Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday 4 October 2013

Hati-hati dengan hidangan SET di restoran

Dalam minda kita ni dah tertanam sejak turun temurun lagi bahawa "hidangan ala carte yang di order berasingan lebih mahal daripada hidangan set".

Mungkin ada kebenaran iaitu restoran mesti akan gubal harga menu supaya hidangan set lebih murah daripada ala carte untuk galakkan pelanggan beli hidangan set terus. Kononnya, menjimatkan wang pengguna. Tapi betul ke? Saya rasa lebih baik awak semak semula keperluan awak terhadap hidangan set.

Macam ni, hari tu saya teringin sangat nak makan Kenny Rogers. Menurut Kak Suraya (dia orang yang bertanggungjawab buat aku suka makan Kenny Rogers) Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya lebih sedap berbanding tempat lain. Bila dah cuba, pergh memang betul la cakap dia... sedap ayam panggang nya.. then tak pasal-pasal aku ketagih =P

Then fikir punya fikir, takpelah... beli je lah buat lepas kempunan. Bukannya selalu... harap badan aku tak naik le makan ayam roasters ni. Sampai kat kedai.. Bagitahu nak take away je. Sebab apa take away?

1) Sebab takde kawan nak makan.
2) Sebab nak jimat duit air, dan service tax 6% - service tax untuk dining in je. Jimattt

Masa tu tengok kalau ayam je semata-mata hanya RM 10.90 untuk quarter tu, tapi disebabkan dalam mind dah set skeptikal tadi "order set lebih baik baik dari ala carte", tanpa berfikir panjang terus order QUARTER CHICKEN WITH BLACK PEPPER SAUCE AND SET. Harga untuk set RM 18.50.

Tapi sepanjang drive balik rumah.. aku rasa menyesal lak. Kenapa? Tengok gambar-gambar di bawah.. senang sikit nak explain.*aku tak reti edit gambar.. habis terpotong sana-sini*



Harga ayam panggang dengan sos tu RM 10.90 je, tapi dek kesan psikologi aku pergi order set tu kenapa? RM 18.50 - RM 10.90 = RM7.60.

Sebenarnya tanpa aku sedari, aku kena bayar lebih RM7.60 hanya untuk muffin dan 3 set side order iaitu nasi aromatik secawan dan 2 set buah-buahan. Buah-buahan tu kalau tak dipotong dadu, kuantiti nya sama dengan buah potong yang dijual RM 1 sepotong. 2 set buah? RM 2.


Muffin pulak paling mahal pun RM 1.50 sebiji. Nasi? Paling mahal RM1.50 je. Senang citer total side order tu paling mahal pun RM 6 ringgit, tapi aku pergi bayar RM 7.60 kat Kenny Rogers. Bodoh tak aku?

Aku membayar RM18.50 untuk dapatkan complete set yang OVERPRICE SIDE ORDERNYA. Dan paling penting, yang aku betul perlukan cuma SATU sahaja - iaitu Kenny Rogers Quarter Chicken tu je.. itu yang aku betul-betul teringin nak makan.. tapi atas mind set "Hidangan Set lebih Murah dari Ala Carte" membuatkan aku terpedaya dengan marketing trick ni.. Padahal, perlu ke aku muffin tu? Perlu ke aku buah tu? Macamlah tak boleh beli sendiri waktu teringin kan? Sah-sah la jimat 3-4 ringgit sebab MAKIN TINGGI HARGA KO BAYAR KAT KENNY ROGERS, MAKIN TINGGI TAX. Cuba aku beli ayam je, sikit je tax aku kena bayar.

Rugi wooo.. Iktibar untuk aku lebih berhati-hati lepas ni bila berbelanja.




No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)