Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Thursday 2 April 2020

Tips Kemas Semula Almari

Actual entry date: Nov2007

Boring sewaktu Covid-19? Eloklah guna masa yang ada untuk organise semula almari baju.

Memiliki wardrobe sendiri memang impian semua fashionista. Tapi bajet kalau macam ni mahunya 10 ribu! Ye, saya telah melaluinya dan saya percaya pembaca blog ini kebanyakannya adalah gadis-gadis muda yang hidup berjimat cermat.

Tips Membeli Hanger Baju

-hanger baju adalah cara paling mudah utk menambah keluasan dalam almari. Itulah sebabnya penting ada almari berbanding besi-besi biasa kerana almari boleh memaksima kan ruang termasuklah hanger, rak, pintu & laci.

Hanger kayu - buatan yang sangat kukuh dan sesuai menggantung baju yang berat spt kot

Berfungsi menyangkut sarung, skirt & seluar. Pakaian nampak tersusun cantik

Khusus menyangkut kain yang halus seperti satin dan sutera. Sayangilah baju-baju atau harta kita sebab nak keluar balik duit beli baru bukannya murah....
Plastik -sesuai menyangkut pakaian yang ringan.

Hanger yang dibeli mestilah lebar supaya dapat menyokong frame bahu.

Untuk mengelakkan rantai, gelang, dan anting-anting kamu berpintal antara satu sama lain, simpankannya di dalam bekas kiub ais atau kotak peralatan memancing. Selain itu aksesori akan tahan lama kerana tidak tersangkut


PENTING: Pastikan almari ada pencahayaan yang cukup. Itulah sebabnya orang-orang kaya akan pasang lighting dalam wardrobe supaya mudah untuk memilih pakaian.

Boleh juga beli almari khas untuk aksesori seperti yang saya beli dahulu di entry INI

1. Apabila menggantung pakaian, susun seperti sistem fail. Asingkan semua baju setempat - dress dengan dress, celana dengan celana, dll. Lebih baik sekiranya top, mini skirt atau seluar digantung dalam satu set untuk memudahkan kamu memilih OOTD pada hari yang sibuk.

2. Untuk menjimatkan ruang, gantung celana atau seluar secara memanjang bukannya dilipat dua kerana ia menyempitkan almari. Gunakan hanger seperti di atas. 


3. Baju kait nampak kemas apabila dilipat dan disimpan dalam laci. Jika almari kamu tidak berlaci, beli pek berasingan di IKEA.

4. Untuk menyimpan handbag bertali, sebaiknya elakkan menggantung kerana akan merosakkan tali handbag. Simpan dalam display cabinet atau ruang khas. 


5. Simpan koleksi kasut dalam bekas plastik jernih. Selain mengelakkan habuk, ia mudah dilihat sekaligus mudahkan ia dicari.


6. Kamu gemar melipat kemeja-T dan menyusunnya bak menara? Lupakan! Gulungkannya dan atur melintang supaya mudah dilihat warnanya. Setiap kali kamu menarik satu, ia takkan terburai.

7. Bra terlalu banyak? Jangan campur bra, seluar dalam atau stokin tetapi susunkannya di dalam laci.










No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)