Baiklah kek yang sentiasa dapat trofi di hati Masreena sejak 10 tahun dulu, kini & selamanya adalah kek-kek yang dijual di Fakulti Food Tech, UPM Serdang.
Dulu memang selalu dengar kawan-kawan sekelas yang debab kuat makan ni asyik puji melambung je kek di Food Tech tu. That's why promosi dari mulut ke mulut ni berkesan sebenarnya, berbanding promosi orang yang tak dikenali dalam iklan. Apa orang surrounding kita promosikan selalunya mudah kita terpengaruh.
Try beli kek Tiramisu, subhanallah sedapnya keknya.. murah pulak tu RM4 je satu slice. Semenjak detik itulah, Masreena jadi pengunjung tegar kafe L' Apprentice, Faculty of Food Technology, UPM Serdang ini.
Ni pic last Friday... Kek Tiramisu, Blueberry Cheese Cake & Strawberry Cheese Cake... Sedapnyaa. Sebenarnya nak beli blueberry dan tiramisu je, tapi salesgirl tu bagi free strawberry sebab dah tinggal 1 semuanya.. TIPS: If nak dapat kek extra percuma, pergi JUMAAT PAGI. Sebab diorang nak habiskan stok untuk minggu tu.
1) Kek Tiramisu (atas) - RM 4 sepotong
hmmm.. nampak tak tebal cream cheese tiramisu tu? Memang puas hati
2) Blueberry & Strawberry Cheesecake - RM 4 sepotong
3) Red Velvet - RM 3.50 sepotong
3) Carrot Cake - RM 3
4) Blueberry Cake & Black Forest - RM 2.50
5) Moist Chocolate Cake - RM 3.50
Kadang-kadang Masreena ada jugak tempah sebiji kek untuk sambut birthday harijadi.. hari Raya...yang pasti memang murah lah daripada beli di Kek online mahupun di kedai. Harga anggaran untuk sebiji kek tu darab je dengan 12 sebab sebiji kek tu akan dipotong 12 bahagian untuk dijual di kafe tu.
Produk-produk universiti selalunya Masreena yakin sebab Universiti memang tempat penyelidikan kan.. so sudah pastilah kualiti kek yang dihasilkan sedap & menggunakan adunan yang bagus.. namapun terlatih kan..
yang tak leh caya ni kedai kek Cina-cina.. takut diorang taruk Wine, dan kalau Melayu pulak ada yang buatan hancur macam Citra Klasik... maaflah aku dah band sebab kualiti out giler since insiden di branch Perbadanan Putrajaya satu ketika dahulu.
Btw, Ini adalah opsyen kedua selepas OWN MADE kan. Tapi memandangkan sekarang tengah berdiet malaslah nak buat kek kan.. Jap lagi hancur diet hahaha... lagipun since pindah rumah ni, lum ada kesempatan nak kemas peralatan bakeri.
Kalau tanya Masreena, semua kek suka tapi kek yang sangat penting di sini adalah TIRAMISU dan RED VELVET. Cubalah! =)
Salam perkenalan awak !
ReplyDelete