Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Friday, 22 November 2013

Gaya Hidup Rozita Che Wan

 

Rozita Che Wan... nama yang tak asing lagi dalam industri seni. Bila tanya office mate lelaki India yang jenis workaholic tu, "kenal tak Rozita Che Wan?"

"Siapa yang tak kenal Rozita Che Wan..." perghh... bernanah la seteru-seteru Che Ta kalau dengar ni.

Sebenarnya aku wonder gak lah orang (dah tentulah perempuan kan... mana ada lelaki tak suka Che Ta secara tiba-tiba kan...) yang dengki dan tak suka Che Ta ni... even tak kenal RCW personally, tapi boleh pulak lahh anti dengan dia... apa salah Che Ta dengan diorang Masreena pun hairan jugak. Bagi I, Woman doesn't like each other... always.

Ada-ada je yang tak kena kan.. dalam hati perempuan ni...tu sebab bagi I perkara yang paling susah nak manage adalah wanita sebenarnya. Cer tengok dalam ofis tu, lagi ko pening dengan komen diorang. Tu sebab i jarang berkawan rapat dengan orang tertentu, i berkawan dengan semua orang je. Natural

Kalau korang baca dalam temu bual INI, korang akan dapati Che Ta ni seorang yang penjimat dalam hidup dia. Cuma dia lebihkan pada pemakaian/handbag dan kasut.

Ringkasnya

- Rozita Che Wan seorang yang very homely type of person... dulu pernah baca majalah Rapi, sampaikan nak beli barang pun kirim adik tolong belikan.

- So since jarang keluar rumah tanpa urusan kerja, Rozita Che Wan jarang makan di luar tapi lebih suka masak sendiri.... dia suka masak sendiri malas keluar dan boleh ikut citarasa sendiri.

- Pemakanan Che Ta sama macam orang lain... iaitu dia masih makan nasi tapi hanya dalam kuantiti kecil (tengok saiz badan lah kan.... ) bersama lauk ikan dan sayur-sayuran.

- Rozita tak buat rawatan kecantikan macam facial atau injection di Salun/Spa/Klinik. Dia cuma buat sendiri semua tu di rumah iaitu beli sendiri masker, serum rambut, body skrub. Skincare pula dia guna yang biasa sahaja iaitu Safi Rania Gold yang dia dapat percuma sebagai duta.

Artis secantik ini pun tak berhabis duit ke salun dan spa... apatah lagi kita kan? Bukti yang wanita masih boleh lakukan semua rawatan tu sendiri di rumah.

- Hobi Che Ta ketika tidak sibuk berlakon adalah semua di rumah iaitu memasak, menjahit, dan mengemas rumah sebagai senaman ringan. 


So camane? Memang Che Ta seorang yang penjimat sahaja... wang banyak dihabiskan untuk melaram je itupun pernah terbaca dalam majalah lain dia beli kain di bangkok untuk dapat yang murah. Flight pun Air Asia je.. tinggal untuk dia jahit manik je sendiri sebab dia ada kemahiran itu.

Bagi Masreena cara hidup dia boleh dicontohi oleh kita. 

Pertama..... dari segi makan di luar. Bayangkanlah, rakyat biasa macam kita kalau seminggu tu Sabtu Ahad makan di restoran bersama keluarga bukannya sikit duit kan? Sekali makan cecah juga RM 100. Kalau sekali sekala takpe masalahnya rakyat Malaysia suka keluar hujung minggu pergi shopping mall so maknanya setiap minggu jugalah melayang wang... kan bagus kalau masak sendiri... unless perkara yang kita langsung tak boleh masak atau tak tahu.... 

Kedua.... kalau artis lain kita baca mereka selalu luangkan masa ke Spa dan Salun untuk manjakan diri, yang mana sekali pergi confirm habis RM 400 ke atas.. itu rawatan biasa seperti body scrub dan urutan atau rawatan rambut kalau top to toe? mahu cecah RM 600 jugak... tapi Che Ta pula sebaliknya. Rawatan yang boleh dibuat di rumah, dia buat sendiri je. Di samping mudah tak perlu driving keluar dan buat temujanji dia juga boleh berjimat

Ketiga.... aktiviti di rumah atau homely type of person memberi kelebihan pada Che Ta untuk buat aktiviti yang tak mengeluarkan kos sangat. Ye lah, bayangkan kalau jenis yang suka keluar rumah, mesti banyak wang habis... petrol dan tol dah tentunya kalau korang stay di Klang Valley. Itu belum lagi parking, or duit yang keluar untuk shoping atau makan di luar atau menonton wayang misalnya.. sebenarnya kita ada pilihan aktiviti lain yang lebih kreatif, contohnya kalau korang jenis suka berjumpa kawan (persahabatan boleh buat awet muda) apa kata tak payah berjumpa di luar... ajak je datang rumah... dan korang masaklah.. cara ni Masreena baca style Deanna Yusof, bila buat dessert baru dia pun ajak kawan-kawan datang untuk jamu mereka makan... tak payah keluar rumah... kalau tak reti masak langsung suruh je member buat pot luck party... same goes to Hanez Suraya, pernah terbaca jugak dia suka masak dan jamu kekawan yang datang rumah... pahala dapat, duit jimat, persahabatan pun semakin kukuh kan?

So diharap entry ini memberi manfaat pada kita semua dalam menjalani kehidupan...





Saturday, 26 October 2013

The Best Pavlova



Biarlah gambar yang menceritakan, yg penting Pavlova di Serai lebih sedap berbanding di Alexis. Tapi harga RM 14.80 belum lagi termasuk government tax ye.. mahal siot... That's why Masreena tapau je so taklah kena lagi service charge 5%. Jimat sikit 0.74 sen satu slice... Better than nothing. Hmm kalau tiap-tiap bulan mengidam mahunya kopak duit gaji kan? Jadi  dah sampai masanya untuk aku belajar buat sendiri... Tengah riki-riki oven baru ni.

Thursday, 24 October 2013

Rak Kasut macam IKEA but better that that =)

Ingat lagi tak entry saya beli Mirror Jewellery Cabinet di blog yang lepas? Sekarang saya masih lagi meneruskan kegilaan terhadap 2 in 1 furniture ni =P

Kronologinya mula-mula nak beli rak kasut TRONES Ikea yang berharga RM99 ni. Dulu RM116 masa aku survey, sekarang dah turun harga.

Ataupun STALL shoe cabinet... tapi tak jadi. Sebabnya:-

1. TRONES tu designnya tak sesuai untuk ruang tamu tapi sesuai untuk temporary storage atau kat luar rumah je.

2. Rak kedua tu agak mahal harganya iaitu mencecah RM500 dengan 3 compartment. Not worth it.

Then tiba-tiba ternampak pulak satu space saving shoe rack ni di  WEBSITE DISKAUN dengan harga RM 388. 

Best kan? dengan harga RM 388 boleh dapat 5 compartment kasut dan ada cermin untuk tampil lebih mewah. 1 compartment boleh muat 3 pasang kasut.. OK lah, praktikal. Design pun tinggi, tapi kalau ada satu lagi compartment di atas lagi bagus sebab jimat space boleh isi lagi banyak kasut =)

Lepas tekan button ''BUY'' tunggu je lah perabot dihantar sampai ke rumah =)

Ini cerminnya.. Perabot kena pasang sendiri ek. 

Kalau tak reti pasang kena upah orang untuk pasang sebab nak pasang cermin ni memang agak rumit sikit. Lebih kurang 2 jam jugak.

 
Akhir sekali korang kena drill ke dinding supaya teguh melekap (wall mountain). Kalau tak bahaya woo boleh jatuh menyembah bumi.. pasni kita buat entry pasal Black & Decker pulak ek

Inilah hasilnya. 

Satu compartment boleh isi 3 pasang kasut, jadi kapasiti 2 in 1 Mirror Shoe Cabinet ialah 15 pasang.


Letak tepi pintu senang nak ambik kasut sebelum keluar rumah. Sesambil tu boleh posing tengok mana satu kasut yang sesuai =)





Monday, 21 October 2013

Bergedil Ekspres

Hari ni saya masak bergedil buat lunch... Kalau ikutkan resipi turun temurun hasil gogle-gogle-an, patutnya kena ada daun bawang dan daun sup.

Gambor kat goggle. For sure bergedil yang ni ada ketumbar lah, jintan lah, tepung, daun sup, daun bawang, bla bla bla

Tapi memandangkan rumah ni cuma ada bahan-bahan kering je bahan basah dah habis so terpaksalah menderhaka pada resipi asal. Budak-budak universiti boleh lah tiru style saya ni, which saya buat ringkas je tanpa lada besar atau hirisan daun bawang, dan isinya saya gunakan udang kering bagi menggantikan ayam/daging.

Bahan-bahan yang diperlukan ringkas je iaitu apa-apa yang ada dalam rumah. Sedikit udang kering ditumbuk kasar, sedikit bawang yang digoreng garing, lada hitam yang ditumbuk, sedikit garam dan 2 biji kentang yang direbus selama setengah jam. Kebanyakan resipi suruh goreng kentang tu, tapi saya memilih untuk rebus sebab ZERO ADDITIONAL CALORY.. tak nak lah minyak banyak-banyak sebab kejap lagi nak deep fry lagi =)

Lenyek kentang dan combine semua bahan sampai rata.

Kemudian kepal-kepal la adunan kentang tu tadi... Ikut saiz yang disukai... saya suka comel-comel... dah kepal bulat jangan lupa tekan sikit jadi bentuk OVAL

Panaskan minyak dan sementara tu, pukul sebiji telur macam nak buat telur dadar. Sebelum goreng kena celup dulu bergedil dalam telur baru goreng. Saya tak letak garam, sebab dalam bergedil tadi dah letak garam... takut perut kembung kalau banyak sangat garam dalam badan... dengan rasa masin udang kering tu lagi..bila masak sendiri kita boleh pantau penggunaan perasa

Bila minyak dah panas celup bergedil dalam telur then terus goreng... buat satu persatu... Dapur gas Masreena ada masalah sikit terpaksa pakai Multi Cooker ala-ala duduk hostel dulu hahaha.. Biar kan bergedil kekuningan dulu baru terbalikkan ye, kalau tak pecah berderai nanti

Bila dah masak bolehlah diangkat... macam ni lah rupa dia Bergedil Ekspress ni...  

Even resipi ringkas je tetap sedap wa cakap lu... terasa lemak dan perisa udang keringnya.. Then saya siap bawak bekal lagi pergi ofis. Next time nak buat guna ikan bilis pulak... ramai yang cakap lagi sedap guna ikan bilis berbanding ayam/daging... insy next time 

Enjoy your lunch! =)





Monday, 7 October 2013

Kek Tiramisu Terbaik!

Dewasa ini kalau sebut kek sedap je semua orang akan terbayang Secret Recipe. Alahai, satu slice pun sampai RM7.50 dikk... padahal nak beli sekadar makan beberapa suap nak lepas kempunan je...

Baiklah kek yang sentiasa dapat trofi di hati Masreena sejak 10 tahun dulu, kini & selamanya adalah kek-kek yang dijual di Fakulti Food Tech, UPM Serdang.

Dulu memang selalu dengar kawan-kawan sekelas yang debab kuat makan ni asyik puji melambung je kek di Food Tech tu. That's why promosi dari mulut ke mulut ni berkesan sebenarnya, berbanding promosi orang yang tak dikenali dalam iklan. Apa orang surrounding kita promosikan selalunya mudah kita terpengaruh.

Try beli kek Tiramisu, subhanallah sedapnya keknya.. murah pulak tu RM4 je satu slice. Semenjak detik itulah, Masreena jadi pengunjung tegar kafe L' Apprentice, Faculty of Food Technology, UPM Serdang ini.

Ni pic last Friday... Kek Tiramisu, Blueberry Cheese Cake & Strawberry Cheese Cake... Sedapnyaa. Sebenarnya nak beli blueberry dan tiramisu je, tapi salesgirl tu bagi free strawberry sebab dah tinggal 1 semuanya.. TIPS: If nak dapat kek extra percuma, pergi JUMAAT PAGI. Sebab diorang nak habiskan stok untuk minggu tu.

 Ini list harga kek:-

1) Kek Tiramisu (atas) - RM 4 sepotong


hmmm.. nampak tak tebal cream cheese tiramisu tu? Memang puas hati


2) Blueberry & Strawberry Cheesecake - RM 4 sepotong




3) Red Velvet - RM 3.50 sepotong



3) Carrot Cake - RM 3
 

4) Blueberry Cake & Black Forest - RM 2.50

5) Moist Chocolate Cake - RM 3.50

Kadang-kadang Masreena ada jugak tempah sebiji kek untuk sambut birthday harijadi.. hari Raya...yang pasti memang murah lah daripada beli di Kek online mahupun di kedai. Harga anggaran untuk sebiji kek tu darab je dengan 12 sebab sebiji kek tu akan dipotong 12 bahagian untuk dijual di kafe tu.

Produk-produk universiti selalunya Masreena yakin sebab Universiti memang tempat penyelidikan kan.. so sudah pastilah kualiti kek yang dihasilkan sedap & menggunakan adunan yang bagus.. namapun terlatih kan..

yang tak leh caya ni kedai kek Cina-cina.. takut diorang taruk Wine, dan kalau Melayu pulak ada yang buatan hancur macam Citra Klasik... maaflah aku dah band sebab kualiti out giler since insiden di branch Perbadanan Putrajaya satu ketika dahulu.

Btw, Ini adalah opsyen kedua selepas OWN MADE kan. Tapi memandangkan sekarang tengah berdiet malaslah nak buat kek kan.. Jap lagi hancur diet hahaha... lagipun since pindah rumah ni, lum ada kesempatan nak kemas peralatan bakeri.

Kalau tanya Masreena, semua kek suka tapi kek yang sangat penting di sini adalah TIRAMISU dan RED VELVET. Cubalah! =)