yang lebih murah untuk ditukar. Metrojaya & Parkson mungkin boleh gunakan untuk ditukar dengan baju raya atau parfume. Bukankah salah satu cara yang kreatif juga. Cumanya kena pulakk lah tunggu setahun kan untuk kumpul point, maklumlah raya kan setahun sekali. Tak pun kalau susah sangat, after this kita riki kad kredit lain pula nak?
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)