Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 17 January 2015

Waktu Bila Nak Dapatkan Skincare Murah? Promosi Guardian SEKARANG!!

Baiklah.... saya harap entry saya ni sempat dibaca oleh semua pengguna produk Safi Rania Gold.

Kelmarin semasa berjalan-jalan cari handbag di Alamanda, mata saya tertancap pada tanda harga Safi Rania Gold ni dalam Guardian. Ada promosi!! Untuk 2 produk iaitu Serum dan Krim Siang SPF dari jenama ni.

Saya tak pasti lah harga normal untuk produk Safi Rania Gold ni, tapi mungkin boleh refer pada gambar ni yang saya baru snap di Jusco, IOI Mall Puchong:-

Kalau tak nampak boleh zoom sikit

Siapa ingat lagi entry saya yang kecewa sebab harga Safi Rania Gold naik harga sejak Nora Danish jadi duta tu? hehe... boleh refer entry tu. Jadi kalau ikutkan harga normal serum RM33. Sekarang ni di Guardian, ada 4 Days Special sehingga hari ini dengan harga RM23.88!! Tapi limited 3 je per customer. Ala tapi boleh je beli petang sekali, malam sekali, hehehe...

Saya pun tak tunggu lama, saya beli je terus buat stok beberapa bulan. Pasni dah tak perlu lagi fikir nak beli skincare bila habis. Krim siang masa tu tinggal satu je, tapi besoknya saya pergi IOI Mall, promosi yang sama di Guardian IOI. Tapi alhamdulillah krim siang dia banyak stok.... So saya borong pula 3 pack krim siang, maknanya ada 4 dah sekarang hehe....Sebenarnya krim siang ni beli banyak pun takpe sebab cepat habis. Jimat!


Ni hasil borongan hari pertama hehe... Krim siang tinggal satu je.

p/s
Masreena selalu limitkan expenses grocery sekali spend RM 100 sebulan. Bahan dapur (kering) sekali dengan skincare. Lepas ni boleh jimat sikit kalau dah tak perlu beli skincare lagi. Memang obvious jimat nya

p/s/s
GUARDIAN memang selalu buat offer meletop macam ni. That's why i selalu check out Guardian mana tahu ada promotion pada produk yang selalu kita beli ;)





No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)