Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not about to cut everything's fun in your life, we still spend but only in minimum cost to optimize your satisfaction. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM.

Tuesday, 29 July 2014

GST belum lagi tapi barang dah naik harga!

Hai... still dalam mood raya. Entry yang lepas saya dah bagitahu cara berjimat dengan Salinity Water untuk cuci/bilas contact lens kan. Semalam saya masuk Guardian, terkejut sangat sebab MPS travel pack yang saya selalu beli dengan harga RM6.50 sebelum raya tiba-tiba dah naik RM7.30!

Inilah Multi Purpose Solution (MPS) yang dimaksudkan tu. Memang saya prefer beli travel pack je sebab saiznya yag slim boleh masukkan dalam handbag untuk dibawa ke mana-mana. So boleh eye drop bila masa perlu.

Tengok... terletak elok je dalam handbag tak payah beli eye drop pun takpe. Tak yah pening-pening

So bila harga dah jadi RM7.30 untuk travel pack 60 mL.. Terus tak jadi beli... Bukanlah kedekut, masalahnya tak puas hati barang cepat sangat naik.. itu baru benda kecik tu, tak leh imagine barang2 lain yang lagi besar... semuanya naik kott

Pastu tadi saya pergi The Curve, masuk WATSON plak... sama gak harganya.. namun bila check MPS yang lain mata tertancap pada jenama yang ni:

RM4.80 je travel pack bersaiz 100 mL. Pasni belum tentu jumpa kat tempat lain so better saya rembatt dua terus!! Siap free case! 

Even besar sikit nak masuk dalam handbag tapi still ok lah kot... tak sanggup rasa nak beli MPS besar-besar yang mahal... lagipun 1 botol MPS ada had limit masa, once dah bukak tahan 3 bulan macam tu je.. imagine le kalau beli botol besar, tak ke membazir?

Still jimat... rasanya sampai hujung tahun tak perlu beli MPS ni. Tapi jangan tak tahu, 1 botol ni boleh tahan lama sebab saya cuci/bilas guna larutan lain. Jadi jimat banyak MPS ni.. boleh refer entry lepas: SINI






No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)