Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Thursday 16 July 2015

Pengalaman beli Hot Steamer yang murah di Magic Boo!

Assalam.. lama giler kott aku tak update blog ni.. bukan apa, asyik rasa malas je... sampaikan isu GST pun aku terlepas update. Tapi takpe, sehari dua ni aku akan update ke belakang topik-topik yang tertangguh..

Hari ni semangat nak update blog sebab, ESOK RAYA! Yahooo..... tapi sebenarnya, aku sedih gak lah hari ni, sebab aku dah seminggu period, dan sebaik sahaja suci daripada hadas terus jatuh hari terakhir Ramadhan. So sempat lah aku puasa 1 hari terakhir ni sebelum raya menjelma.

Pagi tadi aku buat qiyam, rasa macam tak puas je dan rasa sayang bila Ramadhan kali ni terasa cepat je berlalu... what to do kan? Insya Allah, aku berdoa pada Allah s.w.t. supaya tahun depan dapat merasai sekali lagi Ramadhan. 

Nasib baik bulan Ramadhan ni setiap hujung minggu aku balik kampung. Tapi minggu terakhir dah nak raya ni, aku balik kampung lambat, sehari sebelum raya ni (Khamis). Padahal warga kota dah ramai mula meninggalkan ibu negara sejak hari Selasa. Bukan apa, aku baru je dapat cheque Isnin & Selasa, so semua sekali clear hari ni.. betul2 sehari sebelum Raya besok (Jumaat). So terpaksa lah tunggu. Bukan apa kalau tak tunggu dan main balik terus je untuk raya nanti aku takde bekalan & safeguard langsung nak balik raya. Mana tahu ada emergency ke apa kan. 

Lepas settle je issue cheque untuk draw duit, settlekan kad kredit & terminate aku pun terus ke Sg. Wang Plaza. Kalau ikutkan dah takde balance dah duit sebab aku buat full settlement pada kad kredit tu so kena bayar lump sump, banyak jugak 4 ribu lebih woii (nanti aku cerita dalam entry lain). Tapi pergi Sg. Wang ni aku guna duit sewa bilik tenant aku tu. Bajet RM 300

Untuk pengetahuan korang, aku dah lama carik Hair Treatment Machine untuk buat rawatan rambut ni. Ada jugak salun panggil Hair Spa, Hot Steamer atau Hair Steamer. Aku nak buat sendiri rawatan rambut kat rumah sebab kat luar paling murah or cikai pun RM 80. Kalau yang canggih sikit RM 200 - RM 300 ke atas. Mahal kan?? Harga tu bergantung pada product, kalau salun rambut tu guna product Redken atau Kerastas'e mesti mahal beratus-ratus.. sekarang dah tambah GST lagilahhh.. kalau tak percaya boleh cek di Deals Big Sale atau Groupon.

Ni lah dia rupa Hot Steamer / Hair Spa / Hair Treatment Machine tu. Ada gak yang panggil Apollo machine, hehehe

Image result for hair treatment machine Image result for hair treatment machine 

Image result for hair treatment machine
Sekarang dah ada macam-macam bentuk dan rupa.

Sebab apa kena buat Hair Treatment ni? Sebab kalau korang buat sendiri perap krim, takut khasiat dalam treatment cream tu tak absorb sepenuhnya! Sebab tujuan Hair Treatment ialah:

- Kepala kita yang sering berpeluh / di syampu / diwarnakan / dll akan mengandungi lapisan ber plastik di kulit kepala yang menyebabkan liang rambut kita tersumbat.

- Kalau kita buat rawatan rambut sendiri di rumah guna micro treatment cream ia kurang diserap oleh kulit kepala disebabkan lapisan yang saya sebut tadi dah menghalang penyerapan.

- so untuk mencairkan lapisan plastik tu tadi lah kita perlukan Hot Steamer, seterusnya membuka liang kutikel di kulit kepala untuk menyerap khasiat bahan / krim yang kita guna tu secara optima.

Faham dah kenapa kita perlukan hot steamer? Semua fakta ni Masreena dapat daripada beautician dan hair stylist jugak. Which is logik lah kan? Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam. So untuk lebih lanjut, cuba tengok diagram dari Instagram ni.



Nampak tak betapa bagusnya buat rawatan wap rambut ni? Selama ni manjang je plan nak buat treatment rambut tapi selalu tak konsisten disebabkan masalah kewangan... dah buat bulan January, bulan February pun buat tetiba bulan March tak buat sebab bulan tu nak guna duit urgent, hehe... itu je lah cycle nya kan? Masreena percaya ramai yang macam tu jugak... sebab di Malaysia kalau nak cantik kena keluarkan kos yang tinggi. So baik kita ikut macam Rozita Che Wan, hair treatment body scrub semua buat kat rumah je.. patutlah cantik sebab semua rutin tu buat sendiri je dan jadi sebahagian daripada hidup dia tanpa keluarkan afford & wang yang banyak... bukan macam kita ni kononnya tunggu bila dah ada duit lebih (padahal entah bila lah nak ada extra money kan? kalau ada lebih pun sayang nak guna duit tu baik buat benda lain betul tak?  :)

Masreena terbaca pengalaman Faezah Elai dalam Majalah Rapi. Dia BELI SENDIRI mesin hot steamer sebab senang, buat kat rumah je sambil tengok TV. Masa tu baru terfikir, artis pun boleh buat sendiri kenapa bukan kita kan? So selama beberapa kali jugak Masreena survey hot steamer ni... The Mines ada, IOI Mall ada, IOI City pun ada.... tapi asyik tak jadi beli je sebab rasa mahal.. RM 250 yang buatan Taiwan, yang China RM 200. Pastu lepas pergi IOI City lagilah mahal, RM 275 belum masuk GST! Aduhh.... saya pun patah balik ke The Mines tiba-tiba pun sama jugakk dah naik harga jadi RM 275 jugak belum GST lagi! Mak oii berapa kali ko nak naik harga sedangkan barang tu manufactured sebelum GST??

Tu yang nekad pergi Sg. Wang Plaza je tengok... Menurut Hair Stylist Afra, supplier rambut ni ada 3 kedai, SKL, PCQ dan Magic Boo. Try tanya dari kedai ke kedai semua pakat-pakat RM 300 lebih! Mak aih... dah la ada 300 je duit ni... sampailah ke Magic Boo yang tengah renovation, tanya punya tanya tiba-tiba guess what? RM 200 je! 

Masa aku datang ni Magic Boo tengah buat offer.... hamik ko, renovate ke tak renovate still gak buat offer meletop!

Syukur alhamdulillah... akhirnya ada jugak kedai yang murah! Tunggu apa lagi terus je aku beli! Tak tunggu dah aku... sebelum naik harga baik sambar dengan segera. Lagipun Magic Boo makin presentable sekarang ni, staff pun friendly & baik, siap wish Happy Hari Raya lagi kat aku! Terharu kejap :)


Selain itu banyak barangan Spa yang dijual... serious best... tadi masuk SKL dan kedai lain taklah sebesar ni... Magic Boo yang baru ni, selesa lah sikit ko nak tengok-tengok barang kan.

Set bersauna pun ada. Aku try jugak cari set bertangas tapi tak jumpa. Oh ya, pasal bertangas ni Masreena akan buat entry lain ye.. :)

Mula-mula aku ingat yang ini hot steamernya. Sekali bukan. Ini sebenarnya hair dryer.

Pastu bila korang dah ada hot steamer, macam-macam korang boleh pilih produk rawatan.



Aku beli case kecik tu untuk transfer lipstik2 yang dah patah. So nanti apply guna brush je. Kalau tengok situ, semua travel packaging ada jual macam di Guardian dan Watson.


 Sambung balik usha-usha barang. Mesin banyak-banyak ni untuk kegunaan Slimming Centre kot.. aku nak cari Hot Roller nak tengok harganya tapi tak jumpa pulak.... 

Jacuzzi


Sementara tu diorang test Hot Steamer yang i nak beli. dan diorang pasang terus untuk aku. So aku bawak balik tanpa kotak je. Senang. 


Happy je diorang... staf sini friendly.. baik-baik Chinese ni semua, tadi pergi SKL sombong giler kedai tu... menyampah aku.. dah la mahal! Nasib baik aku datang Magic Boo ni. Kalau tak rugi je beli harga 300 lebih tu

Ok, dah nampak kuar stim nya. Lulus. 

Pastu aku tolak je ke Ladies Parking hot steamer ni sebab ada roda kan. Tu sebab aku suka bukak terus je keluar kotak, kalau tak malas dah nak pasang kat rumah. Pasal angkat ke kereta takde hal, diorang boleh hantar guna troli.

So masukkan dalam seat belakang je macam ni. Kaki boleh cabut je.


So bila dah sampai rumah keluarkan je dah boleh guna terus! Buat masa ni aku letak di ruang tamu je dulu. Takde space dah bilik, tapi takpe next a few months ada tenant nak keluar, so time tu boleh arrange balik mana nak simpan. No hal.

Alhamdulillah, selesai sudah satu tugasan. Happy dan puas hati... setiap benda yang kita beli mesti nak puas hati supaya takde bad experience yang terpaksa dikenang hehe... aku nak yang baik-baik je dalam hidup ni. Oh ya, sebelum ada yang bertanya, treatment cream yang Masreena guna ada banyak jenis, kebanyakannya dapat percuma je sebab menang contest. Masreena prefer guna santan kelapa, sebab rambut akan jadi sihat dan shining... giteww.... takde contoh  nak tunjuklah, sebab aurat kan.   :)

Hopefully entry Masreena ni dapat bantu adik-adik di luar sana mahupun madam-madam di luar sana yang peka pada kecantikan tapi masih nak berjimat. Insya-Allah, semoga bertemu lagi pada masa depan dengan entry yang bermanfaat. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

"Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin"





3 comments:

  1. Harga berapa hot steamer? Apa kegunaan treatment cream?

    ReplyDelete
  2. Harga berapa hot steamer? Apa kegunaan treatment cream?

    ReplyDelete

Kalau suka tinggalkan komen =)