Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Sunday 2 November 2014

Cabaran 30 Hari: Day 1

Ok lah.. aku pun nak join gak Cabaran 30 Hari ni. Sebabnya, nak naikkan balik momentum blogging aku yang dah ke laut. Baiklah, aku mulakan dengan Day 1: 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Anda


Bawah ni adalah pic terbaru aku yang diambil 2 hari lepas di Ben's, Publika, Sri Hartamas. Ok restoran ni aku pergi sempena event yang aku sertai anjuran Blu Inc Media. Maaf tak sangka restoran ini turut serve arak. Apapun memang cantik dekonya + corner lot.

Bergambar dengan trainer jemputan untuk hari tu. Kebetulan warna baju sama noks

Cukuplah 1 je kan? Ada banyak lagi gambar tapi slowly lah i upload. Seterusnya 5 Fakta tetang diri... eee feeling artis plak. Fakta apa ek? Hantam sajalah... 

1. Fakta dari segi background, Masreena merupakan pemegang ijazah daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Selain itu Masreena ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSS Tentera Laut Diraja Malaysia oleh Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada waktu itu. Pentauliahan tu sebenarnya penyerahan sijil, macam konvokesyen juga tapi untuk tentera. Kedua-dua sesi ni berlangsung pada tahun 2007 seawal usia Masreena 22 tahun. Maknanya konvo ijazah sekali harung dengan konvo Palapes tu (bukan Papales ek.. jangan salah sebut... kikiki)

2. Bersesuaian dengan pemegang ijazah dan pegawai tentera simpanan, Masreena seorang yang tegas dan berkepimpinan... gitu. Hinggalah sekarang Masreena telah bekerja dan diberi kepercayaan untuk menerajui salah satu department dalam organisasi. 

3. Sebenarnya cara hidup di universiti sedikit sebanyak mempengaruhi masa dewasa kita. Contohnya, dulu Masreena aktif tentera laut, belajar menembak pistol, senapang, berenang dan bersukan, dan semua aktiviti tu kekal hingga kini. Sampai sekarang  Masreena aktif bersukan dan bersenam di gim. Aktiviti Masreena boleh didapati di blog Travel ini. 

4. Masreena pentingkan persahabatan, jadi Masreena sukakan orang yang memberi komitmen terhadap kawan-kawan, sebab Masreena akan membalasnya, taklah cuma one way friendship je. Betul tak?

5. Akhir sekali, Masreena seorang yang penjimat tapi betul pada tempatnya :)


Akhir sekali, Masreena paste 30 soalan Cabaran tu. So apa topik esok? 

Besok topik 5 Cara Memenangi Hati Anda. What?? -_-

Haa.. malam ni kena start fikir. Apa nak tulis nanti? Geli + segan pulak bunyinya... kan... ada ke orang nak amik tahu ye tak? Takpelah... at least Masreena cuba selesaikan 30 hari ni. Insy akan bertukar sedikit momentum blog ni =D

Bye!



No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)