Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Saturday, 5 October 2013

The Best of Blueberry Cheese Cake

Baiklah... bagi penggemar kek-kek urban ni, saya nak war-warkan kek jenis Blueberry Cheese Cake yang saya sukai sejak 5 tahun yang lepas. Lihat gambar.

Kenapa saya katakan ini kek Blueberry Cheese terbaik:-

1) Rasanya SEDAP dan LEMBUT cheesenya... sebab selalunya mesti keras.
2) Jem Blueberry yang digunakan mengandungi biji-biji blueberry instead of blueberry jam semata-mata.

Tengok, ada biji-biji blueberry yang lazat dan kaya rasa. Barulah berkualiti. Persoalannya, di mana nak dapatkan Blueberry Cheese cake yang sedap lagi berkualiti ini??

Kat ROTIBOY ye. Harga berapa?

Harga RM6 sepotong. Again, OWN MADE adalah yang terbaik. Tapi kalau hajat sekadar nak lepas kempunan je, better beli je lah sepotong... daripada buat sendiri kang naik pulak 3 kg badan nanti...

Cubalah! =)





Friday, 4 October 2013

Hati-hati dengan hidangan SET di restoran

Dalam minda kita ni dah tertanam sejak turun temurun lagi bahawa "hidangan ala carte yang di order berasingan lebih mahal daripada hidangan set".

Mungkin ada kebenaran iaitu restoran mesti akan gubal harga menu supaya hidangan set lebih murah daripada ala carte untuk galakkan pelanggan beli hidangan set terus. Kononnya, menjimatkan wang pengguna. Tapi betul ke? Saya rasa lebih baik awak semak semula keperluan awak terhadap hidangan set.

Macam ni, hari tu saya teringin sangat nak makan Kenny Rogers. Menurut Kak Suraya (dia orang yang bertanggungjawab buat aku suka makan Kenny Rogers) Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya lebih sedap berbanding tempat lain. Bila dah cuba, pergh memang betul la cakap dia... sedap ayam panggang nya.. then tak pasal-pasal aku ketagih =P

Then fikir punya fikir, takpelah... beli je lah buat lepas kempunan. Bukannya selalu... harap badan aku tak naik le makan ayam roasters ni. Sampai kat kedai.. Bagitahu nak take away je. Sebab apa take away?

1) Sebab takde kawan nak makan.
2) Sebab nak jimat duit air, dan service tax 6% - service tax untuk dining in je. Jimattt

Masa tu tengok kalau ayam je semata-mata hanya RM 10.90 untuk quarter tu, tapi disebabkan dalam mind dah set skeptikal tadi "order set lebih baik baik dari ala carte", tanpa berfikir panjang terus order QUARTER CHICKEN WITH BLACK PEPPER SAUCE AND SET. Harga untuk set RM 18.50.

Tapi sepanjang drive balik rumah.. aku rasa menyesal lak. Kenapa? Tengok gambar-gambar di bawah.. senang sikit nak explain.*aku tak reti edit gambar.. habis terpotong sana-sini*



Harga ayam panggang dengan sos tu RM 10.90 je, tapi dek kesan psikologi aku pergi order set tu kenapa? RM 18.50 - RM 10.90 = RM7.60.

Sebenarnya tanpa aku sedari, aku kena bayar lebih RM7.60 hanya untuk muffin dan 3 set side order iaitu nasi aromatik secawan dan 2 set buah-buahan. Buah-buahan tu kalau tak dipotong dadu, kuantiti nya sama dengan buah potong yang dijual RM 1 sepotong. 2 set buah? RM 2.


Muffin pulak paling mahal pun RM 1.50 sebiji. Nasi? Paling mahal RM1.50 je. Senang citer total side order tu paling mahal pun RM 6 ringgit, tapi aku pergi bayar RM 7.60 kat Kenny Rogers. Bodoh tak aku?

Aku membayar RM18.50 untuk dapatkan complete set yang OVERPRICE SIDE ORDERNYA. Dan paling penting, yang aku betul perlukan cuma SATU sahaja - iaitu Kenny Rogers Quarter Chicken tu je.. itu yang aku betul-betul teringin nak makan.. tapi atas mind set "Hidangan Set lebih Murah dari Ala Carte" membuatkan aku terpedaya dengan marketing trick ni.. Padahal, perlu ke aku muffin tu? Perlu ke aku buah tu? Macamlah tak boleh beli sendiri waktu teringin kan? Sah-sah la jimat 3-4 ringgit sebab MAKIN TINGGI HARGA KO BAYAR KAT KENNY ROGERS, MAKIN TINGGI TAX. Cuba aku beli ayam je, sikit je tax aku kena bayar.

Rugi wooo.. Iktibar untuk aku lebih berhati-hati lepas ni bila berbelanja.




Tuesday, 1 October 2013

Iconic Vacation Club - For Vacation Plan

Pic: Credit To IVC

Petang tadi aku dijemput untuk menghadiri satu briefing 90 minit di Iconic Vacation Club, Mid Valley City. Iconic Vacation Club adalah membership untuk Sepang Gold Coast. Aku tak pasti kat mana diorang dapat contact number aku, mungkin drpd bank kot sebab aku ada kad kredit.

Ini rupanya Palm Gold Tree, Sepang Gold Coast yang terletak di Bagan Lalang, Selangor. Diilhamkan dari Palm Gold Tree yang pertama di dunia yang terletak di Dubai. 

Zoom.

Mula-mula rasa terganggu jugak bila diajak dengar briefing. Maklumlah kita ni kan sibuk dengan kerjaya.. dengan urusan harian lagi.. Nanti satu hal pulakk lah aku nak commit dengan appointment tu, tapi bila memikirkan diorang akan bagi Free Gift Voucher untuk 2 hari 1 malam, aku layan kan jugak. Mana tahu, aku akan sedar satu lagi perkara baru yang aku tak pernah expose selama ni. Optimis!

Then diorang pun buat briefing one by one. Lega sikit, sebab aku suka berkomunikasi so senang sikit nak bertanya itu ini.

Mula-mula diorang explain pasal Sepang Gold Coast tu locationnya.. jenis-jenis biliknya.. rate bilik, iaitu untuk bilik biasa (Travellers) bermula RM650 (nett campur tax mencecah RM750). Wbp, harga bilik sebenarnya bergantung pada season dan semuanya akan melonjak ketika Peak Season. Facilities percuma yang disediakan (spa, gym, outdoor activities) dan juga berbayar (restoran-restoran). Jadi harga RM650 tu kira paling minima.

Kemudian masuk pada intipati briefing tu sendiri iaitu membership IVC.. apa benefit yang ditawarkan.. Intipati penting IVC yang Masreena faham termasuklah:-

1) Pembayaran keahlian SEKALI lump sum untuk seumur hidup dan kemudian hari boleh transfer membership tu pada anak.

2) Pembayaran tahunan pula RM350 (Gold) dan RM500 (Platinum) untuk trustee, government tax, dll.

3) Dengan keahlian ini ahli layak dapat FOC penginapan pakej bilik Travellers sebanyak 7 Malam untuk Gold manakala Platinum pula 14 Malam. Kalau satu bilik bernilai RM650, 7 Malam bersamaan RM4,550 setahun!

4) 7 Malam percuma tadi boleh ditebus untuk 3 bilik serentak, dan boleh DINIAGAKAN iaitu disewakan kepada pelancong. Peak season ialah: kejohanan Moto Grand Prix, Formula 1, Hari Raya dan Cuti Sekolah. So boleh buat duit! (booking seawal 2 minggu untuk elakkan penuh)

5) Kalau nak gunakan 7 malam untuk percutian sendiri luar negara, membership IVC boleh digunakan di:
    - semua 100 cawangan penginapan Gold Coast seluruh dunia
    - semua hotel-hotel bawah naungan RCI (RCI ni macam Agoda.com)

6) Kalau 7 Malam FOC dah habis, masih boleh dapatkan rate accommodation di RCI dan Gold Coast dengan harga berpatutan.

Camane? harap-harap boleh faham koncep IVC ni camane kan...
Nak tahu berapa harga untuk membership IVC ni? Agak-agak?

RM 28 ribu !!! (Gold Membership)

OMG! haha.. terkejut tak? itu belum citer pasal Platinum lagi... hmm nampaknya orang-orang kaya je lah yang sign up IVC ni. Aku complaint gak kat Fira, nape laa you all approach orang-orang macam kami ni? gi la approach orang kaya-kaya je untuk jadi ahli.. sebab sah-sah Masreena tak mampu seh... 

Menurut Fira, dia antara orang yang bertuah sebab mewarisi IVC membership daripada ayahnya... Masa ayah dia jadi member beberapa puluh tahun lepas, harga masa tu masih lagi RM16,000. Sekarang bila ayahnya dah transfer membership tu pada dia, Fira cuma sambung bayar annual tax je setahun RM350 yang disebutkan tadi tu.. itupun dia bayar guna wang hasil jualan 'Malam' spt yang saya sebutkan tadi... no harms for her... IVC ni sangat berguna masa dia travel ke luar negara dengan kawan-kawan sebab boleh dapat 2 bilik terus katanya.. untung lor, boleh berniaga!

Tapi memang aku mengaku, sebenarnya untuk orang yang selalu travel, untung RM28 ribu tu untuk long term. Sebab, itu harga keahlian seumur hidup bayar sekali je masa sign up. Sektor pelancongan ada hubungkait dengan faktor accommodation, iaitu Properties value meningkat berkadar terus dengan nilai hartanah, tapi rate bilik yang kita dapat dengan harga ahli masih jugak dapat dengan modal rate lama... tak dimakan inflasi pun, betapa untung tak untung... especially dapat transfer membership daripada parent. Really worth it!

Aku dah berangan dah nak buat tapi bukanlah sekarang. Entah lah bila ek? silap-silap berkubur macam tu je! haha... Bagi orang yang ada duit lebih, better korang sign up IVC ni cepat-cepat, kalau tak suka travel sekalipun, boleh making money what?? Tiap-tiap tahun ada F1 dan Motor GP kan! Masyukkk 

Dan seperti yang dijanjikan, aku pun dapatlah Voucher Penginapan Percuma tu. Itu 'hadiah' sebab sudi dengar penerangan panjang lebor Si Fira tu tadi. Nice to meet her.



Inilah bilik-bilik chalet di Sepang Gold Coast. Atapnya diimport daripada Bali, Indonesia dan menyerupai atap nipah *alaa yang TV Pendidikan selalu citer tu... ingat tak?

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah melawat keindahan paya bakau semulajadi. Wow memang lain daripada yang lainlah kan?

Dah namapun Voucher percuma, macam-macamlah terma dan syaratnya kan? Antaranya exclude breakfast, dan redeem date cuma Isnin-Khamis je... hahaha... Aku dah call untuk reservation, katanya 26 Februari 2014 baru ada kosong.. alahai.. masa tu aku pun dah hilang excited dah... hm tapi betul lah, tak lama lagi dah nak cuti sekolah. Memang sah-sah la terma dan syaratnya tak boleh peak season.

Hmm tengoklah nanti jadi ke tak aku redeem kan. Tapi rugilah kalau tak redeem sebab bila lagi nak merasa tido dalam Chalet Atas Air kan?? Satu malam RM650 tau! Insya allah, kita tunggu je lah nanti camane... OK bye now =)


Tuesday, 3 September 2013

Minyak Petrol Naik 20 sen!

Masreena paste kan berita tergempar hari ni

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.
Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.
Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.
Beliau juga menegaskan langkah tersebut bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana disamping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
"Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur," kata beliau lagi.
Malaysia telah mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.
Beliau turut memberikan alasan langkah pengurangan subsidi tersebut diambil bertujuan untuk memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah mereka dikalangan berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," ujar Najib lagi yang menyatakan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2014 nanti.
"Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet," tambahnya lagi.
Selain itu, Najib juga berkata kerajaan akan menyemak semula pelaksaan projek-projek sektor awam bagi menangani lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan.
"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.
"Manakala pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," katanya lagi.
Bagaimanapun, Najib menegaskan projek Mass Rapid Transit (MRT) tetap akan diteruskan, namun projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.
Najib menegaskan kesemua langkah yang beliau umumkan hari ini adalah demi memastikan Malaysia dapat berhadapan dengan situasi ekonomi semasa dan global yang semakin mencabar.
"Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka masa sederhana dan panjang," tambahnya lagi.
Defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini, disamping penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.
Najib yang bakal berhadapan cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.- 2 September, 2013.

Monday, 12 August 2013

Treat Points Maybank Dah Naik Harga!

Anda ada gunakan kad American Express dari Maybankcard2cards? Saya selalu menggunakannya! Saya suka tukar baucar membeli belah TESCO untuk membeli barangan dapur. Sesiapa yang biasa tukar baucar membeli-belah di Maybank Treat Points mesti perasan bahawa nilai tukaran mata ganjaran dah meningkat.

Saya memang alert sebab 3 HARI SEBELUM RAYA 2013 saya berbincang dengan Nik untuk tukar baucar daripada Maybank sama ada Tesco, Metrojaya atau Parkson. Nik nak gunakan point nya sebanyak 100,000 tu untuk ditukarkan kepada baucar Metrojaya untuk beli baju raya anak katanya.

Jadi saya dengan bersemangat nya buka website Maybank untuk rujuk berapa banyak point yang diperlukan  untuk tukar sekeping baucar. Berdasarkan website Maybank, 11,000 points bersamaan dengan RM50 baucar TESCO/Carrefour. Manakala baucar Metrojaya dengan bilangan yang lebih rendah. Mungkin sebab barang di Metrojaya agak mahal sedikit.

Jadi saya SMS Nik bagitahu dia dengan point 100,000 dia boleh tukarkan dengan RM450 baucar Tesco! Hebat kan?

Tapi hari ni Raya ke-lima, bukak website Maybank terkejut dengan harga baucar dah meningkat! Cuba lihat bukti di bawah saya tunjuk dengan arrow.



Terkejut dan kecewa sangat rasanya sebab harga baucar semakin meningkat. Kalau dulu cuma kumpulkan 11,000 points untuk dapatkan RM50, kini kena kumpulkan lebih banyak point iaitu 13,750 untuk dapatkan amaun yang sama =(

Kalau lihat pula pada baucar Harvey Norman, Parkson dan Metrojaya lebih rendah pulak nilainya iaitu cuma 12,500. Pulak dah


Nampaknya Maybank Treat Points telah mula untuk mempermainkan pengguna. Mungkin selama ni baucar Tesco, Carrefour (AEON Big), dan Mydin lebih popular! sebab boleh digunakan untuk KEPERLUAN BULANAN seperti barang-barang dapur berbanding baucar yang lain lebih kepada kehendak. Iye lah kan... bukan tiap-tiap bulan orang beli perabot di Harvey Norman atau tiap-tiap bulan beli pakaian berjenama di Metrojaya kan?

Apalah nasib sebagai pengguna kan... Hmmm apa pun jangan putus asa... Memandangkan baucar barangan grocery meningkat, saya akan beralih pada baucar yang lebih murah untuk ditukar. Metrojaya & Parkson mungkin boleh gunakan untuk ditukar dengan baju raya atau parfume. Bukankah salah satu cara yang kreatif juga. Cumanya kena pulakk lah tunggu setahun kan untuk kumpul point, maklumlah raya kan setahun sekali. Tak pun kalau susah sangat, after this kita riki kad kredit lain pula nak?