Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk membantu pembaca berjimat namun masih boleh mencapai impian mereka di saat krisis ekonomi melanda negara. Save is not forget a fun things in life, we still spend but in reasonable cost. Price list dan costing sengaja dimasukkan di dalam entry untuk memberi gambaran kepada pembaca sejauh mana penjimatan yang boleh dilakukan dalam perbelanjaan harian mereka di Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini dan blog seumpamanya akan memberi manfaat besar kepada pembaca, seterusnya mengubah taraf hidup mereka kepada lebih baik, insya Allah.

Semua kandungan blog ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang kegiatan yang disyaki plagiatrisme akan dilaporkan serta-merta kepada SKMM. Dah pernah berlaku, I really meant it.

Popular Posts

Tuesday 11 November 2014

Day 5: 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih

Ish ish ish... malu laa topik ni... aku tak banyak kekasih dalam hidup aku... tapi untuk memenuhi tajuk ni biarlah i pilih kekasih aku yang pertama masa sekolah dulu Tingkatan 2. Namanya Mr. F. Boyfriend ni Masreena kenal semasa SMK Datok Mansor, Bahau, Negeri Sembilan. Adik beradik dia ada 6 orang, semua nama bermula dengan huruf F. Faizul, Fadzli, Farra, Fadhil, Faiz, dan Farhan.

Masa dia usha Masreena, kecoh budak-budak perempuan satu sekolah. Sebab Masreena ni chubby, dia pulak tampan dan berkulit cerah. Memang banyak gadis tak dapat terima kenyataan pada masa tu, hehehe....

Diringkaskan cerita, perhubungan kami terputus dulu sebab masih budak-budak lagi... Belum matang lagi. Masreena tak menyimpan sebarang dendam. Cuma Masreena rasa bersimpati terhadap dia dan keluarga, sebab Masreena dapat tahu dari mak yang satu-satunya adik perempuan Mr. F, Farra Dilla ni sudah pulang ke rahmatullah dalam 2-3 tahun lepas. Terkejut sangat pada masa tu. Sebab Masreena baik dengan ahli keluarga Mr.F, takde sebarang masalah pun.

3 pesanan Masreena untuk dia:

1) Awak adalah seorang lelaki yang baik, hensem, dan berbudi bahasa. Saya doakan awak bertemu jodoh dengan wanita yang sebaik awak.

2) Bersabar dengan dugaan Allah s.w.t. terhadap keluarga awak. Kami mengharapkan yang baik-baik sahaja.

3) Masreena ucapkan terima kasih atas kasih sayang dia sepanjang kami berkenalan :)

Ok.. itu sahaja :)



No comments:

Post a Comment

Kalau suka tinggalkan komen =)