Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Tuesday 17 February 2015

Kembali Ke Jenama Freshkon....

Sepanjang outstation ke Sg. Rengit, Pengerang di negeri Johor memang pelbagai masalah timbul untuk sesuaikan diri dengan keadaan di sana. Salah satu nya maintainance diri... eceh...LOL

Kat sana terputus hubungan dengan kawasan bandar, kalau nak pergi Johor Bahru (JB) atau sekurang-kurangnya Pasir Gudang sekalipun terpaksa tempuh driving SEJAM then jangan lupa tol RM 8.90 tu. Pergi-balik je RM 17.80 tau... giler... sayang duit woiii

So tu yang Masreena main rembat je kedai optik di pekan Sg. Rengit tu. Beli contact lens sebab ada function. Ingatkan OK, dah harganya pun RM 50 sepasang contact lens yang boleh bertahan 3 bulan. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Tapi bila pakai, aduhh.... lembik sangat contact lens nya... tak boleh melengkung untuk titiskan solution.... kerja 5 minit jadi 15 minit sebab faktor tu... Itu belum lagi sekerat hari lagi nak buka untuk re-wet kan contact lens tu... lagi tambah 15 minit.. giler, stress ko

Sapa tahu jenama Freshkon?? jenama contact lens yang tak perlu diperkenalkan lagi. Freshkon ni asalnya jenama contact lens Alluring Eyes pada awal kemunculan. Masa tu i study universiti. 

Nak dijadikan cerita, masa surf website Deals Big Sale ternampak lah promosi Freshkon ni.

Dah lama tak nampak jenama Freshkon buat promosi. Ada promosi 2 pasang RM69 je. Kira ok lah tu selalunya paling murah pun RM 60 sepasang, ini diskaun 40% jugak tu. 


Warna-warna yang ada dalam Freshkon. Bahagian bawah tu warna lama. Bahagian atas tu dah ada penambahan warna-warna baru. Masreena pernah try yang lama tu Misty Gray. Memang terang warnanya.Kalau beli contact lens memang prefer warna kelabu sebab bila buat Smokey Eyes ia akan menyerlah sesangat.... gitu...

So saya pun purchase lah voucher tu. Beli dua voucher terus maknanya 4 pasang. Senang. Pasni 4-5 bulan boleh fikir barang lain tak perlu cari contact lens lagi. Macam tu lah nak urus. Korang beli voucher ni, tengok terms and condition dulu. Kena pick up sendiri selalunya. Dan tempat untuk ambil tu terhad di outlet tertentu je, so buat lah pilihan yang tak menyusahkan. Macam Masreena pilih Focus Point di Berjaya Times Square.

Pilih Berjaya Times Square sebab dah tahu tempatnya kat mana plus Times Square ni ada public transport. Nak drive pun parking senang, boleh parking tepi jalan sebelah sekolah Cina tu je. Lepas ambik contact lens terus blahh. Tapi mesti booking dulu by phone tau... takut takde stok. 

Masreena ambil warna yang ada ready stock... malas nak tunggu supplier. So warna Shimmering Grey nasib baik ada. Glittering Blue tu tak pilih pun, tapi warna ini je yang ada ready stock untuk power yang dikehendaki. Malas nak tunggu supplier, sebab supplier on after CNY. Aku dah balik Johor dah masa tu. So grab je lah mana-mana colour yang ada... biru pun cantik jugak apa?

Hamikk ko 4 pasang teruss... stok 4-5 bulan gitew....dengan separuh harga. OK lah kan?

Lepas tu tunggu resit dulu. Buat nya dah bukak packaging tetiba contact lens nya dah koyak tak ke rugi.... so simpan resit untuk standby.... pernah berlaku ye, aku beli contact lens, bukak je tetiba koyak....tapi bukan jenama Freshkon ni...


So after this Masreena nak beli contact lens yang jenamanya established je...malas nak try jenama yang kita tak tahu... nanti takut lembik lah or masalah lain pulak... jenama yang OK macam Lacelle, Freshlook, Freshkon.... or if ada lagi jenama yang OK boleh rekemen pada Masreena ye... 


Thanks sudi baca :)





3 comments:

  1. Assalam...nak tanya masa pakai lense tu ada tak rasa macam nampak ring lense berwarna tu...? Sy ada beli color grey,tp bila pakai mcm nampak je warna lense tu...ke sy slh pakai..😞😒

    ReplyDelete
  2. sayajual lens freshlook n freshkon..harga freshlook rm20..freshkon rm33..0172546733..utk sbrg prtanyaan

    ReplyDelete
  3. sayajual lens freshlook n freshkon..harga freshlook rm20..freshkon rm33..0172546733..utk sbrg prtanyaan

    ReplyDelete

Kalau suka tinggalkan komen =)