Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Monday 20 June 2011

Kebaikan Bermastautin Di Satu Tempat - Networking

...salah satunya, secara tak langsung kita dapat bina contact yang kukuh berbanding kalau kita gemar berpindah randah atau bertukar-tukar tempat kerja.

Mungkin ofismet bukan menjadi kawan yang berada di sisi kita ketika dalam kesusahan tetapi setidak-tidaknya mereka berupaya menjadi teman sepejabat yang saling melindungi atau lebih bagus lagi, kehadiran mereka memberikan kebaikan selain ruang lingkup skop kerja seharian.

Sepanjang terlibat dunia pekerjaan, telah banyak kawan-kawan yang bukan sahaja bergelar ofismate/company-mate, tetapi turut membantu saya membina jati diri yang teguh melalui pengalaman yang mereka kongsi sebagai panduan penting untuk saya. Terlalu ramai sebenarnya dan jasa mereka tak terbalas.

Tetapi hari ini saya ingin bercerita tentang ofismet saya, Saipulbahari (safety supervisor) dan Norriza (clerk). Saya rasa sangat bertuah mengenali Saipul kerana

1. Membuka mata saya bahawa seorang 'pesara' ejen insurans mampu hidup senang walaupun menganggur 6 bulan. Bagaimana saya tahu, masa mula-mula mengenali Saipul saya pelik tengok lifestyle dia seolah-olah seperti lifestyle seorang manager. Dah la beli rumah di Putrajaya (semua orang tahu harga tanah di Wilayah Persekutuan bukanlah murah), menganggur selama 6 bulan pulak tu dan paling mengejutkan siap ada maid lagi!

Setelah dirisik, barulah terbongkar bahawa semasa umur 20an dia seorang agent Takaful Ikhlas secara sepenuh masa (full time). Kini setelah berumur 34 tahun, beliau cuma menikmati hasil komisyen sebagai passive income.
Alang-alang dia ejen Takaful Ikhlas, aku turut daftarkan Maisarah untuk skim tu dan sekarang otw untuk diri aku sendiri. Apa-apa hal senang, sebab dia pemastautin tetap Putrajaya.
2. Beliau juga memberitahu “loop hole” untuk daftarkan maid Indonesia secara SAH dengan hanya bermodalkan RM1,200 berbanding RM5,000 (atau lebih) melalui ejen.
3. Melalui beliau saya dapat info lengkap tentang kemudahan infrastruktur dan aktiviti sosial sekitar Putrajaya.
4. Beliau juga menerangkan laluan untuk seorang entry level, fresh graduate, dan Engineer untuk menjadi seorang Safety Officer. Sebenarnya maklumat tersebut boleh diperoleh di website NIOSH kalau nak double confirm.
5. Melalui dia aku renew insurans dan road tax kereta sebab dia ejen myeg.com
6. Baru aku tahu Pusat Perubatan mana boleh dapatkan khidmat bersalin yang terbaik dengan bayaran minima dan siap dapat FREE urut selepas bersalin!

.....sambung 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)