Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday 18 April 2020

Wanita: 6 Sebab Anda Perlu Masak di Rumah Walaupun Billionaire

Kenapa wanita? sebenarnya saya menulis semua kepentingan home cooked ini berkait rapat dengan kesihatan kulit, huhu... semua wanita tak nak kedut kan?


1. Kedai biasa (bukanlah yang high end) menggunakan minyak yang sama berulang-ulang kali. Minyak yang dipanaskan berulang kali menghasilkan radikal bebas penyebab kerosakan kulit

2. Restoran banyak menggunakan gula putih untuk menyedapkan makanan & mencantikkan warna masakan, supaya pelanggan berulang ke kedai mereka. Gula mengandungi 'refine' yang sukar dihadam & membebankan sistem pencernaan. Untuk menentang penuaan, gunakan gula jenis lain atau kurangkan sahaja gula.

3. Sayur yang direbus di kedai mungkin mengalami kehilangan khasiat jika direbus dalam air yang banyak. Oleh itu, sediakan sendiri sayur boleh jaga vitamin pada khasiat optima

4. Lauk-pauk seperti ayam goreng kalau terlebih proses masak @ dimasak terlalu lama @ dimasak berulang kali akan menyebabkan timbulnya radikal bebas. Jika jumlah radikal bebas > antioksidan dalam badan, dalam jangka masa lama menyebabkan punca kanser, jantung, hepatitis & masalah penuaan kerana radikal bebas merosakkan sel kulit (hilang keanjalan)

5. Buatlah sendiri barbeque grill seperti sate, ayam bakar, ikan bakar atau steak sebab bahan perapan kita boleh buat sendiri, yang mana wanita boleh perap bersama bawang putih, bawang besar, lada & cuka yang mana jika dimakan serentak dapat turunkan risiko kanser akibat asap hingga 99%.

6. Buat sendiri kek / biskut / roti di rumah boleh mengawal bahan-bahanya atau menggunakan resipi yang baik. Hal ini kerana, di kedai atau bakeri mereka menggunakan bahan-bahan yang meningkat kan kadar kolesterol / lemak transfat iaitu:

Susu pekat manis, marjerin, shortening, minyak masak & creamer

Oleh itu, sentiasa buat stok makanan di rumah menggunakan resipi-resipi terpilih. Contohnya, jangan gunakan resipi kek yang  mengandungi susu pekat manis tetapi yang menggunakan susu sejat/whipping cream




1 comment:

Kalau suka tinggalkan komen =)