Ada sesiapa tak pernah dengar tentang Easy RHB?? Jangan tipuuuu... mesti pernah punya
Masreena percaya ramai di kalangan pembaca yang mesti ada sekurang-kurangnya SATU loan dengan Easy RHB ni. Sebabnya, inilah satu-satunya institusi kewangan yang bagi approval pinjaman dalam masa 5 minit sahaja. Kenapa? Sebab mereka boleh refer EPF statement yang boleh print serta merta dari mesin diorang.
Masreena buat personal loan / pinjaman duit dulu sebab JOBLESS. Hidup kita ni ada turun naik, lagi-lagi kita ni bukanlah anak orang senang, ada masanya kehidupan kita tak selancar yang dihadapi orang lain. Pembaca yang matang pastinya mengerti apa yang saya sampaikan. Kena VSS, berhenti sendiri, kontrak habis, kena terminate, kena transfer dan pelbagai lagi masalah yang timbul selagi kita bekerja makan gaji.... memang takkan habis. Jadi masa tu, ini je jalan yang Masreena ada sesuai dengan keadaan masa tu baru setahun-dua bekerja. Gaji sikit, simpanan ciput, last-last nasib baik boleh pinjam duit dengan bank. Pinjam duit dengan orang, takut kena maki ye dak?
Masalahnya kenapa saya pinjam dgn Easy RHB yang interest tinggi melangit tu?
Sebabnya, loan dari Bank lain yang interest nya rendah spt BSN, Public, Bank Rakyat, dll tu semua perlukan beberapa syarat berikut:
1. Pemohon bekerja kerajaan
2. atau GLC atau anak syarikatnya
3. atau Public Listed company
Betul lah.... giler apa bagi pinjam duit pada sebarang orang? Kalau loan kereta atau rumah ada jugak benda untuk ditarik atau dicagar semula. Duit boleh dapat balik? Jangan mimpi lah kan... itulah sebabnya syarat pinjaman tu diperketat.... so since Masreena takde walau satu pun kriteria di atas, Easy RHB je yang sudi bagi pinjam masa tu. So approve lah loannya.
Beberapa tahun telah berlalu, bermula dari ZERO di usia 22 tahun. Lepas grad lah kiranya ni kan. Puas sudah ku bergolok gadai beli harta benda pertama, pada masa yang sama bergelut dengan belanja harian, pada masa yang sama berkorban masa untuk belajar, seterusnya berkorban lifestyle untuk berjimat buat modal bisnes.... Akhirnya, sekarang sebelum masuk usia 30 Masreena dah mula menuai hasil. Setahun Masreena beroperasi, sedar tak sedar duit dah mencecah hampir 20 ribu. Bayar hutang bisnes sana sini akhirnya tinggal 15 ribu.
Asalnya duit baki tu memang sengaja disimpan sepanjang tahun lepas untuk pergi travel. Tapi tak jadi lah pulak.... sebab group tu cuma 4/15 orang. So, duit tu Masreena terfikir untuk settle kan hutang Easy RHB je lah... Nak buat camane plan asal nak pergi bercuti dah cancel. Sobs
So kita bayar je lah hutang bila dah tak tahu duit sebanyak tu nak buat apa lagi. Cara yang Masreena buat ialah:
1) Call RHB di talian 1-300-22-3279. Nombor ni saya ambil dari website RHB . Tujuan call adalah nak tahun berapa baki terkini pinjaman kalau buat full settlement. Catatkan.
2) Pergi ke mana-mana cawangan RHB Biru. Diulangi RHB Biru ye. Jangan pergi RHB lain sebab RHB ni ada banyak jenis:
RHB pink - Easy. Tempat asal korang buat loan express tu tadi
RHB Kuning - Islamik
RHB Biru
Yang proses full settlement ni RHB biru ni je. Ko jangan pergi PINK dan KUNING tu plak ye... kang membazir petrol je kalau silap tempat
3) Draw duit ikut amaun yang nak bayar tu. Kalau nak selamat guna cheque pun lagi elok. Bila dah ready duit pergi kaunter nombor bagitahu yang korang nak buat full settlement. Diorang akan tanya dah tanhu belum how much that you need to pay? Nanti kena isi borang.
4) Sampai kaunter bank teller akan proses dan mungkin akan ada sikit perubahan amaun kalau ada. Kaunter bank tak provide Release letter, jadi lepas urusan sila simpan dulu semua resit dan slip yang ada.
5) Bila dah sudah, korang kena call balik nombor EasyRHB tadi bagitahu yang korang dah buat full settlement. Sekarang korang nak mintak RELEASE LETTER. Mintak diorang pos dan sementara nak tunggu surat dipos, suruh diorang scan & email surat tu dulu. Dalam masa 5 hari bekerja diorang akan email. So masa ni korang dah safe. Cuma tunggu surat original je sampai rumah.
Release letter ni macam Clearance Letter untuk loan kereta. Fungsinya sama je iaitu untuk pastikan akaun korang tutup dan takde apa-apa pending issue lagi pasal loan tu tadi... Kalau tak mintak, takut nanti in the future diorang hantar surat lawyer la apa la.... atas alasan tak perasan yang korang dah tutup akaun.
Release letter ni macam Clearance Letter untuk loan kereta. Fungsinya sama je iaitu untuk pastikan akaun korang tutup dan takde apa-apa pending issue lagi pasal loan tu tadi... Kalau tak mintak, takut nanti in the future diorang hantar surat lawyer la apa la.... atas alasan tak perasan yang korang dah tutup akaun.
Itu sahaja... senang kan? Tahu tak berapa banyak burden Masreena yang dah terlepas?? RM810 sebulan! Banyak kan? Tapi sekarang tak lagi... syukur sesangat... sekarang tinggal loan rumah dan kereta je lah. Kurang sikit bebanan tu kan? Bolehlah ada extra saving lepas ni. Yang penting kalau berhenti kerja untuk full time bisnes, taklah banyak sangat komitmen... :)
Selamat mencuba ye :)
Tq...Good Sharing
ReplyDeleteSalam Cik Masreena, skadar nk bertanya, Cik mohon loan ketika tue tgh jobless ke? bole ke? and lepas Cik dpt duit tue, Cik terus setup business ke?
ReplyDeleteboleh lulus loan tu sebab masa tu baru sebulan jobless... so rekod EPF masih ada lagi.. dah jobless je cecepat apply masa tu. then 2 bulan lepas tu dapat kerja, so continue je lah bayar
DeleteRhb penipu
ReplyDeletekenapa pulak?
Deletebagus, memang betul,, saya rasa sangat lega bila dapat buat full statlement dengan RHB Easy.
ReplyDeletehi, kalau skrg ni tgh bayar loan bulan bulan.. balance ada lagi dlm 2700 gitu.. boleh ke nk apply lagi loan dgn rhb?
ReplyDeleteboleh .apa2 boleh tanya saya . sbb saya pun berpengalaman sikit dengan easy nih.
DeleteBoleh.. lgi suke diorg (
DeleteRhb)������
Kalo nk wt pinjaman.. kene buat akaun rhb ke? Duit mmg akan dpt pd hari tu ke?
ReplyDeleteGood sharing info ;)
ReplyDeleteLps bt loan tu buat bisnes apa?
ReplyDeleteUntunglah 1 minggu.. Saya 2 minggu x sampai2 lg surat.. Email pun x.. Call rhb dlm proses aje.. Hmm..
ReplyDeleteUntunglah 1 minggu.. Saya 2 minggu x sampai2 lg surat.. Email pun x.. Call rhb dlm proses aje.. Hmm..
ReplyDeleteSalam...nk tanya,no utk easy ni sama cm kt atas 2 ye? Yg 1300...
ReplyDeleteNak tanya. Ada apa-apa diskaun tak kalau kita bayar habis loan utk easyRhb tu??
ReplyDeleteRamai mangsa scammer terjerat dengan pinjaman ni sebab senang lulus. Si scammer akan bawak mangsa ke bank dan buat pinjaman sampai maksimum. Lepas tu kena tinggal
ReplyDeleteSaya bayar 2 tahun, n then tak bekerja tak bayar setahun, dapat surat lawyer, naik mahkamah, nama masuk saa. Ada duit nak settlekan, bayar 10k, untuk buka balik pinjaman, bayar bulanan 800, bayar lagi 5000, still xsettle untuk loan 20k. 😭😭😭. Sekarang diorang ugut mak ayah kat kampung plak, tq bagi cara. Sebelum ni berhubung dengan ejen walaupun bayar kat kaunter rhb
ReplyDelete😢😢😢ugut... Ida ambil tindakan report polis x... Sekarang masih bayr ka bulanan
Deleteminimun gaji basic brape ye baru boleh apply
ReplyDeletethe no not in service..betul ker no nyer?
ReplyDelete