Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Thursday 2 April 2020

Tips Pemilihan Rumah Fully Furnished

Saya ingin mendokumenkan pengalaman saya untuk diikuti oleh semua manusia yang boleh memahami bahasa Malaysia. Dalam Malaysia ada 32 juta rakyat, 60% daripadanya adalah kaum Melayu tidak termasuk yang tinggal di merata dunua. Saya harap dengan perkongsian ini dapatlah membantu banyak manusia dan ilmu ini akan mengalir walaupun satu hari nanti saya telah meninggal dunia.

Basically mana-mana rumah sewa perlulah mengikut Pembahagian Tugas seperti berikut:

Tenant - kita cuma membayar 2 benda sahaja setiap bulan: SEWA & BIL. Servis atau repair yang saya sebutkan hanyalah sekali sekala.
Namun begitu, penyewa kena repair sendiri benda yang sedang digunakan/akan digunakan seperti paip sinki, tombol pintu, pemegang tingkap, mentol lampu dll pendek kata semua yang berkaitan dengan SIKAP PENGHUNI
Landlord - membayar semua CUKAI & MAINTAINANCE FEE & KOS REPAIR semua structure/struktur rumah. Contoh: bumbung bocor, dinding retak, grill berkarat dll

Rumah fully furnished yang saya sewa sekarang. Berperabot lengkap-

Bila sebut pasal rumah fully furnished ni, ramai orang Melayu yang takut. Ye, memang betul, menyewa rumah penuh perabot dan kelengkapan adalah mahal harganya berbanding rumah partly furnish atau kosong sama sekali. Manakah yang awak akan pilih?

-rumah kosong: selalunya rumah baharu siap dibina - 800 ringgit
-rumah partly furnish: seribu (kipas, aircond, grill TANPA langsir, perabot, peti ais dll)
-rumah fully furnish: 1,400 (fully complete. Masuk bawak baju je)

Selalunya orang tempatan akan memilih partly furnished manakala waraganegara asing memilih fully furnish kerana mereka tak perlulah menguruskan setting up rumah sedangkan mereka hanya tinggal di sesuatu tempat tak lebih 2 tahun.

Saya pernah menyewa rumah partly furnish kerana pada masa itu saya masih ada perabot sendiri dari rumah sebelumnya. Jadi tiada masalah. Saya mula menyewa fully furnished ketika saya berpindah ke ibu negara yang mana kawasan ibu negara Kuala Lumpur hampir semua unit kondo/apartment berperabot penuh. Oleh itu, ketika berpindah saya mengeluarkan kos lori untuk mengangkut meja makan & katil tilam IKEA Queen BRIMNES yang saya beli dari penyewa sebelumnya dengan harga 800 je dan dapat free meja solek.

Jadi hendak atau tidak, terpaksa saya bertindih 2 perabot dalam satu rumah (satu perabot landlord baru, satu lagi yang saya bawa. Dan, gambar di atas adalah hasilnya, yang mana saya terpaksa masukkan perabot yang tidak dikehendaki ke dalam stor. Stor itu sepatutnya saya gunakan untuk menyimpan barang-barang saya sendiri tapi dipenuhi dengan perabot landlord,,,,,

Faktor yang anda perlu pertimbangkan untuk memilih kediaman FULLY FURNISHED:

1. Anda mestilah memahami apakah unit yang anda suka dan cari di filter website. Saya senaraikan contoh:

Balkoni saya semasa di DPulze. Inilah satu-satunya perkara yang saya rindui iaitu udara yang sejuk apabila saya buka sliding door sambil mendengar burung berkicauan di pagi hari. Waktu malam juga favourite saya

- sangat perlukan balkoni dan yard kerana saya ingin persekitaran berasingan untuk menyidai kain dengan balcony chair
- lantai kayu kerana mudah saya nak berlatih tarian
-bilangan bilik yang sesuai untuk anda tinggal kerana jangka panjang, kenalah melebihi 1 bilik.
- ada bath tub sebab saya suka mandi susu, huhu....
- kedudukan tingkap & ventilation untuk menjimatkan elektrik
- cara pembayaran bil samada direct TNB atau management office yang mark up harga.. yang ini awak kena farming semasa viewing....banyak orang terlepas pandang

Yard untuk sidai kain & simpan pokok2 sayur untuk suasana lebih sejuk... 

Pastikan semua bilik, ruang mahupun tandas ada TINGKAP supaya tak perlulah membuka lampu di siang hari jika tidak mahu bil melambung tinggi....dah pernah dah kena masa di DPulze tandasnya takde tingkap.. dah la tiap kali ON lampu sekali jugak dihidupkan ventilation fan... alamatnya bil setiap bulan seratus lebih walaupun tinggal seorang

2. Anda mestilah bersedia untuk mengeluarkan kos pembersihan, kos laundry sofa kos servis bagi hud dapur dan air cond setiap bilik. Walaupun landlord (pemilik) akan servis sebelum tenant (penyewa) masuk, tapi apabila sudah berbulan-bulan anda kenalah servis sendiri KERANA ANDA YANG PAKAI SEMUA TU. Ini berdasarkan peraturan yang saya pelajari dalam kursus hartanah/REN (Real Estate Negotiator)

3. Faktor sekeliling iaitu lokasi merupakan faktor pemilihan kondo tetapi tidak perlulah saya ulas dalam entry ini.

4. Management office/pejabat pengurusan & security company/syarikat keselamatan. Contoh management yang baik, Henry Butcher (M) Sdn. Bhd.
Saya telah melakukan kajian melebihi 6 bulan sebelum saya memilih kondo mana satu yang terbaik untuk saya. Saya dapati pengurusan kondo saya sangat bagus, helpful & tahu tujuan mereka bekerja di situ adalah MEMBANTU PENGHUNI KONDO bukanlah penghuni kondo yang bekerja dengan mereka.

Kenapa saya bagitahu ini... semasa saya tinggal di DPulze, jaga Nepal & pejabat pengurusan sangatlah tegas, sombong dan suka memarahi penghuni sampai bergaduh-gaduh saya dengar (kerana saya duduk satu aras dengan pejabat pengurusan dan di pintu masuk pula tu). Harmoni ke macam tu? Nak balik rumah pun sakit hati kan.....

5. Facility condo - kemudahan kondo itu sendiri saya purposedly pilih kondo yang LENGKAP FASILITI dan mestilah aktif di MAINTAIN. Bukan apa ada certain kondo yang buat fasiliti asalkan ada seperti DPulze tu yang mana gymnya cuma ada 3 treadmill je dan 2-3 peralatan lain yang terhad (itupun ada satu rosak dan berbulan2 tak jugak siap repair....)

Ini adalah contoh gym yang baik. Wbp, seperti yang diberitahu ia bergantung kepada syarikat pengurusan kondo sama ada aktif maintain atau cuma mampu mintak duit sahaja tapi semua benda pun lambat repair....
Jadi buatlah keputusan terbaik yang anda boleh. Hampir 8 bulan sebelum saya berpindah saya telah rasai kawasan Bukit Bintang dan lihat kondo-kondo yang ada di situ (sebenarnya saya bekerja di situ) dan saya dapat viewing percuma apabila menziarahi kawan-kawan yang tinggal di kondo sekitar. Oleh itu, saya memilih kondo yang termurah/kondo lama kerana harganya juga harga lama. Berbanding kondo baharu yang mestilah harganya tinggi.









No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)