Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not about to cut everything's fun in your life, we still spend but only in minimum cost to optimize your satisfaction. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM.

Saturday, 29 August 2015

Resipi Soto Nani Rostam Yang Senang dan Sedap!

Korang follow tak IG Nani Rostam? Setiap kali dia pos resipi dia, semuanya mesti yang senang-senang je untuk dibuat. Hari tu dia ada pos resipi soto, Masreena try buat tanpa ada sukatan bahan pun ikut agak-agak je kuantiti untuk dua orang makan dan alhamdulillah, sedap dan menjadi even itulah pertama kali buat soto sendiri tanpa bantuan mak.

Soto Ayam Nani Rostam. Nampak sedap sangat kan? Kuah tu nampak keruh je means bukan sup ayam biasa... ada rempah dia untuk jadikan kuah soto


Langkah Pertama...

Nasi impit buat sendiri guna beras wangi. Masukkan beras wangi dalam plastik apa-apa saiz pun asalkan memenuhi separuh. Cucuk-cucuk plastik tu dengan garpu dan staepler. Rebus nasi impit selama sejam. Dah siap sejukkan dan potong.

Langkah Kedua...
Sementara tunggu nasi impit siap, boleh mula kan rebus ayam dengan masukkan bawang putih, 4 sekawan dan sebutir sup bunjut seolah-olah korang nak buat sup ayam. Setelah ayam masak angkat dan siat-siatkan. Kuah sup ayam ketepikan untuk buat kuah soto.

Langkah Ketiga...

Taugeh dibuang ekor dan dibersihkan....
Goreng suhun dengan minyak yang panas dan banyak. Terbalikkan.
Bergedil buat kecik-kecik, celup telur dan goreng keperangan. Resipi bergedil DI SINI.
Kacang tanah pun digoreng.

Langkah Ke-empat....

Dengan sedikit minyak, goreng sedikit bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan lada hitam. Tumbuk atau blend. Masreena tumbuk je sebab sikit sangat.
Bancuh air asam jawa dengan serbuk perencah sup dan perencah kurma. Panaskan minyak dan tumis air bancuhan hingga wangi. Masukkan pula bahan blend tadi hingga naik bau. Akhir sekali tuangkan kuah sup ayam tadi. Bubuh garam dan asam keping, biarkan mendidih dan angkat.


Suhun saya ni agak tebal so kena carik kasi nipis supaya bila digoreng masak hingga bahagian dalam.

Leraikan atau carikkan suhun yang tebal

Rupa kuah soto

 
Bergedil saya dari sebiji kentang bersaiz kecil.. sebab makan sorang je.. ini adalah kali kedua saya buat soto, so aksesori diabaikan je... #dapurbujang

Suhun yang dah digoreng



Suhun bila dituang kuah panas keluar bunyi "syhhhh..."
                                        

Selamat Mencuba




1 comment:

  1. Wah saya suka tengok resepi kat blog pn. Nani rostam nih....sedap2 je resepi die!

    ReplyDelete

Kalau suka tinggalkan komen =)