Hari ni nak share cara berjimat dengan contact lens. Bukanlah harga contact lens sapa mahal sapa murah yang nak dibahaskan kat sini tau... tapi dari segi material handling. Kalau nak cerita pasal jenama sampai sok pagi pun tak habiss
Sebelum tu nak brief dulu kenapa saya alternate cermin mata dengan contact lens.
1) Cermin mata membuatkan mata mengecil, ke dalam, meninggalkan tanda hitam dan meningkatkan power mata dalam jangka masa panjang. Kebaikkannya tahan lasak dan praktikal
2) Kanta lekap takkan meningkatkan power... tapi keburukannya risiko infection & mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
3) Untuk dapatkan kebaikan kedua-dua nya better alternate kan penggunaan... jangan terlalu fokus pada salah satu je
Selain tu kalau pakai contact lens maybe nampak lebih cantik & menarik kot.. mekap akan lebih terserlah kan... cewahh
Before and After. Lihat, pakai spect tak nampak mekap nanti.. cewahh
Berjimat semasa pengendalian contact lens dengan memiliki ketiga-tiga larutan tersebut:-
1) Multi purpose solution (semua orang gunakan ni utk semua proses)
2) Saline water
3) Pelembap mata (macam eye mo tu)
Multi Purpose Solution
Silap besar kalau guna multi purpose solution untuk semua jenis hygiene handling iaitu mencuci, membilas, merendam, dropping, dan eye wetting. Sebabnya, multi purpose solution ni MAHAL iaitu sebotol besar mencecah RM 18 sebotol... bayangkan lah kalau semua proses tu ko guna MPS ni berapa banyak belanja nak keluar
Sedangkan proses mencuci dan membilas contact lens boleh gunakan hanya Saline Water je.. Tujuan mencuci dan bilas ni untuk protein removed dan cegah infection lepas kita pakai. Titiskan Saline Water, gosok permukaan depan dan belakang contact lens dengan lembut, kemudian bilas. Barulah direndam/simpan dalam casing yang diisi dengan larutan Multi Purpose Solution. Kalau boleh tukar air rendaman hari-hari
Multi Pupose Solution sebagai air rendaman dalam casing
Saline Water berharga RM 4 je sebotol besar.. this way still can fulfill hygiene requirements with minimum cost. Jimat duit kan...suka tak? =)
Pastu masa nak pakai contact lens cuci balik dengan saline water. Barulah drop Multi Purpose Solution dan pakai ke mata
Semasa pakai kalau rasa mata kering, drop eye wetting ni ke mata. Kalau biarkan kering nanti contact lens tertanggal dan cicir... takpun kalau tengah makan akan terjatuh lalu tercampur dengan nasi hihi..
Lebih kurang RM 8 sebotol kecik ni.
Tapi selalunya saya jarang beli eye dropping ni. Saya bawak Multi Purpose Solution packaging kecik dalam handbag je dan gunakan sebagai ganti Contact Lens Drop ni.. bukan apa, hasilnya tetap sama cuma jimat lah sikit... lagipun bawak MPS boleh bukak dalam washroom dan cuci2 dulu contact lens tu kan...
Itu saja dan selamat berjimat dengan cara yang selamat =)
Berapa lama mps solution tu boleh di gunakan?
ReplyDeleteBerapa lama mps solution tu boleh di gunakan?
ReplyDeleteBerapa lama mps solution tu boleh di gunakan?
ReplyDelete