Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Tuesday 28 October 2014

Financial Planning

Memandangkan ini blog Berjimat, di mana temanya diakui sangatlah membosankan... tapi apa nak buat, kita bukan lahir anak raja, kita bukan anak VIP, mahupun kita bukanlah isteri VIP. Oleh itu, selagi masih hidup selagi itu kita tetap kena berjimat, berjimat, dan berjimat.

Masreena suka baca Stock & Economy semenjak fresh graduate dulu. Masa tu banyaak masa free.. jadi kita penuhkan dengan menghadap internet sahaja 24 jam. Celik mata internet, pejam mata pun termimpi internet.

Lepas tu bila dah dapat kerja.. ambik kau, takde masa lagi nak surf internet. Jadi Masreena bekerja sahaja untuk dapat duit. Nak dijadikan cerita, Masreena terpaksa beli kereta beberapa bulan selepas bekerja sebab susah nak pergi tandas. Tempat kerja, cuma ada TANDAS BERGERAK. Apakah?? Setaraf pendatang asing diri aku  T_T

Masa belum ada kereta, memang heaven, Starting masa tu 1,700, lepas tolak EPF Socso tinggal 1,500. Dengan gaji bersih  1,500 tu, Masreena boleh simpan 800 sebulan. 200 tu buat joli... hehe...

Tapi sebaik sahaja ada kereta, omaigad, tak boleh simpan duit langsung. Harga ansuran kereta adalah sama dengan kos minyak kereta. Omaigad, giler. Rugi berganda-ganda dan bertingkek-tingkek.

Masreena tak nak guna istilah atau ayat complicated, sebab Masreena takut ada yang tak faham. Tapi secara ringkasnya, Financial Planning sepatutnya terbahagi kepada 5 jenis:

Bil tetap (Fix Bill): 
Sewa rumah, Internet, TNB, Air, telefon, IWK, dan ASTRO.

Ansuran pinjaman (Fix loan):
Rumah, kereta, PTPTN, personal loan, ASB Loan

Bil Pemboleh Ubah:
Kad kredit, petrol, tol, parking.

Saving:
Apa-apa simpanan

Daily Spend:
Selepas ditolak 4 perkara di atas, Masreena tinggalkan untuk urusan harian. Contohnya makan minum, barangan dapur, dll.

Sebenarnya setiap satu kategori tu boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian. Contohnya untuk saving tu, boleh bahagikan kepada Takaful, Simpanan Tetap dan Simpanan Sementara dan Simpanan Kecemasan.

Takaful tu untuk protection. Malas nak ulang sebab, korang pun dah biasa kot kena paksa dengar ejen insurans bagi talk kan.

Simpanan Tetap ni yang korang takkan keluarkan untuk long term, contohnya FD, ASB dan Tabung Haji. Itu sesuai.

Simpanan Sementara ni lebih kepada kegunaan tahunan atau quarterly, contohnya servis kereta yang 3 bulan sekali tu, renew insurans road tax kereta, bayar cukai taksiran, bayar IWK, renew Lesen Memandu, Hari Raya Aidilfitri, melancong, birthday party dll terpulang pada gaya hidup korang... kalau dah jenis tiap-tiap kali valentine nak buat surprise, mahunya takde simpanan sementara kan?

Akhir sekali.... Simpanan Kecemasan. Contohnya kalau kita sakit atau tidak bekerja. Inilah sumber kewangan yang akan bantu kita nanti.


Sambung lagi entry akan datang :)


No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)