Hari ni saya masak bergedil buat lunch... Kalau ikutkan resipi turun temurun hasil gogle-gogle-an, patutnya kena ada daun bawang dan daun sup.
Gambor kat goggle. For sure bergedil yang ni ada ketumbar lah, jintan lah, tepung, daun sup, daun bawang, bla bla bla
Tapi memandangkan rumah ni cuma ada bahan-bahan kering je bahan basah dah habis so terpaksalah menderhaka pada resipi asal. Budak-budak universiti boleh lah tiru style saya ni, which saya buat ringkas je tanpa lada besar atau hirisan daun bawang, dan isinya saya gunakan udang kering bagi menggantikan ayam/daging.
Bahan-bahan yang diperlukan ringkas je iaitu apa-apa yang ada dalam rumah. Sedikit udang kering ditumbuk kasar, sedikit bawang yang digoreng garing, lada hitam yang ditumbuk, sedikit garam dan 2 biji kentang yang direbus selama setengah jam. Kebanyakan resipi suruh goreng kentang tu, tapi saya memilih untuk rebus sebab ZERO ADDITIONAL CALORY.. tak nak lah minyak banyak-banyak sebab kejap lagi nak deep fry lagi =)
Lenyek kentang dan combine semua bahan sampai rata.
Kemudian kepal-kepal la adunan kentang tu tadi... Ikut saiz yang disukai... saya suka comel-comel... dah kepal bulat jangan lupa tekan sikit jadi bentuk OVAL
Panaskan minyak dan sementara tu, pukul sebiji telur macam nak buat telur dadar. Sebelum goreng kena celup dulu bergedil dalam telur baru goreng. Saya tak letak garam, sebab dalam bergedil tadi dah letak garam... takut perut kembung kalau banyak sangat garam dalam badan... dengan rasa masin udang kering tu lagi..bila masak sendiri kita boleh pantau penggunaan perasa
Bila minyak dah panas celup bergedil dalam telur then terus goreng... buat satu persatu... Dapur gas Masreena ada masalah sikit terpaksa pakai Multi Cooker ala-ala duduk hostel dulu hahaha.. Biar kan bergedil kekuningan dulu baru terbalikkan ye, kalau tak pecah berderai nanti
Bila dah masak bolehlah diangkat... macam ni lah rupa dia Bergedil Ekspress ni...
Even resipi ringkas je tetap sedap wa cakap lu... terasa lemak dan perisa udang keringnya.. Then saya siap bawak bekal lagi pergi ofis. Next time nak buat guna ikan bilis pulak... ramai yang cakap lagi sedap guna ikan bilis berbanding ayam/daging... insy next time
Enjoy your lunch! =)
No comments:
Post a Comment
Kalau suka tinggalkan komen =)