Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not about to cut everything's fun in your life, we still spend but only in minimum cost to optimize your satisfaction. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM.

Thursday, 30 October 2014

Siapa join Modelling? Tips Putihkan Gigi Separuh Kekal


OK yang kat atas tu sebenarnya petua biasa yang Masreena gogel. Nak dijadikan cerita, masa sekolah rendah Darjah Tiga. Masreena susah hati sangat sebab gigi Masreena tak putih macam orang lain... kekuningan sikit... bila sengih atau ketawa, kawan-kawan sekelas tegur "Eee.. gigi kuning"

Sedih je... tu yang rasa, kena buat something. Bila balik rumah tanya mak, kenapa gigi saya kuning... kenapa tak putih macam kawan saya.... mak cakap, gigi kuning lah kuat. Gigi kuning lebih kuat dari gigi yang putih gading. Hmmm... leh terima?

Masreena dulu masa zaman remaja-remaja, memang rajin jaga kecantikan.. asalkan mak beli majalah je, mesti ada ruangan PETUA kan? itu yang kita terjah dulu sebab nak tengok tips kecantikan guna barang-barang dapur....kesian tak? zaman tu belum zaman internet lagi...

Pastu, bila Ahad je suruh ayah beli Berita Minggu. Sebab ada ruangan petua Nenek. Jenuh lah dulu dok meniru petua-petua gosok arang kat gigi... takpun gosok buah pinang kat gigi... untuk bulu mata bakar buah keras, tumbuk dan lurut minyakknya di bulu mata... tapi sampai ke sudah tak jadi apa pun :(

Bila dah bekerja, internet pun meluas, majalah pun banyak beli. Terbaca tentang rawatan Britesmile. 

Rawatan Britesmile adalah menggunakan cecair pemangkin yang diaktifkan melalui laser, untuk cecair tersebut meresap masuk ke dalam gigi. Hingga menjadikan 8 kali lebih putih dari asal. Jadi, Masreena pun tertarik untuk mencuba. 

Masreena pun call Klinik Dr Halina, Bangsar untuk tanya kos rawatan. Mak oi, RM 2 ribu.

Bila pergi klinik gigi Azizah, Taman Sri Serdang, doktor cakap Britesmile tu sebenarnya jenama cecair pemangkin tu. Tu sebab mahal. Kalau nak murah, gunakan jenama Beyond. Hasil sama, jenama je kurang terkenal. Baik lah doktor, berapa harganya? 

"RM 1,400"

Itulah sebabnya Masreena suka cari khidmat/produk di tempat yang tak glemer, Kalau Bangsar, mesti mahal. Sebab operation cost mereka tinggi. Taman Sri Serdang ni berdekatan dengan kawasan student, UPM. Jadi apa-apa barang ke atau makanan selalunya murah.

Jadi Masreena pun try rawatan ni selama dua jam. Hasilnya, senyuman Masreena semakin cantik dan berseri, tak perlu lagi risau  orang terkejut tengok gigi kuning Masreena :)

Dah 3 tahun berlalu tapi gigi masih kekal putih. Ini pic terbaru Masreena dengan Zety Datok Ridzuan, baru balik dari modelling.

Thanks sudi baca :)



No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)