Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 27 June 2015

Resipi Nasi Ayam Hanieliza yang mudah dan sedap!

Bulan puasa ni teringin sesangat tekak ni nak makan Nasi Ayam... tapi malas nak beli di kedai atau pasar ramadhan sebab takut tak sedap atau tak puas makan...

So datanglah idea nak buat sendiri nasi ayam... ye lah, sampai bilalah asyik nak beli kat luar je... buat kaya orang je... kalau 10 kali teringin nasi ayam takkanlah 10 kali jugak berulang ke kedai kan? Tu yang gagahkan diri untuk try inisiatif buat sendiri

Untuk kurangkan kebimbangan tak reti masak tu, import kawan baik yang agak pandai masak... even dia tak pernah masak sendiri nasi ayam & cuma dia selalu masak kalau balik kampung,,, tapi orang yang biasa masak ni tangan dia confirm menjadi je... aku percaya yang tu

pastu Masreena pun pergilah beli ayam SEPARUH ekor je kat kedai runcit depan rumah ni dengan bahan-bahan yang lain tu... tak banyak pun beli halia bawang cili merah gitu-gitu je... yang lain bahan nya dah ada dalam dapur mcm kicap beras tu semua.... ok kita buat lagkah demi langkah yang teramatlah senang


Langkah Pertama....

Rebus ayam macam nak buat sup ayam tu iaitu masukkan sekali 4 sekawan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga tu. Kawan aku tu masukkan sebungkus sup bunjut dalam sup tu

Langkah Kedua....

Bila ayam dah masak keluarkan dan lumurkan dengan kicap manis. Ketepikan

Langkah Ketiga....

Air rebusan tu tadi gunakan untuk masak nasi ganti air biasa. Sukatan air rebusan tu ikut sukatan beras iaitu kalau 4 pot beras maka 4 pot juga air rebusan ayam. Masukkan garam & daun pandan then on kan periuk nasi biarkan nasi tu masak.

Langkah Ke-empat...

Sementara tunggu nasi masak, bolehlah goreng ayam, buat kuah sup, kuah kicap dan kuah cili nya.

OK untuk buat kuah cili hanya buat macam nak buat sos cili cuma korang gunakan cili merah yang segar tu, bawang putih dan blender kan bersama. Kemudian rebus dalam kuali, campurkan cuka, garam dan gula dan biarkan hingga likat baru angkat.
Kuah sup pula gunakan baki air rebusan tadi masukkan jeruk masin, garam dan didihkan. Angkat
Kuah kicap pula ambil kuah kicap perapan ayam tadi, tambah sikit kuah sup dan didihkan. Angkat
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam tadi jangan terlalu lama. Siap ayam dan hidangkan atas tomato dan daun salad.

Langkah Kelima....

Dah siap semuanya boleh lah tabur daun sup dan dihidangkan... resipi yang senang je dan cepat. Sesuai untuk beginner :)


Nasi Ayam dari resipi Hanieliza yang confirm menjadi. =)

Menyelerakan sangat kan? Bila dah pandai boleh try resipi lain pulak... ada yang sampai goreng beras lah.. gantung ayam pun ada... next time kita try lak 


Thanks sudi baca :)





1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete

Kalau suka tinggalkan komen =)