Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Tuesday 11 November 2014

Day 4: Buku Kegemaran Anda

Sejak beberapa tahun yang lepas Masreena dah tak beli dah majalah banyak-banyak macam dulu. Masa zaman baru grad asalkan boring je pergi mall atau kedai beli majalah... kalau tak beli majalah tengok internet... tu je keja... bila dah cerdik sikit, barulah terasa nak berjimat dan invest duit tu kepada aktiviti lain.. macam naik helikopter ke, pergi travel ke Sempadan Malaysia ke.

So dalam banyak-banyak majalah yang nak dilupakan tu... ada satu ni je Masreena pilih untuk dikekalkan. yang lain-lain seperti EH! tu Masreena lupakan sebab terlalu banyak iklan... promosi produk pun stok-stok kerabat & VIP je boleh beli.. kalau setakat pallet mekap tu sampai RM250, tak percaya orang gaji 6 ribu sanggup beli. Orang gaji 6 ribu sibuk nak bayar installment rumah, cukai taksiran  rumah, maintainance rumah... so kalau lipstik harga RM100 tu sah-sah anak Datok je mampu beli kan..

So dah tolak majalah EH! Masreena tolak pula majalah Dara, sebab dah tua sangat untuk Dara.. Dara.Com memang bagus, sebab banyak tips fesyen berhijab, tapi atas faktor umur. Akhir sekali, tolak majalah WW. Sebab majalah WW khas untuk socialite sebenarnya.. bukan untuk rakyat jelata macam Masreena. Sesekali kalau teringin nak baca sebab tertarik dengan CoverGirl, Masreena akan baca free dia MPH.. hehe..

Akhirnya tinggallah majalah ini. Majalah Cosmopolitan yang telah Masreena beli since tahun 2006 lagi dengan isu kedua Januari 2006. Covergirl masa tu Angelina Jolie.

 Cosmopolitan Malaysia versi terawal

Kali pertama beli tertarik sebab CoverGirl artis dan selebriti antarabangsa tapi majalah dibuat dalam bahasa Malaysia. Jadi interview dengan selebriti tu pun dalam bahasa Malaysia. Itu tarikan utama pada masa tu.

Bila bukak page dalam... rasa terkesima sebab sangat informatif. Walaupun ada iklan, tapi artikel dalam majalah ni berunsur didikan. Contohnya, diorang promosikan produk Clarins tapi mulakan dengan sifat-sifat dermalogika kulit. Jadi, kita nampak relevannya sesuatu produk dengan kegunaan yang pengguna kehendaki untuk kulit mereka.

Ni antara artikel yang Masreena suka, sampaikan I put this page on my bedroom wall. 

So since beberapa bukti konkrit ni Masreena nekad lepas ni nak setia dengan satu majalah je.. tak nak banyak-banyak dah... sebab nak jimat kan... Jadi, inilah majalah yang Masreena anggap melengkapi semua perkara yang Masreena nak seperti Fesyen, Friendship, Cash Guide, Love, & Health. Senang cerita, BALANCE & COMPLETE!






No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)