Mungkin ofismet bukan 
menjadi kawan yang berada di sisi kita ketika dalam kesusahan tetapi 
setidak-tidaknya mereka berupaya menjadi teman sepejabat yang saling 
melindungi atau lebih bagus lagi, kehadiran mereka memberikan kebaikan 
selain ruang lingkup skop kerja seharian.
Sepanjang
 terlibat dunia pekerjaan, telah banyak kawan-kawan yang bukan sahaja 
bergelar ofismate/company-mate, tetapi turut membantu saya membina jati 
diri yang teguh melalui pengalaman yang mereka kongsi sebagai panduan 
penting untuk saya. Terlalu ramai sebenarnya dan jasa mereka tak 
terbalas.
Tetapi hari ini saya 
ingin bercerita tentang ofismet saya, Saipulbahari (safety supervisor) 
dan Norriza (clerk). Saya rasa sangat bertuah mengenali Saipul kerana
1.
 Membuka mata saya bahawa seorang 'pesara' ejen insurans mampu hidup 
senang walaupun menganggur 6 bulan. Bagaimana saya tahu, masa mula-mula 
mengenali Saipul saya pelik tengok lifestyle dia seolah-olah seperti 
lifestyle seorang manager. Dah la beli rumah di Putrajaya (semua orang 
tahu harga tanah di Wilayah Persekutuan bukanlah murah), menganggur 
selama 6 bulan pulak tu dan paling mengejutkan siap ada maid lagi! 
Setelah
 dirisik, barulah terbongkar bahawa semasa umur 20an dia seorang agent 
Takaful Ikhlas secara sepenuh masa (full time). Kini setelah berumur 34 
tahun, beliau cuma menikmati hasil komisyen  sebagai passive income.
Alang-alang
 dia ejen Takaful Ikhlas, aku turut daftarkan Maisarah untuk skim tu dan
 sekarang otw untuk diri aku sendiri. Apa-apa hal senang, sebab dia 
pemastautin tetap Putrajaya.
2. Beliau juga 
memberitahu “loop hole” untuk daftarkan maid Indonesia secara SAH dengan
 hanya bermodalkan RM1,200 berbanding RM5,000 (atau lebih) melalui ejen.
3. Melalui beliau saya dapat info lengkap tentang kemudahan infrastruktur dan aktiviti sosial sekitar Putrajaya.
4.
 Beliau juga menerangkan laluan untuk seorang entry level, fresh 
graduate, dan Engineer untuk menjadi seorang Safety Officer. Sebenarnya 
maklumat tersebut boleh diperoleh di website NIOSH kalau nak double 
confirm.
5. Melalui dia aku renew insurans dan road tax kereta sebab dia ejen myeg.com
6.
 Baru aku tahu Pusat Perubatan mana boleh dapatkan khidmat bersalin yang
 terbaik dengan bayaran minima dan siap dapat FREE urut selepas 
bersalin!
.....sambung 


 